[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Ubuntu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ubuntu
Ubuntu logo
Ubuntu 20.04 LTS (Focal Fossa)
Maklumat umum
EponimUbuntu Sunting nilai ini di Wikidata
Jenis sistemLinux Sunting nilai ini di Wikidata
Keluarga sistemAla Unix
PengasasMark Shuttleworth Sunting nilai ini di Wikidata
PembangunCanonical Ltd. / Yayasan Ubuntu
Ditulis dalamC++CUnix shell (en) TerjemahPython Sunting nilai ini di Wikidata
Keadaan kerjaSemasa
Model sumberPerisian bebas dan sumber terbuka
Keluaran awal20 Oktober 2004
Keluaran terkini20.04 LTS (Focal Fossa) / 23 April 2020; 4 tahun yang lalu (2020-04-23)[1]
Tersedia dalam
Senarai bahasa
Lebih 55 bahasa
Ciri teknikal
Kaedah
pengemaskinian
APT (terdapat bahagian depan)
Pengurus pakejdpkg (terdapat bahagian depan seperti Synaptic)
Pelantar
Senarai pelantar yang disokong
Jenis intiMonolit (Linux)
Ruang penggunaGNU
Antara muka
pengguna
lalai
GNOME,KDE(KUbuntu),Xfce(XUbuntu),LXDE(LUbuntu)
LesenTerutamanya GNU GPL, pelbagai lesen lain
Pautan berkaitan
Tapak webwww.ubuntu.com
Facebook: ubuntulinux Twitter: ubuntu Mastodon: ubuntu@ubuntu.social Instagram: ubuntu_os LinkedIn: 234280 GitHub: ubuntu Sunting ini di Wikidata
Bloghttps://ubuntu.com/blog Sunting nilai ini di Wikidata
Repositorihttps://code.launchpad.net/ubuntu Sunting nilai ini di Wikidata
Tanda pagarUbuntu Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ubuntu ialah sistem pengendalian yang berasaskan edaran Linux Debian, memetik namanya sempena ideologi etika Afrika Selatan iaitu Ubuntu ("kemanusiaan untuk semua")[2] dan diedarkan sebagai perisian sumber terbuka percuma. Ubuntu menyediakan sistem pengendalian yang sentiasa dikemas kini dan stabil untuk pengguna biasa, dengan tumpuan khusus kepada kebolehgunaan dan kesenangan pemasangan. Ubuntu dibina khas untuk digunakan secara utama pada Komputer peribadi walaupun terdapat juga versi Pelayan.

Ubuntu terdiri daripada berbilang pakej perisian yang kebanyakan besarnya diedarkan dengan lesen perisian bebas (atau sumber terbuka). Lesen utama yang digunakan ialah Lesen Awam Am GNU (GNU General Public License), bersama dengan Lesen Awam Am Kecil GNU (GNU Lesser General Public License), yang nyata mengisytiharkan bahawa para pengguna bebas menjalankan, menyalin, mengedar, mengkaji, mengubah, membangunkan dan menambah baik perisiannya.

Ubuntu ditaja oleh syarikat Canonical Ltd. yang bertapak di UK, milik usahawan Afrika Selatan, Mark Shuttleworth. Dengan memastikan Ubuntu kekal percuma dan bersumber terbuka, Canonical mampu menggunakan bakat para pembangun komuniti di komponen-komponen juzuk Ubuntu. Ubuntu tidak dijual untuk keuntungan semata-mata, sebaliknya Canonical meraih pendapatan dengan menjual sokongan teknikal dan mencipta sebilangan perkhidmatan yang berkaitan dengan Ubuntu.

Sejarah dan proses pembangunan

[sunting | sunting sumber]

Ubuntu ialah salah satu cabang tapak kod projek Debian.[3] Tujuan asalnya adalah mengeluarkan versi baru Ubuntu enam bulan sekali, maka terhasilnya sistem yang sentiasa dikemaskini.

