[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Etika deontologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

1.0 TEORI PRINSIP KEWAJIPAN (Immanuel Kant)Teks besar 1.1 Definisi Teori Deontologikal Teori Prinsip Kewajipan tergolong dalam Teori Deontologi. Deontologi adalah dari istilah bahasa Greek yang merujuk kepada tanggungjawab atau kewajipan seorang individu. Mengikut teori etika ini, ia menyatakan nilai moral suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas kesudahannya (hasil/kebaikan yang akan didapati) kerana kesudahannya tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya semasa tindakan/keputusan tersebut dibuat. Nilai prinsip bermoral sesuatu tindakan sebaliknya harus bergantung pada niat seseorang itu yang membuat keputusan atau melakukan tindakan.

1.2 Pengasas Teori Deontologikal Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud "yang diharuskan atau diwajibkan". Teori ini menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut.

Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli falsafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan.



1.3 Ciri-Ciri Teori Prinsip Kewajipan Teori ini juga dikenali dengan ungkapan teori deontologis iaitu golongan yang tidak percaya dengan akibat. Immanuel Kant (1724-1804) menyatakan bahawa sikap jujur, mengikut arahan, menepati janji serta adil adalah tujuan utama dan bukannya akibat kerja berkenaan.

Berdasarkan kepada teori di atas Laksamana Hang Tuah boleh dijadikan contoh dari perspektif tempatan. Laksamana Hang Tuah sekitar pemerintahan Empayar Melaka dahulu digambarkan sebagai seorang pembesar yang taat kepada raja. Ketaatannya dikatakan melulu tanpa melihat akibat atau implikasi daripada ketaatannya Umpamanya, peminangan Tun Teja, membunuh rakan sendiri, mengambil mahkota raja di dalam kolam najis dan banyak lagi perilaku yang diungkapkan sebagai taat dan setia adalah suatu yang perlu dinilai semula.

Menurut Kant, Tumpuan diberi dan diletak atas niat, tujuan dan motif seseorang, dan bukan atas apa yang dilakukannya. Motif yang menjadikan sesuatu tekad itu baik bukanlah cita rasa, kemahuan atau kecenderungan semula jadi. Sesuatu tindakan akan mempunyai nilai moral apabila dilakukan dengan kerelaan dan seseorang itu akan mempunyai kerelaan hati jika motif tindakannya ialah satu tanggungjawab moral yang diakui. Satu-satu tindakan yang dianggap betul dari segi moral tidak dianggap memadai jika ia dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri.

Kant juga berpendapat prinsip kemoralan ialah kewajipan. Kecuali atau tekad baik, tiada yang baik tanpa syarat. Tekad baik diterangkan sebagai taakulan praktikal (keupayaan untuk melaksanakan prinsip atau peraturan). Kant menyatakan bahawa "bakat minda" seseorang seperti kecerdasan, kebijaksanaan dan pertimbangan; "hadiah atau pemberian alam" seperti kekuasaan, kekayaan, dan kehormatan, dan "ciri watak" seperti keberanian, ketabahan hati, dan sifat-sifat lain memang baik dan diingini dalam banyak hal atau perkara. Walaupun begitu sifat-sifat ini tidak boleh dianggap baik tanpa syarat. Menurut pandangan ahli falsafah Immanuel Kant, Kantian/hak pemandangan mengandaikan bahawa di dalam suatu prinsip moral yang universal, setiap orang mempunyai hak asas yang tertentu.

Betul/Hak Penerangan Hak penyetujuan bebas (The right of free consent) Setiap orang berhak untuk dilayan sekiranya mereka bersetuju dan bersedia untuk dilayan.

Hak kebersendirian (The right of privacy) Setiap orang mempunyai hak untuk membuat seperti apa mereka mahu di dalam kehidupan peribadi mereka, dan mereka ada hak untuk mengawal apa yang didedahkan tentang aktiviti peribadi mereka.

Hak kebebasan hati nurani /suara hati (The right of freedom of conscience) Setiap orang mempunyai hak untuk tidak melakukan sesuatu sekiranya ianya melanggar prinsip moral yang mereka pegang.

Hak untuk kebebasan (The right of freedom) Setiap orang mempunyai hak untuk secara berhemat mengkritik etika sesebuah organisasi, selagi kritikan mereka tidak mencabuli hak individu-individu di dalam organisasi tersebut.


Hak proses berpatutan (The right of due process) Jika seseorang percaya hak mereka dicabuli, mereka mempunyai hak kepada suatu perbicaraan yang adil dan saksama.



Di dalam kantian/rights, dari segi akhlak, sesuatu tindakan adalah betul apabila ianya meminimumkan pencabulan hak. Untuk menyelesaikan sebuah dilema mengikut etika daripada pendapat ini, seseorang mesti menganggap yang mana pemegang saham terjejas oleh tindakan dan ke takat apa hak mereka boleh dicabuli.

1. Kategorikal Imperatif kewajipan atau undang-undang mutlak dikenali sebagai satu set prinsip moral iaitu Kategorical Imperatif atau perintah mutlak/tanpa syarat. Prinsip moral yang ditetapkan oleh individu itu mestilah juga dipatuhi oleh orang lain. Individu itu mestilah bertindak sebagaimana dia inginkan orang lain bertindak terhadapnya.

2. Praktikal Imperatif Satu lagi formula yang penting ialah Praktikal Imperatif yang menyatakan bahawa kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat dan bukan alat perlakuan individu. Kemanusiaan adalah suatu nilai intrinsik manusia.

Kewajipan Prima Facie Sir William David Ross (1877-1940) bersetuju dengan Kant bahawa kemoralan pada asasnya tidak patut berdasarkan akibat tindakan kita tetapi beliau tidak bersetuju dengan kemutlakan teori-teori Kant. Ross percaya bahawa terdapat kewajipan prima facie tertentu yang patut kita sentiasa patuhi kecuali apabila keadaan atau alasan yang serius memerlukan kita membuat atau melakukan yang berlainan.

Kewajipan prima facie yang dimaksudkan oleh Ross termasuk mengatakan kebenaran, menunaikan janji, mengakui kebaikan yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita, mengamalkan keadilan dan tidak mencederakan orang lain, dan sebagainya. Seperti Kant, Ross percaya terdapat peraturan yang patut dipatuhi oleh manusia kerana ini adalah obligasi manusia melakukannya.

1.4 Aplikasi Prinsip Kewajipan dalam Kehidupan Harian Prinsip Kewajipan menegaskan tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab. Untuk mengambil sesuatu tindakan bermoral, kita perlu mempraktikkan formula berikut: Kebebasan + Keadilan + Kebijaksanaan + Pilihan (rujukan Maxim) = Tindakan Bermoral

Konsep tekad baik adalah merupakan sesuatu yang baik tanpa syarat dalam melakukan sesuatu tindakan. Menurut Kant, kita perlu mengambil kira niat, tujuan seseorang dalam menentukan sama ada sesuatu tindakan itu adalah baik atau betul. Prinsip Perintah Mutlak bermaksud satu perintah yang wujud tanpa sebarang pengecualian atau syarat-syarat. Ia mengandungi tiga prinsip utama iaitu prinsip tersebut mestilah diterima secara umum, dapat menghormati manusia dan pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya.