Kepanduan
Kepanduan atau kepengakapan (bahasa Inggeris: scouting )[1] merupakan sebuah organisasi yang bertujuan untuk membimbing golongan remaja secara fizikal, memupuk semangat dan mengasuh cara pemikiran melalui pendidikan tidak formal - para anggota dalam pergerakan sebegini diberi nama pengakap, pandu atau pramuka.[2] (lihat peristilahan se-Nusantara di bawah)
Penekanannya adalah kepada kegiatan praktikal di luar rumah agar remaja dapat mengambil peranan sebagai anggota masyarakat yang berguna. Pergerakan ini diasaskan pada tahun 1907 di England oleh Lord Robert Baden-Powell yang dianggap sebagai pelopor "Bapa Pengakap Sedunia".
Peristilahan
[sunting | sunting sumber]"Kepanduan" didasarkan kata akar "pandu" yang bermaksud "menunjuk jalan";[2] ia merupakan istilah pertama yang mengungkapkan konsep penghimpunan dan pendidikan masyarakat sebegini di Nusantara. Pengungkapan ini datang dari kawasan dijajah Timur Belanda hasil pinjam terjemah istilah Belanda padvinders[3] (bandingkan kata bahasa Inggeris: pathfinders ). Istilah "kepanduan" kini lebih diketahui di Indonesia berbanding Malaysia dan Singapura, namun "pandu" itu sendirinya masih ada wujud dalam peristilahan tertentu baku Malaysia sama ada "pandu lelaki" atau "pandu perempuan"[4]:maksud III (misalnya nama Pandu Puteri). Istilah "pengakap" yang diketahui di Malaysia dan Singapura merujuk kepada anggota dalam pergerakan sebegini hasil pengimbuhan kata kerja "kakap" —bermaksud "meronda" atau "mengintip"[4]— memadan kata kerja bahasa Inggeris scout yang bermaksud "meninjau-ninjau".[5]
Indonesia sendirinya langsung tidak menggunakan perkataan "pandu" yang diketahui konteks umum mahupun "pengakap", sebaliknya lebih memakai istilah rasmi tersendiri iaitu "pramuka" - ia merupakan singkatan ungkapan bahasa Jawa praja muda karana bererti "jiwa muda yang suka berkarya [bekerja]".[6] Ada juga sumber yang menyatakan ia datang daripada perkataan poromuko yang bererti "pasukan terdepan dalam perang" (sepersis infantri) cetusan Sultan Hamengkubuwono IX, timbalan Presiden Indonesia ke-2 dan anggota sebuah panitia penubuh pergerakan mewakili Republik Indonesia yang baru sahaja terbentuk: ia dianggap sebagai gantian kompromi menggantikan istilah "pandu" yang dianggap berkonotasi kolonis dan "pionir muda" —usulan Prijono iaitu Menteri Pendidikan dan Kebudayaan ketika itu— yang lebih berkonotasi komunis.[3]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Sejarah awal
[sunting | sunting sumber]Pergerakan kepengakapan atau kepanduan ini mula-mula dipelopori penulisan dan cetusan fikiran Robert Stephenson Smyth Baden-Powell, Baron Pertama Baden-Powell - beliau merupakan seorang askar berpangkat Leftenan Jeneral. yang ditugaskan di Mafeking, Afrika Selatan sebagai pegawai pemerintah ketika Perang Boer yang berlangsung dari 1899 hingga 1902. Baden-Powell cuba mempertahankan bandar tersebut daripada puak Boer (Afrikaner) yang berganda lebih besar jumlah berbanding anggotanya bernisbah lapan kepada satu; maka beliau membentuk suatu kor relawan dianggotai sepenuhnya oleh sukarelawan remaja lelaki iaitu Kor Kadet Mafeking untuk membantu menyokong anggota tentera British menangkas serangan pihak Boer Kor tersebut. Baden-Powell melatih kesemua anggota pemuda tersebut sehingga dapat dibuktikan diri keupayaan mereka mengelola serta membantu mempertahankan bandar tersebut dengan jayanya. Hasil daripada statusnya sebagai wira antarabangsa, didapati hasil daripada usaha gigihnya mempertahankan Mafeking ketika Pengepungan Mafeking "Siege of Mafeking", manual latihan tentera Baden-Powell, Aids to Scouting (Bantuan kepada Pengakap) (ditulis pada 1899) menjadi jualan utama dan digunakan oleh guru dan organisasi remaja.
