Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia
MDEC | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 5 Jun 1996 |
Ibu pejabat | 2360 Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Digital Malaysia |
Laman sesawang | mdec |
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysia Digital Economy Corporation , secara rasmi disingkat sebagai MDEC) ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Digital Malaysia. Ditubuhkan pada 1996, ia dahulu dikenali sebagai Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. sebelum dinaik taraf menjadi sebuah agensi kerajaan. Misinya ialah untuk membangunkan ekonomi digital negara dan tertumpu kepada memacu pelaburan, membina juara teknologi tempatan, memangkin ekosistem inovasi digital dan menyebarkan keterangkuman digital.[1] MDEC juga bertanggungjawab menguruskan Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia) sebagai kawasan industri dan perdagangan teknologi bertaraf dunia di Malaysia.
Objektif
[sunting | sunting sumber]MDEC ditugaskan:
- menarik pelabur ICT antarabangsa untuk mendirikan perniagaan di MSC Malaysia, sambil menyediakan bantuan teknikal dan pentadbiran
- menjalinkan hubungan antara syarikat MSC tempatan
- menarik bakat profesional ICT untuk bekerja di MSC Malaysia
- menghubungkan operasi perniagaan baru dengan pekerja bermutu (melalui KWX)
- menguruskan prasarana digital di kawasan MSC Malaysia (melalui MSC Technology Centre Diarkibkan 2007-07-09 di Wayback Machine) dan keselamantan (melalui Trustgate)
- menggalakkan pelaburan di perniagaan MSC Malaysia (melalui MSCVC)
- menasihati kerajaan mengenai perkembangan undang-undang berkenaan teknologi
- menyelenggara perkhidmatan perdagangan dan perumahan MSC Malaysia
- membantu negara lain dalam Inisiatif ICT Kebangsaan melalui MSC Technology Centre
Lembaga pengarah MDEC merangkumi pelabur teknologi tersohor di Asia Tenggara, dan juga Ketua-ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Aaron Raj (17 Januari 2023). "For MDEC, it's all about creating opportunities" (dalam bahasa Inggeris). Tech Wire Asia. Dicapai pada 22 Januari 2023.