Keluaran pertama Ubuntu adalah pada 20 Oktober 2004.[4] Kemudian, Canonical mengeluarkan versi baru Ubuntu enam bulan sekali dan menyokong setiap versinya selama 18 bulan dengan menyediakan pembaikian keselamatan, menampal pepijat kritikal dan mengemas kini program secara kecilan. Setiap keluaran keempat, pada suku kedua setiap tahun bernombor genap, ditetapkan sebagai sebuah versi 'Sokongan Jangka Panjang' atau Long Term Support (LTS). Pada asalnya versi LTS ini[5] disokong selama tiga tahun untuk desktop dan lima tahun untuk pelayan.[6] Bermula Ubuntu versi 12.04 LTS yang akan datang, sokongan untuk desktop dilanjutkan kepada lima tahun (sehingga April 2017) untuk versi LTS.

Versi LTS yang terkini adalah Ubuntu 10.04 LTS yang dikeluarkan pada 29 April 2010 manakala versi biasa yang terkini adalah Ubuntu 11.10 yang dikeluarkan pada 13 Oktober 2011.

Pakej-pakej Ubuntu berasaskan pakej-pakej dari cabang Debian yang tidak stabil. Kedua-dua edaran tersebut menggunakan format pakej deb dan alat pengurusan pakej (APT and Synaptic) dari Debian. Namun begitu, pakej-pakej Debian dan Ubuntu tidak semestinya saling serasi, apalagi kadang-kadang pakej .deb perlu dibibina semula dari sumbernya untuk digunakan dalam Ubuntu.[7] Ramai pembangun Ubuntu turut bertugas sebagai penyelenggara pakej-pakej utama dalam Debian. Ubuntu bekerjasama dengan Debian dengan berkongsi perubahannya dengan Debian,[8] tetapi ada desas-desus bahawa ini tidak selalunya dilakukan. Sebelum ini, Ian Murdock, pengasas Debian, meluahkan kebimbangan bahawa pakej-pakej Ubuntu mungkin jauh menyimpang dari Debian Sarge semata-mata demi keserasian.[9] Sebelum dikeluarkan, pakej-pakejnya diimport dari Debian Unstable tanpa henti lalu digabungkan dengan pengubahsuaian khusus Ubuntu. Sebulan sebelum dikeluarkan, importnya dibekukan, kemudian diusahakan oleh pempakej untuk memastikan ciri-ciri beku tersebut serasi apabila dijalankan serentak.

Ubuntu kini dibiayai oleh Canonical Ltd. Pada 8 Julai 2005, Mark Shuttleworth dan Canonical Ltd mengumumkan penubuhan Yayasan Ubuntu dan menyalurkan dana pendahuluan sebanyak AS$10 juta. Tujuan yayasan tersebut adalah memastikan sokongan dan pembangunan untuk semua versi Ubuntu akan datang. Mark Shuttleworth menyifatkan yayasan ini sebagai "tabung kecemasan" (seandainya berakhirnya penglibatan Canonical).[10]

Pada 12 Mac 2009, Ubuntu mengumumkan sokongan pembangun untuk platform pengurusan awan pihak ketiga, seperti yang digunakan untuk Amazon EC2.[11]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

Ubuntu memberikan tumpuan kepada kebolehgunaan[12] dan keselamatan. Pemasang Ubiquity membolehkan Ubuntu dipasang dalam cakera keras dari dalam persekitaran Live CD tanpa perlu mengebut semula komputer sebelum dipasang. Ubuntu juga menekankan kebolehcapaian dan pengantarabangsaan untuk dinikmati seberapa banyak pengguna yang termampu. Mulai versi 5.04, UTF-8 menjadi pengekodan aksara asal[13] yang membolehkan sokongan untuk pelbagai tulisan bukan Rumi. Sebagai ciri-ciri keselamatan, alat sudo digunakan untuk memberikan keistimewaan sementara untuk menjalankan tugas-tugas pentadbiran, maka membolehkan akaun akar kekal dikunci, serta melarang pengguna tidak berpengalaman dari tidak sengaja melakukan perubahan sistem yang memudaratkan atau membocorkan keselamatan.[14] PolicyKit turut dilaksanakan secara meluas ke dalam desktop untuk memperkukuhan lagi sistem melalui prinsip keistimewaan terkurang.

