[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

USS Carl Vinson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada USS Carl Vinson (CVN-70))
USS Carl Vinson (CVN-70) dalam pelayaran di Lautan Pasifik pada 31 Mei 2015.
USS Carl Vinson di Lautan Pasifik.
Sejarah
United States Navy ensignUnited States
Nama: USS Carl Vinson
Bersempena dengan: Carl Vinson
Dipesan: 5 April 1974
Pembina: Newport News Shipbuilding
Dibaringkan: 11 Oktober 1975
Dilancarkan: 15 Mac 1980
Ditauliah: 13 Mac 1982
Pelabuhan asal: NAS North Island San Diego, California
Moto: Vis Per Mare (Kekuatan daripada Laut)
Status: dalam perkhidmatan aktif, setakat 2024
Lencana:
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz
Sesaran: 101,300 long ton (113,500 short ton)[1]
Panjang:
  • Keseluruhan: 1,092 kaki (332.8 m)
  • Garis air: 1,040 kaki (317.0 m)
Lunas:
  • Keseluruhan: 252 kaki (76.8 m)
  • Garis air: 134 kaki (40.8 m)
Draft:
  • Maksimum navigasi: 37 kaki (11.3 m)
  • Had: 41 kaki (12.5 m)
Jana kuasa:
Halaju: 30+ knot (56+ km/j; 35+ bsj)
Jarak: Tiada had
Anak kapal:
  • Anak kapal: 3,200
  • Sayap udara: 2,480
Krew: 6,062
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • Kelengkapan pertahanan SLQ-32A(V)4
  • Pertahanan torpedo SLQ-25A Nixie
Persenjataan:
Perisai: Templat:Nimitz class aircraft carrier armor
Pesawat yang dibawa: 90 buah pesawat kepak kaku dan helikopter

USS Carl Vinson (CVN-70) adalah kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz ketiga dalam Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia dinamakan bersempena dengan nama Carl Vinson, seorang ahli kongres yang berasal daripada Georgia, bagi menghargai sumbangan beliau kepada Tentera Laut A.S. Kapal ini telah dilancarkan pada tahun 1980, dan melakukan pelayaran sulungnya pada tahun 1983, dan menjalani proses penukaran bahan api dan penyelenggaraan antara tahun 2005 dan 2009. Nama panggilan Carl Vinson adalah "Gold Eagle".

Selain diaturgerak dalam misi-misi Operasi Desert Strike, Operasi Pembebasan Iraq, Operasi Southern Watch, dan Operasi Enduring Freedom, Carl Vinson juga telah terlibat dalam beberapa peristiwa penting. Jenazah Osama bin Laden telah dikebumikan di laut pada tahun 2011 dari dek Carl Vinson, dan pada tahun yang sama di Hari Veteran, ia menjadi tuan rumah bagi pertandingan bola keranjang NCAA pertama di atas kapal pengangkut pesawat, di antara North Carolina dan Michigan State.

[sunting | sunting sumber]

Kapal ini digunakan dalam filem Behind Enemy Lines pada tahun 2001.[2]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Polmar, Norman (2004). The Naval Institute guide to the ships and aircraft of the U.S. fleet. Naval Institute Press. m/s. 112. ISBN 978-1-59114-685-8.
  2. ^ "Story Notes for Behind Enemy Lines".

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Story Archive – U.S. Navy – USS Carl Vinson (CVN-70)
  • An unofficial USS Carl Vinson webpage
  • Unofficial video blog of a Leaders To Sea DV visit to the USS Carl Vinson CVN-70 in August 2010
  • navsource.org: USS Carl Vinson
  • Maritimequest USS Carl Vinson CVN-70 Photo Gallery
  • Unofficial Navy Forum for Carl Vinson Sailors Diarkibkan 2007-02-02 di Wayback Machine
  • USS Carl Vinson history at U.S. Carriers