[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Visual Basic

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Visual Basic (VB) adalah bahasa pengaturan berasaskan BASIC. VB membolehkan Pembangunan Applikasi Pantas Rapid Application Development (RAD) bagi applikasi antara muka pengguna grafik (GUI); membenarkan capaian pangkalan data dengan menggunakan DAO, RDO, atau ADO; dan menjadikannya mudah untuk mencipta kawalan ActiveX. Penulis perisian yang mahir mampu menulis applikasi perniagaan mudah dengan menggunakan komponen perisian yang disertakan dengan perisian Visual Basic.

Contoh program

[sunting | sunting sumber]
 Option Explicit
Public TestBool as Boolean
Sub Main ()
TestBool = TestCall ( 5 , True )
End Sub
Function TestCall ( X as Integer, Y as Boolean ) as Boolean
On Error GoTo SolveError
' Ini ialah komen
Dim Z as Integer
Select Case X
Case 0
If Y Then TestCall = True
Case 8
If Y Then TestCall = True
Exit Function
End Select
Z = (X * 3 / 2 + 8 - 9)^2
Do Until Z < 2
Z = Z - 1
Loop
SolveError:
MsgBox Err.Num & " " & Err.Description, , "TestCall"
End Function

Evolusi Visual Basic

[sunting | sunting sumber]

VB 1.0 diperkenalkan pada 1991. Pendekatan bagi menghubungkan bahasa pengaturacaraan kepada antaramuka pengguna grafik diambil dari prototaip yang dimajukan oleh Alan Cooper yang dikenali sebagai Tripod. Microsoft menggajikan Cooper dan rakan niaganya untuk memajukan Tripod kepada kerangka boleh program bagi Windows 3.0, di bawah nama kod Ruby (tiada kaitan dengan bahasa pengaturcaraan Ruby).

Tripod tidak disertakan dengan bahasa pengaturcaraan sama sekali, dan Ruby mengandungi hanya penproses perintah asas mencukupi bagi peranannya sebagai kerangka Windows. Microsoft memutuskan untuk menggunakan kerangka Program Manager mudah bagi Windows 3.0 bukannya Ruby, dan mengabungkan Ruby dengan bahasa Basic untuk menghasilkan Visual Basic.

Ruby memberikan bahagian "visual" bagi Visual Basic—pereka bentuk (form designer) dan perkakasan suntingan- bersama keupayaan untuk memuatkan dynamic link library yang mengandungi kawalan tambahan (ketika itu dikenali sebagai "gizmos"). Gizmos tambahan Ruby kemudiannya menjadi antaramuka VBX.

Garis masa Visual Basic (VB1 hingga VB7)

[sunting | sunting sumber]
  • Projek 'Thunder' dimulakan
  • Visual Basic 1.0 (May 1991) dilancarkan di Comdex/Windows World trade show di Atlanta, Georgia.
Logo VB DOS
Logo VB DOS
Visual Basic untuk MS-DOS
  • Visual Basic 1.0 untuk DOS dilancarkan pada September 1992. Bahasa itu sendiri tidak begitu serasi dengan Visual Basic bagi Windows, kerana ia sebenarnya versi berikut kompiler BASIC berasaskan DOS Microsoft, QuickBASIC dan BASIC Professional Development System. Antaramukanya menggunakan teks, menggunakan huruf ASCII tambahan untuk simulate gambaran GUI.
  • Visual Basic 2.0 dikeluarkan pada November 1992. Persekitaran pengaturcaraan lebih mudah digunakan, dan kepantasannya diperbaiki. Paling ketara bentuk menjadi objek instantiable, dengan itu meletakkan konsep asas modul kelas yang ditawarkan dalam VB4.
  • Visual Basic 3.0 dilancarkan pada musim panas 1993 ditawarkan dalam bentuk versi Standard dan Professional. VB3 termasuk versi 1.1 Microsoft Jet Database Engine yang mampu menulis dan membaca pangkalan data Jet (atau Access) 1.x.
  • Visual Basic 4.0 (Ogos 1995) merupakan versi pertama yang mampu mencipta program 32-bit dan 16-bit. Ia turut memperkenalkan keupayaan menulis kelas bukan-GUI dalam Visual Basic.
  • Dengan versi 5.0 (Februari 1997), Microsoft mengeluarkan Visual Basic khusus untuk versi Windows 32-bit. Pengaturcara yang cenderung menulis aturcara 16-bit boleh mengimport program ditulis dalam Visual Basic 4.0 kepada Visual Basic 5.0, dan perisian Visual Basic 5.0 boleh ditukar dengan mudah kepada Visual Basic 4.0. Visual Basic 5.0 turut memperkenalkan keupayaan untuk kawalan dibina khas, termasuk juga keupayaan bagi mengkompil kepada kod bolehlaksana Windows tempatan, mempercepatkan perlaksanaan kod pengiraan tinggi.
  • Visual Basic 6.0 (Pertengahan 1998) menunjukkan peningkatan dalam beberapa bahagian, termasuk keupayaan mencipta applikasi berasaskan web. VB6 kini dijadualkan untuk memasuki fasa tidak disokong Microsoft bermula March 2008.
  • Visual Basic 7.0 dikeluarkan pada 2002 sebagai Visual Basic .NET, bersama-sama dengan Windows XP.
  • Mainstream Support for Microsoft Visual Basic 6.0 berakhir pada 31 Mac 2005. Sokongan lanjutan akan berakhir pada Mac 2008.
  • Oleh kerana Visual Basic .NET sangat berbeza dengan Visual Basic yang sebelumnya (VB6), pengguna VB6 terpaksa belajar semula kerana kebanyakan fungsi tiada atau berubah didalam VB .NET. Selain itu, untuk sokongan VB .NET sepenuhnya pengguna terpaksa memuat turun fail yang lebih besar iaitu dotnetfx.exe (22.4 MB untuk versi 2.0). Sebagai tindak balas, masyarakat pengguna Visual Basic melahirkan kebimbangan dan menggalakkan pengguna menanda tangani petisyen Diarkibkan 2009-06-14 di Wayback Machine untuk mengekalkan keluaran tersebut. Microsoft sehingga kini enggan menukar pendirian mereka terhadap pekara tersebut. Ironinya, pada masa ini, terdapat anti-spyware baru oleh Microsoft's di tawarkan, Microsoft AntiSpyware, yang dikodkan menggunakan Visual Basic 6.0.[1]. Windows Defender Beta 2 telah ditulis semula dengan kod C++/CLI, seperti yang diterangkan di dalam laman web Paul Thurrott.
  1. ^ Andrew Orlowski and Carey Bishop (2005-07-22). "MS Anti-Spyware built on MS Abandonware". The Register. Dicapai pada 2006-10-04. Text "The Register" ignored (bantuan); Check date values in: |year= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]