[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Lima Gelaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lima Gelaran bagi Firaun Mesir merupakan kelaziman bagi penamaan yang diambil oleh raja Mesir purba. Ia melambangkan kekuatan dan kuasa suci dan juga bertindak sebagai pernyataan misi bagi pemerintahan monarki. Ia kadangkala berubah mengikukt pemerintahan. “Lima gelaran” ini tidak menjadi kebiasaan hinggalah Kerajaan Pertengahan

Nama Horus

[sunting | sunting sumber]
Serekh mengandungi nama Djet, dipamerkan di Louvre
G5

Nama ini sering ditulis dalam Serekh, kotak penutup istana. Nama firaun ditulis dalam hieroglif dalam penutup istana. Biasanya, imej Dewa falko Horus, dewa penaung bagi monarki, bertenggek di atas atau ditepinya.

Ini adalah bentuk tertua bagi nama firaun, yang asalnya dari Kerajaan Lama. Banyak firaun yang lama yang terkenal hanya dikenali dengan gelaran ini.

Sekurang-kurangnya satu pemerintah Mesir, Seth-Peribsen dari Dinasti Kedua, menggunakan imej Dewa serigala-musang Seth dan bukan Horus, mungkin menunjukkan wujudnya bahagian-bahagian agama dalaman dalam negara itu. Baginda digantikan oleh Khasekhemwy, yang meletakkan kedua-dea simbol Seth dan Horus di atas nama baginda. Selepas itu, imej Horus sentiasa muncul bersebelahan nama firaun.

Menjelang Kerajaan Baru, nama Horus sering diletakkan tanpa kotak penutup.

(Nama Nebty) Baginda yang Memiliki Dua Wanita

[sunting | sunting sumber]
G16

Nebty digabungkan dengan dewi Mesir Hulu dan Hilir:

Nama ini pertama kali oleh firaun Semerkhet dari Dinasti Pertama, dan ia menjadi gelaran bebas ketika Dinasti Kedua Belas

Nama ini tidak dibingkaikan dengan serekh atau cartouche, tetapi sering bermula dengan gambar burung hering atau ular tedung.

Horus Emas

[sunting | sunting sumber]
G8

Juga dikenali dengan Nama Horus Keemasan, bentuk nama firaun ini menggunakan gambar falko Horus bertenggek di atas atau ditepi hireoglif untuk yang emas.

Maksud gelaran ini dipertikaikan tetapi satu yang paling dipercayai ialah nama gelaran itu mewakili kejayaan Horus mengatasi Seth, sebagai symbol yang emas membawa maksud Horus "lebih hebat dari seterunya". Emas juga dsering dikaitkan dengan pemikiran Mesir purba yang menganggapnya berkaitan dengan keabadian, maka ini menepati nama Horus abadi bagi firaun.

Seperti nama Nebty, nama ini tidak dibingkaikan oleh cartouche atau serekh. Ia sering bermula dengan imej falko Horus bertenggek di atas lambing matahari.

(Nama rasmi) Baginda Rusiga dan Lebah

[sunting | sunting sumber]
Cartouche nama bagi Thutmose II dimulakan dengan lambang Rusiga dan Lebah di Kuil Hatshepsut, Luxor
M23L2

Nama rasmi firaun, yang pertama dari dua nama tertulis dalam cartouche, dan biasanya diiringi satu dari dua frasa: sama ada n-sw-bity, "Baginda Rusiga dan Lebah"; atau neb tawy, "Penguasa Dua Tanah", merujuk kepada kawasan lembah dan delta Mesir. Bentuk ini sering digabungkan dengan nama Dewa matahari, Re.

Bentuk ini menjadi penting pada penghujung Dinasti Ketiga, dan kemudian menjadi gelaran rasmi terpenting bagi firaun.

(Nama kelahiran) Anak Ra

[sunting | sunting sumber]
G39N5

Nama ini diberikan kepada putera mahkota ketika kelahiran. Ia diwakilkan imej itik, yang homonim bagi anak lelaki, bersebelahan imej matahari, mewakili bapa, dewa matahari Ra. Ia mula diperkenalkan kepada gelaran diraja pada Dinasti Keempat. Sekali dengan nama rasmi, nama ini ditulis dalam cartouche.

Ahli sejarah moden merujuk raja Mesir purba dengan meletakkan ordinal (cth. "II", "III") untuk membezakan individu yang mempunyai nama yang sama.

Contoh Lima Gelaran

[sunting | sunting sumber]

Ketika Kerajaan Pertengahan gelaran penih kadang-kala ditulis dalam satu cartouche, seperti contoh dari Senusret I, dari Beni Hasan.

Thutmose III in hieroglyphs
serekh atau nama Horus
G5
E1
D40
N28mS40t
O49
nama Nebty
G16
V29swtiira
Z1
Q3 X1
N1
nama Horus Keemasan
G8
F9
F9
D45
N28
Z3
nama rasmi
M23L2
ramnxpr
nama kelahiran
G39N5
G26msnfrxpr

Gelaran penuh firaun Thutmose III pada Dinasti Kelapan Belas, dan penyebutan serta maksud yang seerti adalah berikut:

  • Nama Horus: Kanakht Khaemwaset (Horus Si Lembu Kuat, Muncul di Thebes)
  • Nama Nebty: Wahnesytmireempet (Baginda yang Memiliki Dua Wanita, Bertahan dalam kerajaan sepertimana Ra di langit)
  • Horus Emas: Sekhempahtydsejerkhaw (Horus Emas Sangat Berkuasa dan Kuat, dan Suci Mahkota)
  • Nama Rasmi: Menkheperre (Baginda Rusiga dan Lebah)
  • Nama Kelahiran: Thutmose Neferkheperu (Anak Ra, Thutmose, bentuk yang cantik)
  • (Inggeris)Dodson, Aidan & D. Hilton. 2004. Keluarga Diraja Mesir Mesir Purba yang Lengkap, Thames & Hudson
  • (Inggeris)Quirke, Stephen, 1996. Siapa Firaun?, British Museum Press
  • (Inggeris)Gardiner, A. 1957. Tatabahasa Mesir. Menjadi Pengenalan kepada Pengajian Hieroglif. 3rd Ed., Oxford University Press

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]