[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Nowruz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nowrūz
Also calledJuga dieja Norouz, Norooz, Narooz, Nawruz, Newroz, Newruz, Nauruz, Nawroz, Noruz, Novruz, Nauroz, Navroz, Naw-Rúz, Nowroj, Navroj, Nevruz, Neyruz, Наврӯз, Navruz, Navrez, Nooruz, Nauryz, Nevruz, Nowrouz,
Observed byTerutamanya di:
Iran Iran
Afghanistan Afghanistan
Azerbaijan Azerbaijan
Tajikistan Tajikistan
Kurdistan Iraq
kelompok etnik dan keagamaan seluruh dunia: Diaspora Azerbaijan, Zoroastrian, Bahá'í dan diaspora Iran. Juga disambut di Albania, Armenia, Azerbaijan, Bosnia, Caucasus, Crimea, Georgia, India, Iraq (Kurdistan Iraq), Kashmir, Kazakhstan, Kosovo, Kyrgyzstan, Macedonia, Pakistan, Serbia, Syria, Uzbekistan.
SignificanceSambutan tahun baru
CelebrationsPerhiasan Haft-Sin, Chahârshanbe Sûrî, Sizdah Bedar, dsb.
Date20, 21 atau 22 Mac
Sesetengah golongan menyambutnya pada Ekuinoks Musim Bunga yang setepatnya, manakala yang lain menyambutnya pada hari yang tetap setiap tahun. Kaum Pandit Kashmir menyambut Nowruz pada suatu tarikh antara pertengahan Mac dan pertengahan April, yang ditentukan oleh takwim qamari Hindu.
2024 datedate missing (please add)

Nowrūz (Parsi: نوروز [noʊruːz]), "Hari Baru") ialah perayaan tahun baru kuno tradisional yang disambut oleh Iran[1] dan Kurdistan dan juga hari pertama tahun baru Iran.

Nowruz diraikan dan disambut oleh bangsa Iran dan bangsa-bangsa jirannya, dan juga tersebar ke tempat lain di dunia, termasuk Asia Tengah, Asia Selatan, China Barat Laut, rantau Crimea dan juga sesetengah kelompok etnik di Albania, Bosnia, Serbia dan Republik Macedonia.

Nowruz menandakan hari pertama musim bunga dan bermulanya tahun baru dalam takwim Iran. Nowruz disambut pada hari yang berlakunya ekuinoks musim bunga dalam astronomi, iaitu sekitar 20–22 Mac bergantung kepada tempat pemerhatiannya. Selain menjadi hari raya Zoroastrian yang penting kepada leluhur bangsa Iran yang beragama Zoroastrian, hari ini juga disambut sebagai tahun baru di sesetengah rantau India. Detik Matahari melintasi khatulistiwa cakerawala dan menyamakan kala malam dan siang dihitung setiap tahun untuk menentukan bila berkumpulnya seluruh ahli keluarga Iran untuk menyambut Nowruz.

Nowruz pada asalnya merupakan perayaan yang tersuci dalam agama Zoroastrian, tetapi tidak diketahui bila julung kali sambutannya, namun orang ramai percaya bahawa Zoroaster sendiri yang mencipta perayaan ini.[2] Semenjak zaman Achaemenid, tahun baru bermula secara rasmi apabila Matahari beralih dari kala zodiak Pisces ke Aries untuk menandakan Ekuinoks Musim Bunga. Perayaan Yahudi Purim mungkin sekali diilhamkan oleh Tahun Baru Parsi.[3] Nowruz juga diraikan oleh pengikut mazhab Ismaili, Alawi,[4] Alevi, dan penganut agama Bahá'í.[5]

Istilah Nowruz julung kalinya tertulis pada catatan Parsi pada abad ke-2 Masihi, tetapi hari perayaan ini juga penting pada zaman Achaemenid (kira-kira 648-330 SM), apabila para raja dari negara-negara taklukan empayar Parsi mempersembahkan ufti kepada Maharaja Parsi (Shahanshah) sempena hari Nowruz.[6].

Pada tahun 2010, Perhimpunan Agung PBB mengiktiraf Hari Antarabangsa Nowruz, sebagai perayaan musim bunga yang berasal dari bangsa Parsi dan disambut selama 3,000 tahun.[7] Di mesyuarat Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk Melindungi Warisan Tak Ketara yang dianjurkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dari 28 September hingga 2 Oktober 2009 di Abu Dhabi, Nowrūz secara rasminya dimasukkan dalam Senarai Warisan Kebudayaan Kemanusiaan Tak Ketara UNESCO.[8][9][10][11] Mulai tahun 2010, Perhimpunan Agung PBB mengiktiraf 21 Mac sebagai "Hari Nowruz Antarabangsa".[12] Pada 15 Mac 2010, Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan Resolusi Nowruz (H.Res. 267), dengan undian 384-2,[13] untuk "Mengiktiraf kepentingan kebudayaan dan sejarah Nowruz, ... .".[14]

  1. ^ Josef W. Meri, Jere L. Bacharach, "Medieval Islamic Civilization: L-Z, index ", Taylor & Francis, 2006. pp 605: "Buyid rulers such as Azud al-Dawla resusciated a number of pre-islamic Iranian practices, most notably the titular of shahanshah (king of kings) and the celebration of the Persian New Year
  2. ^ Boyce, M. Festivals. I. Zoroastrian. Encyclopaedia Iranica.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Britannica
  4. ^ "But they also celebrate some of the same festivals as the Christians, like Christmas and Epiphany, as well as Nawruz, which originally is the Zoroastrian New Year."
  5. ^ "The Baha'i Calendar". Dicapai pada 2007-03-19.
  6. ^ Norouz in the Course of History
  7. ^ UN.org
  8. ^ Novruz, Nowrouz, Nooruz, Navruz, Nauroz, Nevruz: Inscribed in 2009 on the Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity, UNESCO.
  9. ^ Noruz and Iranian radifs registered on UNESCO list, Tehran Times, 1 October 2009, TehranTimes.com.
  10. ^ Persian music, Nowruz make it into UN heritage list, Press TV, 1 October 2009, PressTV.ir
  11. ^ Nowruz became international, in Persian, BBC Persian, Wednesday, 30 September 2009, BBC.co.uk
  12. ^ Businessweek.com
  13. ^ House Passes Historic Norooz (sic) Resolution, National Iranian American Council, Monday, 15 March 2010.
  14. ^ Legislative Digest, GOP.gov Diarkibkan 2010-04-14 di Wayback Machine, H.Res. 267.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]