[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Janggut sotong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Tentakel)
Janggut-janggut seekor gurita.

Janggut ialah organ pada badan sefalopod seperti sotong dan gurita yang panjang dan fleksibel untuk memburu mangsa, berenang, memaut kepada permukaan dan membiak.[1] Seekor sotong mempunyai beberapa pasang janggut.

Bahagian-bahagian

[sunting | sunting sumber]

Sebatang janggut sotong terdiri daripada tunjang saraf dibalut dengan otot-otot bulat melintang, otot-otot ini mengecut bertindak balas dengan mangsa yang berdekatan.[1]

Cakera-cakera pada hujung janggut sotong.

Pada hujung bawah setiap janggut ialah cakera-cakera infundibulum yang dihubungkan pangkal otot, cakera-cakera ini mengempis apabila bersentuhan dengan permukaan rata. Otot-otot sekelilingnya mengecut dan mengurangkan tekanan dalam infundibulum, tekanan yang kurang membolehkan cakera-cakera janggut melekap pada permukaan yang disentuh.[2]:1146–1149

  1. ^ a b Kier, William M. (Februari 2016). "The Musculature of Coleoid Cephalopod Arms and Tentacles". Frontiers in Cell and Developmental Biology. 4. doi:10.3389/fcell.2016.00010.
  2. ^ Kier, William M.; Smith, Andrew M. (2002). "The structure and adhesive mechanism of octopus suckers". Integrative and Comparative Biology. 42 (6): 1146–1153. doi:10.1093/icb/42.6.1146. PMID 21680399.