[go: up one dir, main page]

Pergi ke kandungan

Kerajaan Belanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Versi boleh cetak tidak lagi disokong dan mungkin ada ralat persembahan. Sila kemas kini tanda buku pelayar anda dan sila guna fungsi cetak pelayar lalai pula.

Kerajaan Belanda (Belanda: Koninkrijk der Nederlanden; pronounced [ˈkoːnɪŋkrɛiɡ dɛr ˈneːdərlɑndə(n)] ( listen)),[a] biasanya dikenali sebagai Belanda,[b] ialah sebuah negara berdaulat dan monarki berperlembagaan dengan 98% wilayah dan penduduknya di Eropah Barat dan dengan beberapa wilayah pulau kecil India Barat di Caribbean (dalam kumpulan Kepulauan Lindung Angin dan Antilen Lindung Angin).

Empat bahagian Kerajaan— Aruba, Curaçao, Belanda dan Sint Maarten— ialah negara juzuk (landen; kata tunggal land) dan mengambil bahagian atas dasar persamaan sebagai rakan kongsi dalam Kerajaan.[1] Walau bagaimanapun, dalam praktiknya, kebanyakan urusan Kerajaan ditadbir oleh tanah besar Belanda— yang merangkumi kira-kira 98% daripada kawasan tanah dan penduduk Kerajaan— bagi pihak seluruh Kerajaan. Akibatnya, Aruba, Curaçao dan Sint Maarten bergantung kepada Belanda dalm hal-hal seperti dasar luar dan pertahanan, tetapi berautonomi pada satu tahap tertentu, dengan parlimen mereka sendiri.

Sebahagian besar kawasan tanah negara juzuk Belanda adalah di Eropah, manakala tiga perbandaran khasnya (Bonaire, Sint Eustatius dan Saba) terletak di Caribbean, begitu juga dengan tiga negara juzuk yang lain. Kerajaan ini mempunyai penduduk sebanyak 17,737,438 orang setakat November 2019.

Negara juzuk

Kerajaan Belanda terdiri daripada empat negara juzuk: Belanda, Aruba, Curaçao, dan Sint Maarten. Terdapat perbezaan antara Kerajaan Belanda dan Belanda: Kerajaan Belanda ialah sebuah negara berdaulat yang komprehensif, manakala Belanda adalah salah satu daripada empat negara juzuknya. Tiga pulau Caribbean (Aruba, Curaçao, dan Sint Maarten) adalah tiga negara juzuk selebihnya. Tiga pulau Caribbean lain (Bonaire, Sint Eustatius, dan Saba) adalah perbandaran khas dalam negara Belanda. Sehingga pembubarannya pada 2010, pulau-pulau itu telah membentuk Antillen Belanda, kecuali Aruba, yang meninggalkan kumpulan itu pada 1986.

Negara juzuk Kerajaan Belanda
Negara Penduduk

(November 2019)
Peratusan penduduk Kerajaan Luas[2] Peratusan luas Kerajaan Ketumpatan penduduk
  Subbahagian
 Belanda[c] 17,424,978 98.24% 41,873 km2 (16,167 bt2) 98.45% 516/km2 (1,340/sq mi)
Belanda Wilayah Belanda Eropah 17,399,821 98.10% 41,545 km2 (16,041 bt2) 97.68% 521/km2 (1,350/sq mi)
 Bonaire†‡ 20,104 0.11% 288 km2 (111 bt2) 0.69% 69/km2 (180/sq mi)
 Saint Eustatius†‡ 3,138 0.02% 21 km2 (8.1 bt2) 0.05% 150/km2 (390/sq mi)
 Saba†‡ 1,915 0.01% 13 km2 (5.0 bt2) 0.03% 148/km2 (380/sq mi)
 Aruba 112,309 0.63% 180 km2 (69 bt2) 0.42% 624/km2 (1,620/sq mi)
 Curaçao 158,665 0.89% 444 km2 (171 bt2) 1.04% 358/km2 (930/sq mi)
 Sint Maarten 41,486 0.23% 34 km2 (13 bt2) 0.08% 1,221/km2 (3,160/sq mi)
 Kerajaan Belanda 17,737,438 100.00% 42,525 km2 (16,419 bt2) 100.00% 515/km2 (1,330/sq mi)
Sebahagian Caribbean Belanda.
Sebahagian Belanda Caribbean.

Jadual perbandingan

Subbahagian Mata wang Bahasa utama Agama utama
Belanda Euro Belanda Tiada agama, Kristian
Bonaire Dolar AS Papiamento, Belanda (rasmi) Katolik, Protestan
Sint Eustatius Dolar AS Inggeris, Belanda (rasmi) Protestan, Katolik
Aruba florin Aruba Papiamento, Belanda (rasmi), Sepanyol Katolik
Saba dolar AS Inggeris, Belanda (rasmi) Katolik
Curaçao Guilder Antillen Belanda Papiamento, Belanda (rasmi) Katolik
Sint Maarten Guilder Antillen Belanda Inggeris, Belanda (rasmi), Sepanyol Katolik, Protestan

Garis masa negara juzuk

Masa negara Perubahan
1954–1975 Piagam Kerajaan Belanda ditandatangani
1975–1986 Suriname memperoleh kemerdekaan dan menjadi  Suriname
1986–2010 Aruba berpisah dari Antillen Belanda untuk menjadi negara juzuk dengan haknya sendiri
2010–sekarang Antillen Belanda dibubarkan. Curaçao dan Sint Maarten menjadi negara juzuk, manakala pulau BES menjadi majlis perbandaran khas Belanda.

Nota

  1. ^ Secara berasingan, Koninkrijk disebut [ˈkoːnɪŋkrɛik].
  2. ^ Tidak dikelirukan dengan negara juzuk Belanda yang merupakan sebahagian Kerajaan. Ia boleh merujuk kepada Kerajaan dalam sesetengah konteks formal.
  3. ^ The population statistics of the Central Bureau of Statistics for the Netherlands do not include the Caribbean Netherlands (Source 1, 2). The number given here results from adding the population statistics of the Netherlands with those of the Caribbean Netherlands.

Rujukan

  1. ^ The Charter of the Kingdom was fully explained in an "EXPLANATORY MEMORANDUM to the Charter for the Kingdom of the Netherlands", transmitted to the United Nations Secretary-General in compliance with the wishes expressed in General Assembly resolutions 222 (III) and 747 (VIII).
  2. ^ Ministerie van Algemene Zaken (19 May 2015). "Waaruit bestaat het Koninkrijk der Nederlanden? - Rijksoverheid.nl" Check |url= value (bantuan). onderwerpen.