Desktop Ubuntu didatangkan dengan paparan antara muka bergrafik. Bermulanya versi 11.04, Unity menjadi paparan antara muka bergrafik yang didatangkan secara lalai untuk menggantikan GNOME Shell.

Ubuntu didatangkan dengan pelbagai perisian termasuklah LibreOffice (OpenOffice sebelum versi 11.04), Firefox, Empathy (Pidgin sebelum versi 9.10), Transmission, GIMP (sebelum versi 10.04), dan beberapa permainan yang bersifat ringan (seperti Sudoku and Catur). Perisian tambahan yang tidak didatangkan secara lalai boleh dimuat turun dan dipasang melalui Pusat Perisian Ubuntu. Ubuntu membolehkan port perangkaian ditutup dengan tembok apinya, dengan adanya pilihan port yang tersuai. GNOME (desktop asal) menawarkan sokongan untuk lebih 46 bahasa.[15] Ubuntu juga boleh menjalankan banyak program yang direka untuk Microsoft Windows (seperti Microsoft Office), melalui perisian Wine atau mesin maya (seperti VMware Workstation atau VirtualBox).

Keperluan sistem

[sunting | sunting sumber]

Versi desktop Ubuntu kini menyokong seni bina Intel x86 dan AMD64.[16] Sesetengah keluaran pelayan juga menyokong seni bina SPARC.[17][18] Juga terdapat sokongan tidak rasmi untuk seni bina PowerPC,[19] IA-64 (Itanium) dan seni bina PlayStation 3 (walaubagaimanapun Sony dengan rasminya membatalkan sokongan untuk OtherOS pada PS3 dengan firmware 3.21, yang dikeluarkan pada 1 April 2010), serta pemproses mudah alih ARM. Sokongan pada GPU juga diperlukan untuk mengaktifkan kesan khas visual desktop termasuk sekali paparan antara muka Unity. Sekiranya tiada sokongan pada GPU, Unity versi 2D akan diaktifkan serta-merta .

Keperluan Sistem Minimum[20][21][22][23] Pelayan Desktop
Pemproses (x86) dengan set panduan i686[24] 300 MHz 1 GHz
Ingatan (RAM) 128 MB 384 MB
Muatan Pemacu cakera keras 1 GB 5 GB
Resolusi paparan Monitor 640×480 1024×768

Pemasangan

[sunting | sunting sumber]
Ubuntu 11.04 (sesi live CD)

Pemasangan Ubuntu biasanya dilakukan dengan Live CD. Sistem pengendalian Ubuntu juga boleh dijalankan terus dari CD (walaupun prestasinya berkurangan), membolehkan pengguna menguji sistem pengendaliannya untuk keserasian perkakas dan sokongan pemacu. CD-nya mengandungi pemasang Ubiquity,[25] yang boleh menberi panduan kepada pengguna melalui proses pemasangan tetap. Pemasangan dari CD memerlukan sekurang-kuranya 256 MB RAM.

Alat migrasi Microsoft Windows bernama Migration Assistant (diperkenalkan pada April 2007),[26] boleh digunakan untuk mengimport penanda laman, paparan latar (wallpaper), dan bermacam-macam tetapan dari pemasangan MS Windows sedia ada ke pemasangan Ubuntu yang baru.[27]

Ubuntu dan Kubuntu boleh dibut dan dijalankan dari pemacu kilat USB (asalkan BIOS-nya menyokong pengebutan dari USB), dengan pilihan menyimpan tetapan dalam pemacu kilat tersebut. Ini membolehkan pemasangan mudah alih yang boleh dijalankan di mana-mana PC yang mampu mengebut dari pemacu USB.[28] Di versi-versi terbaru Ubuntu, program USB creator disediakan untuk memasangkan Ubuntu pada pemacu USB (tidak semestinya memerlukan Live CD).

