[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Chennai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Madras)
Chennai
Madras
Metropolitan city
Ikut jam dari atas: Chennai Central, Pantai Marina, Kuil Kapaleeswarar, Santhome Basilica, Bharata Natyam
Ikut jam dari atas: Chennai Central, Pantai Marina, Kuil Kapaleeswarar, Santhome Basilica, Bharata Natyam
NegaraIndia
NegeriTamil Nadu
DaerahChennai[A]
Nama lamaMadrasapattinam (Madras)
Pentadbiran
 • MayorSaidai Duraisamy[1]
 • Deputy MayorP. Benjamin[2]
 • Corporation CommissionerP. W. C. Davidar[3]
 • Police CommissionerJ K Tripathy[4]
Keluasan
 • Metropolitan city426.7 km2 (164.48 batu persegi)
 • Metro
1,189 km2 (464.45 batu persegi)
Aras
6 m (20 ft)
Penduduk
 (2011)[5][6]
 • Metropolitan city6,221,782
 • Pemeringkatan6th
 • Metro8,696,010
 • Metro rank
4th
 • Demonym
Chennaite
Zon waktuUTC+05:30 (IST)
Postal index number
600 xxx,
Pendaftaran kenderaanTN 01–10, 18, 20, 22
UN/LOCODEIN MAA
Telephone91-44-XXXX XXXX
Official languageTamil
Laman sesawangwww.chennaicorporation.gov.in
  1. ^ The Chennai metropolitan area also includes portions of Kanchipuram and Tiruvallur districts.

Chennai(/ˈɛn/ ( dengar), Tamil: [ˈt͡ɕenːaɪ̯], IAST: Cennaī), yang dahulunya dikenali sebagai Madras,[a] adalah ibu kota negeri Tamil Nadu, negeri paling selatan di India. Ia adalah bandar utama negeri tersebut dan terletak di Pantai Coromandel di Teluk Bengal. Menurut banci India 2011, Chennai adalah bandar keenam paling ramai penduduk di India dan membentuk aglomerasi bandar keempat paling ramai penduduk. Diperbadankan pada tahun 1688, Perbadanan Chennai Raya (Greater Chennai Corporation) adalah korporasi perbandaran tertua di India dan kedua tertua di dunia selepas London.

Secara sejarah, rantau ini adalah sebahagian daripada kerajaan Chola, Pandya, Pallava, dan Vijayanagara pada pelbagai era. Tanah pantai yang ketika itu mengandungi kampung nelayan Madrasapattinam, telah dibeli oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris daripada pemerintah Nayak, Chennapa Nayaka pada abad ke-17.Garnisun British menubuhkan bandar dan pelabuhan Madras, dan membina Kubu St. George, kubu British pertama di India. Bandar ini dijadikan ibu kota musim sejuk Kepimpinan Madras, sebuah wilayah kolonial British Raj di benua kecil India. Selepas India mencapai kemerdekaan pada tahun 1947, Madras terus menjadi ibu kota Negeri Madras dan Tamil Nadu yang ada sekarang. Bandar ini secara rasmi dinamakan semula sebagai Chennai pada tahun 1996.

Bandar ini sepadan dengan Daerah Chennai, yang bersama dengan kawasan pinggir bersebelahan membentuk Kawasan Metropolitan Chennai, kawasan bandar ke-35 terbesar di dunia mengikut populasi dan salah satu ekonomi metropolitan terbesar di India.Chennai mempunyai ekonomi bandar kelima terbesar di India, dan memiliki populasi ekspatriat ketiga terbesar di India. Sebagai pintu masuk ke Selatan India, Chennai merupakan antara bandar-bandar India yang paling banyak dilawati, menempatkan kedudukan ke-36 di antara bandar-bandar yang paling banyak dilawati di dunia pada tahun 2019. Diklasifikasikan sebagai bandar tahap beta dalam Indeks Bandar Global, Chennai sering disenaraikan sebagai salah satu bandar terbaik untuk didiami di India dan merupakan antara bandar-bandar yang paling selamat di India.

Chennai merupakan pusat utama untuk pelancongan perubatan dan dikenali sebagai "ibukota kesihatan India". Bandar ini juga menjadi lokasi penting bagi industri automotif India dan oleh itu diberi gelaran "Detroit of India". Chennai adalah satu-satunya bandar di Asia Selatan yang disenaraikan di dalam "Top 10 food cities" oleh National Geographic dan menduduki tempat kesembilan dalam senarai bandar kosmopolitan terbaik dunia oleh Lonely Planet. Pada Oktober 2017, Chennai ditambahkan ke dalam senarai Rangkaian Bandar Kreatif UNESCO UNESCO (Creative Cities Network-UCCN). Ia merupakan pusat utama produksi filem dan juga merupakan tapak bagi industri filem berbahasa Tamil.

