Oh My English!
Oh My English! | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | OME |
Genre | Sitkom Remaja Pendidikan Cebisan hidup |
Pengarah | Umi Salwana Omar |
Dibintangi oleh | Lihat di bawah |
Penggubah lagu tema | Liyana Jasmay dan Altimet |
Lagu pembukaan | Oh My English! oleh Liyana Jasmay ft. Altimet |
Lagu penutup | Sama seperti pembukaan (Versi instrumen) |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Inggeris Bahasa Melayu (Disertakan dengan sarikata Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) |
Bilangan musim | 6 |
Bilangan episod | 122 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Lina Tan |
Tempoh siaran |
|
Syarikat penerbitan |
|
Syarikat pengedaran | Astro |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro TVIQ Astro Mustika HD (Musim 1 disiar semula dalam HD, Musim 2-3 untuk kesemua episod) Astro Maya HD (Musim 2 untuk telemovie, Musim 3-6 untuk kesemua episod dan telemovie) Astro Prima Astro Ceria (Oh My Ganu! sahaja) Astro Warna (singapura sahaja) Astro Tutor TV |
Format gambar | |
Siaran asal | 20 Mei 2012 | – 24 Disember 2017
Pautan luar | |
Laman rasmi Oh My English! |
Oh My English! ialah sebuah drama bersiri yang bertemakan komedi dan pendidikan di Malaysia yang bersiaran di Astro TVIQ, Astro Mustika HD, Astro Maya HD, Astro Prima, Astro Ceria, Astro Tutor TV dan Astro Warna.[1][2]
Matlamat
[sunting | sunting sumber]Drama ini merupakan salah satu usaha pihak Astro dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memperbaiki pertuturan di dalam bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia. Perkara ini juga selaras dengan dasar KPM iaitu ‘Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris’ (MBMMBI). Pada tahun 2009, Astro telah bekerjasama dengan KPM untuk menyiarkan rancangan pembelajaran yang bertaraf antarabangsa kepada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), iaitu Kampus Astro. Projek ini juga telah melengkapkan 10,000 buah sekolah di Malaysia dengan kelengkapan set televisyen berskrin rata, dekoder Astro dan 17 buah saluran pendidikan dan maklumat termasuk saluran History, Discovery, National Geographic, Astro Tutor TV, Astro TVIQ dan lain-lain.
Sejak 2018, tidak ada rancangan atau pengumuman untuk meneruskan siri ini. Enam musim dan rancangan telemovie tersebut masih ditunjukkan di saluran Astro terpilih dan tersedia untuk ditonton di Astro On Demand.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Musim 1
[sunting | sunting sumber]Sebuah sekolah rekaan yang bernama SMK Ayer Dalam mempunyai kelas ‘3 Merah’ yang terkenal sebagai kelas yang mempunyai pelbagai ragam. Tiada guru yang ingin mengajar di kelas ini kerana pelajar-pelajarnya terkenal dengan sikap yang sangat nakal, suka membuat bising dan keputusan akademik mereka yang terburuk di dalam sekolah tersebut. Subjek mereka yang paling tidak digemari ialah bahasa Inggeris.
Akhirnya, muncul seorang guru bahasa Inggeris yang bernama Henry Middleton (lakonan Zain Saidin). Cara pengajaran Henry yang unik dan memberangsangkan telah dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk mempelajari bahasa Inggeris.
Musim 2
[sunting | sunting sumber]Mr. Middleton telah mengubah fikirannya untuk tidak kembali ke UK. Dia menyambung tugasnya di Kelas 3 Merah, dan belajar lebih mendalam tentang negara 'rumah baharu' nya.[3]
Musim 3
[sunting | sunting sumber]Oh My English kembali menemui anda dengan musim yang ke-3! Musim ini para pelajar mengembara di luar kawasan sekolah, bergerak ke masa hadapan, dan masa lalu serta lawatan di luar Ayer Dalam.[4]
Musim 4 - Class of 2015
[sunting | sunting sumber]Kelas 5 Merah akan menghadapi peperiksaan SPM. Hubungan antara Mr. Middleton dan Cikgu Ayu semakin terancam disebabkan kehadiran guru baharu. Taylor Marie Smith dari Amerika telah menyertai program pertukaran pelajar ke SMK Ayer Dalam.[5]
Musim 5 - After School
[sunting | sunting sumber]SYS telah diculik oleh seorang lelaki misteri yang mahu SYS menjadi anak didiknya. SYS memerlukan pertolongan dari Zack dan Jibam. Mereka juga disertai oleh sebuah jam maya A.I iaitu Mia yang sering membetulkan bahasa Inggeris mereka.[6]
Musim 6 - Level Up!