Wubi yang disertakan sebagai pilihan dalam Live CD,[29] membolehkan Ubuntu dipasang dan dijalankan dari dalam peranti gelung Windows maya (berbentuk fail imej besar yang diuruskan seperti program Windows yang lain melalui Panel Kawalan). Kaedah ini tidak memerlukan pemacu keras pengguna Windows itu dipecahkan. Wubi juga memanfaatkan Migration Assistant untuk mengimport tetapan juga. Wubi sesuai untuk pengguna Windows sahaja, dan tidak ditujukan kepada pemasangan Ubuntu tetap, apalagi menyebabkan prestasi terjejas sedikit.

Versi Nama kod Tarikh keluaran Disokong hingga
Desktop Pelayan
4.10 Warty Warthog 2004-10-20 2006-04-30
5.04 Hoary Hedgehog 2005-04-08 2006-10-31
5.10 Breezy Badger 2005-10-13 2007-04-13
6.06 LTS Dapper Drake 2006-06-01 2009-07-14 2011-06-01
6.10 Edgy Eft 2006-10-26 2008-04-26
7.04 Feisty Fawn 2007-04-19 2008-10-19
7.10 Gutsy Gibbon 2007-10-18 2009-04-18
8.04 LTS Hardy Heron 2008-04-24 2011-05-12 2013-05-09
8.10 Intrepid Ibex 2008-10-30 2010-04-30
9.04 Jaunty Jackalope 2009-04-23 2010-10-23
9.10 Karmic Koala 2009-10-29 2011-04-30
10.04 LTS Lucid Lynx 2010-04-29 2013-05-09 2015-04-30
10.10 Maverick Meerkat 2010-10-10 2012-04-10
11.04 Natty Narwhal 2011-04-28 2012-10-28
11.10 Oneiric Ocelot 2011-10-13 2013-05-09
12.04 LTS Precise Pangolin 2012-04-26 2017-04-28
2019-04 (ESM)
12.10 Quantal Quetzal 2012-10-18 2014-05-16
13.04 Raring Ringtail 2013-04-25 2014-01-27
13.10 Saucy Salamander 2013-10-17 2014-07-17
14.04 LTS Trusty Tahr 2014-04-17 2019-04-25
2022-04 (ESM)
14.10 Utopic Unicorn 2014-10-23 2015-07-23
15.04 Vivid Vervet 2015-04-23 2016-02-04
15.10 Wily Werewolf 2015-10-22 2016-07-28
16.04 LTS Xenial Xerus 2016-04-21 2021-04
2024-04 (ESM)
16.10 Yakkety Yak 2016-10-13 2017-07-20
17.04 Zesty Zapus 2017-04-13 2018-01-13
17.10 Artful Aardvark 2017-10-19 2018-07-19
18.04 Bionic Beaver 2018-04-26 2023-04
2028-04 (ESM)
18.10 Cosmic Cuttlefish 2018-10-18 2019-07-18
19.04 Disco Dingo 2019-04-18 2020-01-23
19.10 Eoan Ermine 2019-10-17 2020-07
20.04 LTS Focal Fossa 2020-04-23 2025-04
2030-04 (ESM)
20.10 Groovy Gorilla 2020-10-22 2021-07
Warna Erti
Merah Keluaran tidak disokong lagi
Hijau Keluaran masih disokong
Biru Keluaran masa depan

Setiap Keluaran Ubuntu mempunyai kod nama dan nombor versi. Nombor versi adalah berdasarkan tahun dan bulan dari keluaran.[30] Sebagai contoh, keluaran Ubuntu yang pertama, 4.10, telah dikeluarkan pada 20 Oktober 2004.

Keluaran Ubuntu juga diberi nama kod beraliterasi yang terdiri daripada kata sifat dan nama haiwan dalam bahasa Inggeris (cth. "Dapper Drake" and "Intrepid Ibex"). Nama-nama kod ini dikeluarkan mengikut susunan abjad (kecuali tiga keluaran pertama) supaya mudah untuk mengenal pasti kebaruan setiap keluaran.