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Chennai" berasal daripada nama Chennappa Nayaka, seorang pemerintah Nayak yang berkhidmat sebagai jeneral di bawah Venkata Raya dari Empayar Vijayanagara, dari mana Syarikat Hindia Timur British memperoleh bandar tersebut pada tahun 1639.[9][10] Penggunaan rasmi pertama nama itu berlaku pada bulan Ogos 1639 dalam akta jualan kepada Francis Day dari Syarikat Hindia Timur.[11]Pemberian tanah diberikan kepada Kuil Chennakesava Perumal di Chennapatanam kemudian pada tahun 1646, yang beberapa sarjana berhujah sebagai penggunaan pertama nama tersebut.[12][9]

Nama "Madras" adalah berasal dari tempatan, dan telah ditunjukkan bahawa ia telah digunakan sebelum British menubuhkan kehadiran mereka di India.[13] Sebuah penulisan era Vijayanagara yang ditemui pada tahun 2015 bertarikh pada tahun 1367 dan menyebut tentang pelabuhan Mādarasanpattanam, bersama dengan pelabuhan-pelabuhan kecil lain di pantai timur. Teori dibuat bahawa pelabuhan yang disebutkan di atas adalah pelabuhan nelayan Royapuram.[14] Madras mungkin berasal dari Madraspattinam, sebuah kampung nelayan di utara Kubu St. George, tetapi tidak pasti sama ada nama itu telah digunakan sebelum kedatangan orang Eropah.[15]

Pada bulan Ogos 1996, Kerajaan Negeri Tamil Nadu secara rasmi mengubah nama dari Madras kepada Chennai.[16] Nama Madras masih digunakan sesekali untuk bandar tersebut serta untuk tempat atau perkara yang dinamakan sempena bandar itu sebelumnya.

Demografik 2001

[sunting | sunting sumber]

Menurut bancian India pada tahun 2001, Chennai memiliki bilangan penduduk seramai 4,216,268. Dari jumlah tersebut, kaum lelaki membentuk 51% dari jumlah keseluruhan populasi dan wanita seramai 49%.[17]

Pendidikan 2011

[sunting | sunting sumber]

Menurut bancian India pada tahun 2001 Chennai memiliki kadar pendidikan (kebolehan membaca) 73%, melebihi kadar purata kebangsaan 59.5%; dengan 54% lelaki dan 46% wanita mampu membaca. 9% dari populasi berusia di bawah 6 tahun. (2001)

Kuil Kapaleeshwarar di Mylapore dibina oleh raja-raja Pallava pada abad ke-7.

Kawasan di sekeliling Chennai merupakan pusat pentadbiran, ketenteraan, dan ekonomi yang penting sejak abad ke-1 lagi. Kawasan ini diperintah oleh kemaharajaan India Selatan, terutamanya empayar-empayar Pallava, Chola, Pandya, dan Vijaynagar. Pada suatu masa, bandar Mylapore yang kini merupakan sebahagian metropolis adalah sebuah pelabuhan yang utama untuk Kemaharajaan Pallava.

Apabila orang-orang Portugis tiba pada tahun 1522, mereka membina sebuah pelabuhan dan menamakan tempat ini sebagai São Tomé, sempena dengan nama St. Thomas, seorang hawari Kristian yang dipercayai berkhutbah di sini antara tahun 52 dan tahun 70. Kawasan ini kemudian diambil alih oleh pihak Belanda yang bertapak dekat Pulicat di utara bandar raya ini pada tahun 1612.

Pada 22 Ogos 1639, Syarikat Hindia Timur Inggeris diberikan tanah oleh Damerla Venkatadri, Nayak dari Vandavasi, untuk sebuah pangkalan sebagai penempatan kekal. Pangkalan ini dipercayai dinamakan Madrasemen. Setahun kemudian, Kubu St George dibina, dan menjadi pusat bandar raya jajahan. Pada tahun 1746, Kubu St George dan Madras ditawan oleh pihak Perancis di bawah Jeneral La Bourdonnais yang merupakan Gabenor Mauritius. Beliau menjarah bandar ini serta kampung-kampung yang berdekatan.

Pihak British menguasai semula bandar ini pada tahun 1749 melalui Perjanjian Aix-la-Chapelle dan kemudian mengukuhkan pangkalan ini untuk dapat bertahan daripada serangan-serangan Perancis dan Hyder Ali, Sultan Mysore. Menjelang akhir abad ke-18, pihak British telah menaklukkan kebanyakan kawasan di sekitar Tamil Nadu serta kawasan-kawasan utara yang kini merupakan Andhra Pradesh dan Karnataka. Mereka mengasaskan Kepresidenan Madras, dengan ibu kotanya di Madras.