Pada 1906, Ernest Thompson Seton dari Kanada menghantar satu salinan bukunya berjudul The Birchbark Roll of the Woodcraft Indians (Gelong Kulit kayu Birch mengenai Seni Rimba Indian) kepada Baden-Powell untuk bertukar pendapat, beliau kemudiannya bertemu Baden-Powell dan mereka berkongsi idea mengenai program latihan remaja. Daripada perbincangan tersebut, Baden-Powell digalakkan menulis semula Aids to Scouting agar lebih cocok dibaca sesiapa dalam lingkungan usia lebih muda. Pada 1907. Baden-Powell telah menyiapkan draf bertajuk Boy Patrols. Pada tahun yang sama, Baden-Powell telah mencuba semula ideanya dengan mengumpulkan sebanyak 22 orang anak lelaki dari latar belakang sosial yang berlainan dan mengadakan perkhemahan selama seminggu pada 29 Julai, di Pulau Brownsea berdekatan Poole Harbour, Dorset, England. Kaedah organisasinya, sekarang dikenali sebagai Kaedah Patrol "Patrol Method", merupakan kunci kepada kaedah kepanduan ini yang membenarkan kanak-kanak lelaki untuk mengatur diri mereka dalam kumpulan kecil dengan Ketua Patrol yang dilantik.
Kesemua penemuan dan pemerhatian dibuat Baden-Powell akhirnya dapar dibukukan dalam suatu makalah berjudul Scouting For Boys. pada tahun 1908 - melalui penerbitan ini konsep suatu pergerakan yang mendidik pemuda-pemudi agar "dipandu" sebagai pemimpin yang cekap dan berpengalaman mula sohor di seluruh United Kingdom tidak lama selepas penerbitan makalah tersebut[7][8] Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi organisasi tersendiri. Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar yang pertama disah dan dicatatkan (chartered) di Malta.
Perkembangan ke seluruh dunia
[sunting | sunting sumber]Selepas penubuhan Pergerakan Pengakap, beliau memperkenalkan Pandu Puteri ("Girl Guides") pada tahun 1910 dengan bantuan saudara perempuannya, Agnes Baden-Powell. Pada tahun 1908, satu pasukan percubaan telah ditubuhkan di Pulau Pinang menandakan bermulanya Pergerakan Pengakap di Tanah Melayu. Tarikh ini juga diterima oleh Pergerakan Pengakap Dunia (WOSM) dan mengishtiharkannya di Persidangan Pengakap Dunia kali ke 39 di Curitiba, Brazil pada tahun 2011.
Sekumpulan kecil Kumpulan Pengakap ditubuhkan pada tahun 1908 diberikan hak memakai saputangan hijau sebagai penghormatan keahlian mereka bagi kumpulan perintis.
Konsep suatu pergerakan yang mendidik pemuda-pemudi agar "dipandu" sebagai pemimpin yang cekap dan berpengalaman mula sohor di seluruh United Kingdom tidak lama selepas penerbitan Scouting For Boys. pada tahun 1908[7][8] Pergerakan Pengakap dengan pantas menjadi organisasi tersendiri. Pergerakan Pengakap berjalan dengan pantas ke seluruh Empayar British. Unit luar yang pertama disah dan dicatatkan (chartered) di Malta.