Penaiktarafan antara keluaran perlu dilakukan daripada satu keluaran kepada keluaran yang seterusnya (cth. Ubuntu 11.04 ke Ubuntu 11.10 ) atau dari satu keluaran LTS kepada keluaran LTS yang seterusnya (cth. Ubuntu 8.04 LTS ke Ubuntu 10.04 LTS).[31]

Ubuntu 11.04 telah dikeluarkan pada 28 April 2011 yang berkod nama, "Natty Narwhal".[32][33] Pengalaman pemaparan desktop dalam keluaran ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara berbanding versi-versi terdahulu kerana Unity telah dijadikan sebagai paparan antara muka bergrafik yang didatangkan secara lalai. Terdapat ramai pengguna yang dapat menerima pembaharuan ini lantas menganggap Unity sebagai anjakan paradigma dalam konsep kepenggunaan desktop.[34]

Kubuntu ialah varian rasmi edaran Ubuntu yang menggunakan KDE sebagai ganti GNOME.
Menu boot pemasangan Ubuntu 12.04 Server

Terdapat beberapa varian Ubuntu yang rasmi dan tak rasmi, kesemuanya ada set pakej yang berlainan dari edaran Ubuntu asli.

Terbitan rasmi menyimpan pakej dan kemaskini dalam repositori yang sama dengan Ubuntu, agar perisian yang sama disediakan untuk setiap satunya, dan secara amnya serasi sesama terbitan rasmi. Terbitan Ubuntu yang disokong sepenuhnya oleh Canonical ialah[35]

Berikut adalah terbitan tajaan Canonical:

Berikut adalah terbitan bukan sokongan Canonical yang menggunakan teras Ubuntu dengan persekitaran desktop dan/atau pengurus tetingkap yang berbeza:

  • Fluxbuntu, terbitan dengan pengurus tetingkap Fluxbox
  • Lubuntu, satu lagi pilihan "ringan" tetapi Xubuntu, menggunakan LXDE di tempat Xfce

Varian tidak rasmi, terbitan tanpa tajaan, dan bermacam-macam penyetempatan dan penyesuaian yang tidak dikawal atau dipandu oleh Canonical secara amnya menggemburkan penyesuaian yang direka untuk tujuan-tujuan tertentu. Contohnya: Easy Peasy, Linux Mint, gOS, OpenGEU, Super OS, CrunchBang Linux, dan perisian percuma sepenuhnya yang mengandungi Gobuntu (diganti oleh gNewSense).

Pembangunan

[sunting | sunting sumber]
Foto berkumpulan UDS

Sidang Pembangun Ubuntu yang dikenali sebagai, Ubuntu Developer Summit (UDS) merupakan perjumpaan di kalangan pembangun perisian yang dijalankan sebelum melepaskan versi baharu Ubuntu.[42]

Pada permulaan kitaran pembangunan baharu, pembangun Ubuntu dari seluruh dunia akan berkumpul untuk membantu dalam membentuk Ubuntu untuk pelepasan yang seterusnya. Sidang ini dibuka juga kepada orang awam tetapi ia bukan satu persidangan, pameran atau mana-mana acara yang berorientasikan penonton. Sebaliknya ia adalah satu peluang kepada pembangun Ubuntu yang selalunya berkerjasama dalam talian untuk melakukan kerja bersama-sama dalam tugasan-tugasan yang tertentu.

Kaji selidik yang dijalankan pada Ogos 2007, melibatkan 38,500 pengunjung DesktopLinux.com, mendapati bahawa Ubuntu ialah edaran yang terlaris dengan 30.3% penjawabnya mengaku menggunakannya.[43][44]

Pada Januari 2009, akhbar New York Times melaporkan Ubuntu melebihi 10 juta penggunanya; pada bulan Jun 2009 pula, ZDNet melaporkan "Di seluruh dunia, terdapat 13 juta pengguna Ubuntu yang aktif. Penggunaan Ubuntu bertumbuh lebih cepat berbanding edaran-edaran yang lain."[45][46]

Ubuntu dianugerahkan Reader Award untuk edaran Linux terbaik di LinuxWorld Conference and Expo 2005 di London,[47] diberi ulasan memberangsangkan dalam media Internet dan cetak,[48][49][50] dan juga meraih Bossie Award InfoWorld 2007 untuk Best Open Source Client OS.[51]