Di bawah pemerintahan British, bandar raya ini bertumbuh menjadi sebuah pusat bandar serta pangkalan tentera laut yang utama. Dengan kemunculan kereta api di India pada akhir abad ke-19, bandar raya ini dikaitkan dengan bandar-bandar raya yang penting seperti Mumbai (dahulu dikenali sebagai Bombay) dan Kolkata (dahulu Calcutta) untuk memudahkan komunikasi dan perdagangan dengan daerah pedalaman. Tempat ini merupakan bandar raya tunggal di India yang diserang oleh Perikatan Kuasa Tengah semasa Perang Dunia I apabila gudang minyaknya ditembak oleh SMS Emden, sebuah penjajap ringan Jerman. Selepas kemerdekaan India pada tahun 1947, bandar raya ini menjadi ibu kota Negeri Madras. Negeri Madras kemudian dinamakan semula sebagai Tamil Nadu pada tahun 1969.

Sejak tahun 1965 hingga 1967, Chennai merupakan pangkalan yang penting untuk pemerangsangan orang-orang Tamil terhadap pengenaan bahasa Hindi. Chennai telah menyaksikan beberapa keganasan politik yang diakibatkan oleh pertempuran etnik di Sri Lanka. Pada tahun 1984, sebuah bom yang diletakkan oleh Tentera Eelam Tamil meletup dan membunuh 33 orang di lapangan terbang bandar raya ini. Kemudian pada tahun 1991, dua orang awam India dan tiga belas orang ahli EPRLF, sebuah kumpulan pengikut faham pemisahan Sri Lanka, telah dibunuh oleh pesaing Harimau Tamil (LTTE). . Langkah-langkah yang keras kemudian diambil dan bandar raya ini tidak pernah menghadapi sebarang kegiatan terorisme yang utama sejak masa itu. Bandar raya ini dinamakan semula sebagai Chennai pada Ogos 1996 disebabkan nama Madras dianggap berasal daripada bahasa Portugis.

Pada tahun 2004, tsunami Lautan Hindi melanda pesisir-pesisir Chennai, dan membunuh banyak orang serta mengubahkan garis pinggir laut secara kekal.

Chennai terletak di dataran pinggir laut yang datar, seperti yang dapat dilihat daripada peta Landsat 7 ini. Sila tekan pada imej untuk gambar besar.
Chennai dan bandar-bandar di sekitarnya. Sila tekan pada imej untuk gambar besar.

Chennai terletak pada 13.04° U 80.17° T di pantai tenggara India dan sudut timur laut Tamil Nadu. Bandar raya ini terletak di dataran pinggir laut yang datar yang dikenali sebagai Dataran Pinggir Laut Timur. Tinggi puratanya 6 meter (20 kaki), dengan titik tertinggi 60 meter (200 kaki). Dua batang sungai berliku-liku merentasi Chennai, iaitu Cooum (atau Koovam) di kawasan tengah, dan Sungai Adyar di kawasan selatan. Kedua-dua sungai ini amat tercemar dengan efluen dan sampah dari sumber-sumber rumah tangga serta komersil. Sungai Adyar tidak begitu tercemar berbanding dengan Cooum, dengan kelodak dan sampahnya dibersihkan berkala oleh kerajaan negeri. Muara larangan Adyar membentuk habitat semula jadi untuk banyak spesies burung dan haiwan. Terusan Buckingham yang terletak 4 kilometer (3 batu) ke kawasan pedalaman, menganjur selari dengan pantai dan mengaitkan kedua-dua sungai tersebut. Otteri Nullah, sebatang sungai yang menganjur dari timur ke barat merentasi Chennai utara dan bertemu dengan Terusan Buckingham di Jambatan Lembangan.

Beberapa tasik, dengan saiz yang berbeza-beza, terdapat di pinggiran barat bandar raya ini. Tasik Perbukitan Merah, Tasik Sholavaram dan Tasik Chembarambakkam membekalkan Chennai dengan air boleh minum. Kebanyakan sumber air tanah adalah air payau. Bekalan air bandar raya terbukti tidak cukup untuk penduduknya, dan kebergantungan yang berketerlaluan kepada hujan-hujan monsun tahunan untuk menambah lagi air takungan telah memburukkan lagi masalah-masalah yang dihadapi. Beberapa percubaan telah dilaksanakan untuk menyalurkan air dari sumber-sumber yang lain, umpamanya dari Veeranam yang merupakan tempat yang kaya dengan air di Tamil Nadu, serta dari Sungai Krishna di Andhra Pradesh. Air merupakan barang keperluan yang amat berharga di Chennai, dan ini telah memunculkan lori-lori tangki swasta yang membekalkan air kepada banyak kawasan. Langkah-langkah lain seperti osmosis songsang dan penuaian air hujan juga telah diambil. Chennai Metrowater kini telah memuktamadkan tendernya untuk membina sebuah loji osmosis songsang dengan muatan sebanyak 100 juta liter sehari (lebih kurang 15 liter seorang sehari).

