[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Veganisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Vegan)

Veganisme (disebut [vé.ga.nis.mĕ atau vi.ga.nis.mĕ]) merujuk kepada tindakan mengelak daripada menggunakan produk haiwan, terutamanya dalam pemakanan, serta suatu falsafah yang menolak kepengunaan haiwan sebagai barangan semata-mata.[a] Seseorang yang mengikuti fahaman atau falsafah sebegini diberi julukan sebagai seorang vegan.

Perbezaan dengan vegetarianisme

[sunting | sunting sumber]

Vegetarianisme dan veganisme dua-duanya menegah memakan daging (baik yang jenis "merah" seperti kambing dan lembu mahupun yang "putih" dan kecil seperti ayam dan ikan) sambil mengutamakan sayur-sayuran dalam pengambilan seharian; namun, ada pengamal vegetarianisme yang masih memakan bahan yang tidak dianggap terangkum dalam jenis daging yang utama diketahui seperti telur dan tenusu[4][5] (dikenali dengan nama ovolactovegetarianism).

Pengamal veganisme lebih mendalam dalam penegahan diri sebegini sampai mengelakkan barangan sampingan atau tambahan terhasil secara semulajadi dari haiwan sama sekali seperti tenusu (termasuk tairu dan keju), madu dihasilkan lebah atau gelatin. Malah, para pemakan jenis ini juga akan menjauhi barangan yang diperbuat daripada sumber haiwan misalnya bulu (termasuk wul dan kulit haiwan) dan sutera.[4][5] Oleh itu, makanan yang diambil sangat diperolehi langsung daripada pelbagai sumber tumbuhan seperti biji an dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kulat cendawan serta kekacang.[6]

Pendorong

[sunting | sunting sumber]

Alam sekitar

[sunting | sunting sumber]

Ada sesetengah pengamal gaya pemakanan sebegini bertindak menolak pemerolehan sumber haiwan sama ada secara penternakan atau penuaian tidak dilakukan secara mampan. Kajian yang dilakukan badan sains utama dengan sokongan Pertubuhan Makanan dan Pertanian turut mendapati penternakan haiwan banyak menjejaskan sumber air, tanah dan galian sehingga mengancam kepelbagaian bio serta memburukkan perubahan iklim.[7]

  1. ^ For veganism and animals as commodities:
    Helena Pedersen, Vasile Staescu (The Rise of Critical Animal Studies, 2014): "[W]e are vegan because we are ethically opposed to the notion that life (human or otherwise) can, or should, ever be rendered as a buyable or sellable commodity."[1]
    Gary Steiner (Animals and the Limits of Postmodernism, 2013): " ... ethical veganism, the principle that we ought as far as possible to eschew the use of animals as sources of food, labour, entertainment and the like ... [This means that animals] ... are entitled not to be eaten, used as forced field labor, experimented upon, killed for materials to make clothing and other commodities of use to human beings, or held captive as entertainment."[2]

    Gary Francione ("Animal Welfare, Happy Meat and Veganism as the Moral Baseline", 2012): "Ethical veganism is the personal rejection of the commodity status of nonhuman animals ..."[3]

  1. ^ Helena Pedersen, Vasile Staescu, "Conclusion: Future Directions for Critical Animal Studies", in Nik Taylor, Richard Twine (eds.), The Rise of Critical Animal Studies: From the Margins to the Centre, Routledge, 2014 (262–276), 267.
  2. ^ Gary Steiner, Animals and the Limits of Postmodernism, Columbia University Press, 2013, 206.
  3. ^ Gary Francione, "Animal Welfare, Happy Meat and Veganism as the Moral Baseline", in David M. Kaplan, The Philosophy of Food, University of California Press, 2012 (169–189) 182.
  4. ^ a b "What Is the Difference between a Vegan and a Vegetarian?". WiseGEEK. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  5. ^ a b Sass, Cynthia (21 Mei 2019). "What's the Difference Between Vegan and Vegetarian?". Health. Dicapai pada 9 Januari 2020.
  6. ^ Reed Mangels, Virginia Messina and Mark Messina, The Dietitian's Guide to Vegetarian Diets, Jones & Bartlett Learning, 2011, 7.
  7. ^ Steinfeld et al. 2006, 3, 74.