Jamie Hyneman, salah seorang pengacara siri televisyen Mythbusters, telah meluahkan sokongannya kepada Linux, khususnya Ubuntu sebagai contoh, sebagai alternatif kepada perisian hak milik, atas sebab pengembungan perisian ("software bloat") menjadi penghalang utama dalam sistem pengendalian hak milik.[52][53]

Sungguhpun demikian, Ubuntu tidak terlepas ulasan yang tidak memuaskan. Pada awal tahun 2008, majalah PC World mengutuk tiadanya pengurus kesan desktop bersepadu, apapun majalah tersebut masih menggelar Ubuntu sebagai "edaran Linux menyeluruh terbaik yang ada hari ini".[54]

Komuniti tempatan

[sunting | sunting sumber]

Dalam usaha untuk mendampingi pengguna yang kurang berteknikal dan untuk memupuk semangat kemasyarakatan, Komuniti Tempatan atau Local Community[55] yang dikenali sebagai "LoCo" telah ditubuhkan di seluruh dunia. Majlis LoCo meluluskan pasukan berdasarkan usaha mereka untuk membantu dalam pembangunan Ubuntu atau promosian Ubuntu.

Catatan dan rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Ubuntu 20.04 is Now Available to Download". OMGUbuntu. 23 April 2020. Dicapai pada 1 May 2020.
  2. ^ Ubuntu Documentation: About the Name
  3. ^ "ubuntu/history "The Ubuntu Story"". Dicapai pada 2008-08-19.
  4. ^ "Time Based Releases". Dicapai pada 2008-06-02.
  5. ^ Shuttleworth, Mark. "» Blog Archive » The Art of Release". Dicapai pada 2008-05-13.
  6. ^ "Ubuntu 8.04 LTS Desktop Edition Released". www.ubuntu.com. Dicapai pada 2008-05-13.
  7. ^ "Mark Shuttleworth on binary compatibility". Dicapai pada 2008-08-19.
  8. ^ "ubuntu/relationship "Website does not reference Debian visibly"". Dicapai pada 2008-08-19.
  9. ^ "Ubuntu vs. Debian, reprise". 2005-04-20. Dicapai pada 2007-10-21.
  10. ^ Hill, Benjamin Mako (2005-07-08). "Announcing Launch of ($10 m) Ubuntu Foundation". Dicapai pada 2008-08-19.
  11. ^ "RightScale Adds Full Support for Ubuntu Server to its Cloud Managment Platform". Canonical. 2009-03-12. Dicapai pada 2009-04-03.
  12. ^ "About Ubuntu". Canonical Ltd. Dicapai pada 2006-04-25.
  13. ^ "5.04 Release Notes". Canonical Ltd. 2005-04-08. Dicapai pada 2008-08-19.
  14. ^ "RootSudo". Dicapai pada 2008-08-19.
  15. ^ "GNOME 2.22 Release Notes - Internationalization". GNOME Foundation. Dicapai pada 2008-06-02.
  16. ^ "Jaunty Jackalope ARM'd and ready". 2009-04-20. Dicapai pada 2009-07-25.
  17. ^ "Ubuntu 7.10 (Gutsy Gibbon)". Dicapai pada 2008-06-13.
  18. ^ "Ubuntu to Support Sun 'Niagara' Platform".
  19. ^ "Technical Board Decision - February 2007". Dicapai pada 2008-06-13.
  20. ^ "Ubuntu System Requirements". Ubuntu Community Documentation. Dicapai pada 21 June 2011.
  21. ^ "Ubuntu Server Guide: Preparing to Install". Ubuntu Official Documentation. Ubuntu Documentation Team. Dicapai pada 21 June 2011.
  22. ^ "Ubuntu Installation Guide: Meeting Minimum Hardware Requirements". Ubuntu Official Documentation. Ubuntu Documentation Team. Dicapai pada 19 April 2010.
  23. ^ "Ubuntu 11.04 (Natty Narwhal) Release Notes". Ubuntu Wiki. Dicapai pada 21 June 2011.
  24. ^ "Ubuntu 10.10 (Maverick Meerkat) ReleaseNotes". Ubuntu Wiki. Dicapai pada 20 April 2011.