Geologi Chennai terdiri terutamanya daripada tanah liat, syal dan batu pasir. Bandar raya ini dikelaskan kepada tiga kawasan berdasarkan geologi seperti berikut:

  • kawasan berpasir: didapati di sepanjang tebing sungai dan pantai;
  • kawasan bertanah liat: melitupi kebanyakan bandar raya;
  • kawasan batuan keras: terdapat di Guindy, Velachery, Adambakkam dan sebahagian Saidapet.

Di kawasan-kawasan berpasir seperti Tiruvanmiyur, Adyar, Kottivakkam, Santhome, George Town, dan pantai Chennai yang lain, saliran air hujan menyerap dengan amat cepat. Sebaliknya, di kawasan-kawasan tanah liat dan batuan keras, air hujan menyerap dengan perlahan, tetapi disimpan oleh tanih untuk masa yang lebih panjang. Kawasan-kawasan bertanah liat di bandar raya termasuk T. Nagar, Mambalam Barat, Anna Nagar, Kolathur, dan Virugambakkam.

  1. ^ Deepa H, Ramakrishnan (22 Oktober 2011). "Saidai Duraisamy is Chennai Mayor". The Hindu. Dicapai pada 1 Februari 2012.
  2. ^ "Benjamin is Deputy Mayor". Staff reporter, The Hindu. 30 Oktober 2011. Dicapai pada 1 Februari 2012.
  3. ^ "PWC Davidar named as Corporation Commissioner". IBN Live. 2 Disember 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Ogos 2013. Dicapai pada 1 Februari 2012.
  4. ^ "Jayalalithaa appoints J K Tripathy as new Chennai Police Commissioner". NDTV. 16 Mei 2011. Dicapai pada 14 Julai 2011.
  5. ^ "Cities having population 1 lakh and above" (PDF). censusindia. The Registrar General & Census Commissioner, India. Dicapai pada 17 Oktober 2011.
  6. ^ "Tamil Nadu district wise population" (PDF). Tamil Nadu census website. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 12 Mei 2013. Dicapai pada 5 April 2011.
  7. ^ "Urban Agglomerations/Cities having population 1 lakh and above" (PDF). Censusindia. The Registrar General & Census Commissioner, India. Dicapai pada 17 Oktober 2011.
  8. ^ Jones, Daniel (2003) [1917], Roach, Peter; Hartmann, James; Setter, Jane (penyunting), English Pronouncing Dictionary, Cambridge: Cambridge University Press, ISBN 3-12-539683-2
  9. ^ a b "District Profile, Chennai". Government of Tamil Nadu. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2023. Dicapai pada 27 November 2023.
  10. ^ Srinivasachari, C S (1939). History of the City of Madrae third-largest economys. P Varadachary and co. m/s. 63–69.
  11. ^ Muthiah, S. (4 Mac 2012). "The 'Town Temple' resurrected". The Hindu. Chennai, India. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Mac 2012.
  12. ^ S. Muthiah (2008). Madras, Chennai: A 400-year Record of the First City of Modern India. Palaniappa Brothers. ISBN 978-81-8379-468-8.
  13. ^ Krishnamachari, Suganthy (21 Ogos 2014). "Madras is not alien". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2021.
  14. ^ Krishnamachari, Suganthy (21 Ogos 2014). "Madras is not alien". The Hindu (Friday Review). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2021. Dicapai pada 19 Disember 2015.
  15. ^ The Geography of India: Sacred and Historic Places. Britannica Educational Publishing. 2011. ISBN 978-1-61530-202-4.
  16. ^ Tharoor, Shashi (6 September 2002). "In India's name game, cities are the big losers". International Herald Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Januari 2021. Dicapai pada 28 Disember 2012.
  17. ^ Bancian India 2001 (sumber Wikipedia Inggeris) ^ Bancian India 2001: Data dari Bancian 2001, termasuk kampong, pekan, dan bandar (Provisional). Jawatan kuasa Bancian India. Diarkib dari asal 16-06-2004. / “Census of India 2001: Data from the 2001 Census, including cities, villages and towns (Provisional)". Census Commission of India. Archived from the original on 2004-06-16. https://web.archive.org/web/20040616075334/http://www.censusindia.net/results/town.php?stad=A&state5=999. Dicapai 2008-11-01.

Prosa mengandungi pemetikan khusus dalam teks sumber yang dapat dilihat melalui mod sunting.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]