Bahagian tersebut kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku sebagai Scouting for Boys (Pengakap untuk Budak-budak Lelaki), pada masa sekarang dianggap sebagai edisi pertama Boy Scout Handbook (Buku Rujukan Pengakap). Pada masa itu Baden-Powell bermaksud buku tersebut akan memberikan idea untuk pertubuhan sedia ada, khususnya Boys' Brigade. Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki membentuk patrol Pengakap secara spontan dan membanjiri Baden-Powell dangan permohonan untuk bantuan. Dengan cara ini pergerakan Pengakap muncul tanpa disengajakan dan terbentuk disebabkan pergerakkannya sendiri. Ketika Pergerakan Pengakap berkembang, Unit Pengakap Laut "Sea Scout" dan Pengakap Udara "Air Scout" ditambah kepada pilihan Pergerakan Pengakap. Baden-Powell tidak dapat menasihati kesemua remaja yang meminta bantuannya. Untuk memberikan pimpinan dewasa, latihan diperlukan. Lencana Rimba "Wood Badge" dimajukan untuk mengiktiraf latihan kepimpinan dewasa. Pada tahun 1919 Gilwell Park dibeli sebagai tapak latihan dewasa dan tapak perkhemahan Pengakap. Baden-Powell turut menulis buku untuk membantu pemimpin yang berjudul Aids to Scoutmastership (Panduan untuk Kemahiran Berpengakap).
F.M.C Baden Powell, adik kepada BP memperkenalkan Pengakap Udara menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini ia membantu England dalam kempen Battle of Britain.
Warrington Baden Powell, abang kepada BP memperkenalkan Pengakap Laut menjelang Perang Dunia Kedua. Dengan penubuhan unit ini juga membantu England menjaga dan memerhati diperairan lautnya dengan bantuan unit tentera lautnya diperbatasan menjelang Perang Dunia Pertama
Sejarah pergerakan pandu di Nusantara
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Pengakap. |
- Seksyen Pengakap (Scouting sections)
- Pengakap Helang (Eagle Scout)
- Pergerakan Perintis (Pioneer movement)
- Perintis
- Daftar hadiah, pingat, dan gelaran
- Pertubuhan pemuda (Youth organizations)
- Liga Pengakap Bahasa Esperanto
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Sejarah dari Pramuka". Dizhaowa.
- ^ a b "'pandu' - Kamus Bahasa Melayu". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 14 Ogos 2019. - rujuk maksud kelima.
- ^ a b Aryono. "Liga Pemuda Pramuka". Historia. Dicapai pada 15 Ogos 2019.
- ^ a b "'kakap' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 14 Ogos 2019.
- ^ "'scout' Kamus Bahasa Inggeris". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 15 Ogos 2019.
- ^ Rosiana Haryanti (14 Ogos 2019). "Hari Ini dalam Sejarah: 14 Agustus dan Kisah Lengkap Lahirnya Pramuka". KOMPAS.
- ^ a b Baden-Powell, Robert (1908). Scouting for Boys: A Handbook for Instruction in Good Citizenship. London: H. Cox. ISBN 978-0-486-45719-2.CS1 maint: ref duplicates default (link)
- ^ a b "Scouting Founded". Order of the Arrow, Boy Scouts of America. Dicapai pada September 29, 2014.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Laman rasmi persatuan se-Nusantara
[sunting | sunting sumber]- Laman rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia.
- Laman rasmi Pramuka Indonesia
- Persatuan Pengakap Singapura | The Singapore Scout Association
- Laman rasmi Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam
Lain-lain
[sunting | sunting sumber]- Malaysian Scouts & Guides Portal (MSGP) Diarkibkan 2021-01-21 di Wayback Machine
- Sejarah Pengakap Malaysia Diarkibkan 2004-10-20 di Wayback Machine di 18th Georgetown (North) Scout Troop
- Scouting Frequently Asked Questions
- Two world-wide organizations coordinate the scouts and the guides of the world:
- World of Scouting, describes history of Scouting organizations.
- The World Scout Emblem, by Pinetree Web
- Scoutwiki - wiki mengenai pengakap