  25. ^ "Installing Ubuntu from the Live CD". Integrity Enterprises. Dicapai pada 2008-08-19.
  26. ^ "Ubuntu 7.04 Adds a Migration Tool". Integrity Enterprises. Dicapai pada 2008-08-19.
  27. ^ "Migration Assistant in Launchpad". Launchpad.net. Dicapai pada 2008-06-02.
  28. ^ "Ubuntu 8.10 Persistent Flash Drive Installation". Pendrivelinux.com. Dicapai pada 2009-09-05.
  29. ^ "Wubi - Ubuntu Installer for Windows". Sourceforge. Dicapai pada 2008-05-14.
  30. ^ "CommonQuestions. Ubuntu Releases and Version Numbers". Ubuntu Community Documentation. Canonical Ltd. Dicapai pada 2010-11-24.
  31. ^ "UpgradeNotes. General Upgrade Information". Ubuntu Community Documentation. Canonical. Dicapai pada 26 October 2010.
  32. ^ Mark Shuttleworth (17 August 2010). "N-imal?". Dicapai pada 17 August 2010.
  33. ^ "Ubuntu 11.04 Natty Narwhal Alpha released". DigitalAnalog. 3 December 2010. Dicapai pada 4 February 2011.
  34. ^ [1] Unity - I love it, so far.. Ubuntu Forums.
  35. ^ "Derivatives". Dicapai pada 2009-01-13.
  36. ^ "Edubuntu - Frequently asked questions". Dicapai pada 2008-08-19.
  37. ^ "Ubuntu Mobile". Dicapai pada 2008-06-10.
  38. ^ "Ubuntu to announce its mobile Linux in June". Dicapai pada 2008-08-19.
  39. ^ "Ubuntu Netbook Remix". Dicapai pada 2008-06-10.
  40. ^ "Ubuntu JeOS 7.10 released". Dicapai pada 2008-06-10.
  41. ^ Krishnamurti, Srinivas. "Get Juiced!". Dicapai pada 2008-06-02.
  42. ^ "Ubuntu Developer Summit". Summit.ubuntu.com. Dicapai pada 2011-05-27.
  43. ^ "2006 [[Desktop Linux]] Market survey". 2006-08-29. Dicapai pada 2009-05-03. URL–wikilink conflict (bantuan)
  44. ^ "2007 [[Desktop Linux]] Market survey". 2007-08-21. Dicapai pada 2008-08-19. URL–wikilink conflict (bantuan)
  45. ^ Vance, Ashlee (2009). "A Software Populist Who Doesn't Do Windows". Dicapai pada 2009-02-22. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  46. ^ Dawson, Christopher (2009). "Ubuntu a minor player? Not outside the States". Dicapai pada 2009-06-18. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  47. ^ "LinuxWorld Expo UK 2005" (PDF). Dicapai pada 2008-08-19.
  48. ^ "Ubuntu - A New Approach to Desktop Linux". Dicapai pada 2008-08-19.
  49. ^ "Linux in Government: Linux Desktop Reviews, Part 6 - Ubuntu". Dicapai pada 2008-08-19.
  50. ^ McAllister, Neil (January 2008), "Gutsy Gibbon: Desktop Linux OS Made Easy", PC World, 26 (1), m/s. 84, dicapai pada 2008-08-19
  51. ^ "Best of open source in platforms and middleware". Dicapai pada 2008-06-13.
  52. ^ "MythBuster Advocates Linux". Dicapai pada 2009-01-27.
  53. ^ "MythBusters: 7 Tech Headaches—and How to Fix Them". Dicapai pada 2009-01-27.
  54. ^ Strohmeyer, Robert (2008-06-02). "Desktop Linux Face-Off: Ubuntu 8.04 vs. Fedora 9". PC World. International Data Group. Dicapai pada 2008-08-19. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); More than one of |author= dan |last= specified (bantuan)CS1 maint: date and year (link)
  55. ^ "Ubuntu Local Community Teams".

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]