[sunting | sunting sumber]Kelas 3 Merah bakal menerima beberapa orang guru baharu. Antaranya, Mr. James Blond (Mark Odea) seorang yang kelam kabut dan bersahaja. Pada masa yang sama, beliau cuba untuk menawan hati para pelajar namun niat beliau sering disalah anggap dan mengundang padah pada diri sendiri. Zack (Juzzthin) dan Jojie (Nadiya Nisaa) kembali ke SMK Ayer Dalam tetapi kini mereka menjadi guru. Cikgu Jojie mengajar subjek Pendidikan Jasmani (PE) dan Cikgu Zack mengajar Pendidikan Muzik.[7]
Watak
[sunting | sunting sumber]Pelakon | Watak | Musim | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | ||
Juzzthin | Zack | Utama | |||||
Adibah Noor | Puan Hajar | Utama | Utama | ||||
Nadiya Nisaa | Jojie | Utama | Utama | ||||
Carmen Soo | Miss Soo | Utama | Utama | ||||
Sherry Al-Hadad | Cikgu Bedah | Utama | Jemputan | Utama | |||
Roax Tan | SYS | Utama | Sampingan | ||||
Akhmal Nazri | Jibam | Utama | |||||
Amelia Henderson | Amelia | Utama | |||||
Kaameshaa Ravindran | Anusha | Utama | Jemputan | ||||
Zhafir Muzani | Mazlee | Utama | Jemputan | ||||
Juliana Evans | Taylor Marie Smith | Utama | Jemputan | ||||
Zain Saidin | Henry Middleton | Utama | |||||
Tiz Zaqyah | Cikgu Ayu | Utama | |||||
Fauziah Ahmad Daud | Puan Aida | Utama | |||||
Rahim Sepahtu | Sarjan Bin Mejar | Utama | |||||
Chacha Maembong | Bella | Utama | |||||
Syamiem Alnisa | Qila | Utama | |||||
Azzam Sham | Sayur | Utama | |||||
Afeeq Emir | Zeeq | Utama | |||||
Nazrief Nazri | Cikgu Ariff | Utama | |||||
Cristina Suzanne Stockstill | Cikgu Nurul | Utama | |||||
Syafiq Kyle | Khai | Utama | |||||
Amyra Rosli | Putri | Utama | |||||
Iezah Diyana | Hani | Utama | Sampingan | ||||
Aedy Ashraf | Shafiq | Utama | |||||
Izara Aishah | Azlin | Utama | |||||
Amer Sharrif | Farouk | Utama | |||||
Harun Salim Bachik | Encik Mohd.Salleh | Utama | |||||
Mr. Os | Pak Sham | Utama | |||||
Syafie Naswip | Azlan | Utama | |||||
Aaron Aziz | Cikgu Malik | Utama | |||||
Ezlisa Loy | Faiza | Utama | |||||
Ahmad Ezzrin Loy | Faiz | Utama | |||||
Izzy Zulkhazreef | Wan Yunus | Utama | |||||
Timothy Deeran Shegar | Muthusam / Sam | Utama | |||||
Harris Alif | Danial | Utama | |||||
Mark O'dea | Mr. James Blond | Utama | |||||
Qistina Enara | Fiona | Utama | |||||
Nur Shahidah | Mawar | Utama | |||||
Yuna Rahim | Amelia | Utama | |||||
Faye An Ying Fei | See Mi Nau | Utama | |||||
Sangeeta Krishnasamy | Cikgu Lakshmi | Utama | |||||
Fimie Don | Ronaldo | Utama | |||||
Tauke Raja Lawak | Encik Yusof | Utama |
Senarai episod
[sunting | sunting sumber]Musim | Episod | Tarikh siaran | ||
---|---|---|---|---|
Episod pertama | Episod akhir | |||
1 | 20 | 20 Mei 2012 | 16 September 2012 | |
2 | 20 | 31 Mac 2013 | 28 Julai 2013 | |
3 | 23 | 18 Mei 2014 | 19 Oktober 2014 | |
4 | 20 | 7 Jun 2015 | 27 Disember 2015 | |
5 | 13 | 31 Julai 2016 | 23 Oktober 2016 | |
6 | 26 | 1 Oktober 2017 | 24 Disember 2017 | |
Telemovie | 9 | 27 November 2013 | 21 Mac 2018 |
Penaja rancangan
[sunting | sunting sumber]- Vitagen[8]
- Nestle Crunch Wafer
- Magic Sim oleh XPAX
- ExxonMobil
- Faber Castell
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2013 | Anugerah Lawak Warna | Siri TV Komedi Kanak-Kanak Terbaik | Oh My English! | Menang[9] |
Astro On the Go Fan Choice Awards | Favourite Drama TV | Tercalon | ||
2015 | International Emmy Awards 2015 | Digital Program: Children & Young People | Tercalon[10] |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Astro. "Oh My English!". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-07. Dicapai pada 2012-06-28.
- ^ Budley (26 Mei 2012). "Oh My English".
- ^ https://whatson.astro.com.my/search/?q=oh-my-english
- ^ https://whatson.astro.com.my/search/?q=oh-my-english
- ^ https://whatson.astro.com.my/show/oh-my-english-s4-ep18/?pid=PACK0000000000136982
- ^ https://whatson.astro.com.my/search/?q=oh-my-english
- ^ https://www.budiey.com/oh-my-english-level-up/
- ^ "New series of Oh My English filmed in US" [Siri terbaharu '‘Oh My English'’ difilemkan di AS]. BorneoPost Online (dalam bahasa Inggeris). 29 September 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 29 September 2018.
- ^ Velasrizal (16 Ogos 2013). "Keputusan Pemenang Anugerah Lawak Warna 2013 (18 Ogos 2013)".
- ^ https://www.instagram.com/p/1cohz9Da1f/