[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Orang Manchu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Manchu)
Manchu (Manju)
滿族, 满族
Jumlah penduduk
kira-kira 10.68 juta (2000)[1]
Kawasan ramai penduduk
 Republik Rakyat China (Heilongjiang · Jilin · Liaoning)
Juga terdapat di  Taiwan,  Amerika Syarikat,  Kanadaand  Jepun
Bahasa
Bahasa Mandarin,
Bahasa Manchu
Agama
Dahulunya shamanisme, pemujaan syurga dan pemujaan nenek moyang; Kini agama Buddha dan pemujaan nenek moyang[2][3]
Kumpulan etnik berkaitan
Xibe, orang Tungus lain

Orang Manchu (Manchu: ᠮᠠᠨᠵᡠ Manju; Cina Tradisional: 滿族, Cina Ringkas: 满族, pinyin: Mǎnzú, Mongol: Манж, Rusia: Маньчжуры) ialah sekelompok orang Tungus yang berasal dari rantau Manchuria (di kawasan timur laut China). Orang Manchu mengecapi kegemilangan pada abad ke-17, apabila mereka menumpaskan Dinasti Ming lalu menggantikannya dengan Dinasti Qing, lalu memerintah China sehingga Revolusi 1911 yang mana mereka digulingkan oleh sebuah kerajaan republik.

Etnik Manchu kini sudah banyak berasimilasi dengan bangsa Cina Han, hinggakan bahasa Manchu hampir pupus kerana hanya ditutur oleh sebilangan kecil warga emas di kawasan luar bandar di China timur laut di samping beberapa orang ilmuwan; terdapat sekitar 10,000 orang penutur Sibe (Xibo), iaitu suatu loghat Manchu yang ditutur di kawasan Ili di Xinjiang. Namun demikian, kebelakangan ini bangkitnya semula minat terhadap kebudayaan Manchu di kalangan etnik Manchu dan Han. Bilangan rakyat China hari ini yang berketurunan Manchu agak besar,[4] ditambah pula dengan dasar-dasar yang membela etnik minoriti (seperti keutamaan kemasukan universiti, peluang pekerjaan kerajaan dan pengecualian dari dasar satu anak) telah menggalakkan ramai yang berketurunan campuran Han dan Manchu mengenali diri mereka sebagai Manchu.

  1. ^ "Ethnic Groups - china.org.cn - The Manchu ethnic minority". Dicapai pada 2008-09-26.
  2. ^ Sate Nationalities Affairs Commission (2005). Zhang Yongfa and Fang Yongming (penyunting). Selected pictures of Chinese ethnic groups (ed. First edition). China Pictorial Publishing House. m/s. 48. ISBN 7-80024-956-5. Unknown parameter |month= ignored (bantuan); |edition= has extra text (bantuan)
  3. ^ Wang Can (2004). Ethnic groups in China. China Intercontinental Press. ISBN 7-5085-0490-9. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  4. ^ Dengan 10.68 juta orang, Manchu ialah kelompok etnik ketiga terbesar di selepas Han dan Zhuang. Rujuk: Wang & Wang 2005, halaman 9, 109

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]