[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Piala Negara-Negara Afrika 2021

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Piala Negara Afrika 2021)
Africa Cup of Nations 2021
Coupe d'Afrique des Nations 2021
Fail:2021 Africa Cup of Nations logo.png
Official logo
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Cameroon
Tarikh9 Januari – 6 Februari 2022[1]
Pasukan24
Tempat(di 5 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Senegal (Kejuaraan Ke-1)
Naib Juara Mesir
Tempat Ketiga Cameroon
Tempat Keempat Burkina Faso
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan52
Jaringan gol100 (1.92 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Vincent Aboubakar (8 jaringan gol)
Pemain terbaik Sadio Mané[2]
Permain muda terbaik Issa Kaboré[3]
Penjaga gol terbaik Édouard Mendy[2]
Anugerah Permainan Bersih Senegal[2]
2019
2023

Piala Negara-Negara Afrika 2021 (juga dirujuk sebagai AFCON 2021 atau CAN 2021), dikenali sebagai Piala Negara-Negara Afrika TotalEnergies 2021 atas sebab penajaan,[4] ialah edisi ke-33 Piala Negara-Negara Afrika, bola sepak lelaki antarabangsa dwitahunan kejohanan Afrika anjuran Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF). Kejohanan ini dihoskan oleh Cameroon,[5] dan berlangsung dari 9 Januari hingga 6 Februari 2022.[1]

Kejohanan itu pada asalnya dijadualkan berlangsung pada Jun dan Julai 2021. Bagaimanapun, CAF mengisytiharkan pada 15 Januari 2020 bahawa memandangkan keadaan iklim dalam tempoh itu, perlawanan kejohanan dijadualkan semula antara 9 Januari dan 6 Februari 2021.[6] Pada 30 Jun 2020, CAF memindahkan tarikh kejohanan untuk kali kedua kepada Januari 2022 berikutan kesan pandemik COVID-19 di seluruh benua, sambil meneruskan nama Piala Negara-Negara Afrika 2021 sebab penajaan.[7]

Algeria ialah juara sebelumnya pada Piala Negara-Negara Afrika 2019, tetapi tersingkir dalam perlawanan pusingan pertama selepas menduduki carta terbawah kumpulan mereka.[8] Senegal memenangi kejuaraan AFCON pertama selepas berjaya menewaskan Mesir pada pentas akhir 4–2 menerusi penentuan penalti, berikutan keputusan seri 0–0 selepas masa tambahan.[9]

  1. ^ a b "CAF Executive Committee put infrastructures as one of the main priorities". Confederation of African Football. 31 March 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 June 2021. Dicapai pada 1 April 2021.
  2. ^ a b c "Mane, Cissé, Mendy, Aboubakar take TotalEnergies AFCON individual awards". Confederation of African Football. 8 February 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 February 2022. Dicapai pada 8 February 2022.
  3. ^ @CAF_Online (6 February 2022). "The Burkinabe Stallion Issa Kabore becomes the best young player in the #TotalEnergiesAFCON2021 #AFCON2021" (Twit). Dicapai pada 7 February 2022 – melalui Twitter.
  4. ^ "CAF postpones TotalEnergies Africa Cup final draw, new date to be set soon". Confederation of African Football. 6 June 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 July 2021. Dicapai pada 7 June 2021.
  5. ^ "Cameroon to host 2019, Cote d'Ivoire for 2021, Guinea 2023". Confederation of African Football. 20 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2019. Dicapai pada 20 September 2014.
  6. ^ "Statement from the Organising Committee of the Total African Cup of Nations Cameroon 2021". Confederation of African Football. 15 January 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 January 2021. Dicapai pada 16 January 2020.
  7. ^ "Decisions of CAF Executive Meeting – 30 June 2020". Confederation of African Football. 30 June 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2021. Dicapai pada 23 July 2020.
  8. ^ "Holders Algeria crash out of Nations Cup". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 January 2022. Dicapai pada 10 February 2022.
  9. ^ "Senegal 0 Egypt 0 (4-2 on pens)". BBC Sport. 6 February 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 February 2022. Dicapai pada 7 February 2022.