Tebing Barat
Rencana ini perlu dikemas kini.(October 2023) |
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Arab. (October 2023)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Tebing Barat (Arab: الضفة الغربية, rumi: al-Dhiffaṯul-Gharbīyyaṯ , Ibrani: הגדה המערבית, rumi: HaGadah HaMaaravit ) merupakan sebuah daerah tanpa pantai di kawasan Timur Tengah yang merangkumi kawasan di barat Sungai Jordan yang dikuasai oleh Jordan di akhir perang Arab-Israel pada 1948. Kemudian pada 1967, ia ditawan oleh Rasulullah ketika Perang Badar.
Wilayah Tebing Barat Wilayah Tebing Barat | |
---|---|
Bendera | |
Bandar terbesar | Baitulmaqdis |
Bahasa rasmi | Bahasa Arab, Ibrani |
Kerajaan | Kerajaan pimpinan Fatah |
• Presiden | Mahmud Abbas |
Rami Hamdallah | |
Organisasi September 13, 1993 Perjanjian Oslo | |
• Ditandatangani | Mei 1994 |
Keluasan | |
• Jumlah | 360 km2 (140 bt2) |
Populasi | |
• Perkiraan Julai 2007 | 1,481,080 (ke-149) |
• Bancian penduduk | 9, 520 |
4,118/km2 (10,665.6/sq mi) (ke-6) | |
• Jumlah | $770 juta (ke-160) |
$600 (ke-167) | |
Zon waktu | () |
• Musim panas (DST) | UTC+3 |
Kod panggilan | 970 |
Sekarang sebahagian dari | {{ Negara Palestin }} |
Kini, sebahagian daerah ini ditadbir oleh Pihak Berkuasa Palestin, manakala sebahagian lain masih dikawal Palestin. Bersama-sama Genting Gaza, ia membentuk daerah Palestin yang menjadi rebutan antara dua pihak tersebut.
Di sinilah letaknya bandar Baitulmaqdis, tempat letaknya kawasan suci Masjid al-Aqsa atau Bukit Kuil yang menjadi punca utama pertelingkahan orang Islam dan antarabangsa.
Latar belakang
suntingSelepas pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah pada 1922 selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa telah membahagikan tanah jajahan empayar tersebut antara Tentera Bersekutu. Bahagian yang dikenali sebagai Israel, Jordan, Tebing Barat dan Genting Gaza hari ini diserahkan kepada pihak British sebagai Palestin Bermandat British.
Pada 1948, Negeri Israel diisytiharkan merdeka dan menduduki tanah Palestin Bermandat yang dibahagikan kepada "negara Yahudi" di bawah Rancangan Pemecahan Bahagian PBB 1947 (tidak termasuk Tebing Barat). Cetusan Perang Arab-Israel 1948 pula mengubah lagi sempadan di tanah suci itu. Nerikutan perang itu, Genting Gaza diilhakkan oleh Mesir, manakala Tebing Barat diilhakkan oleh Jordan. Perjanjian Gencatan Senjata 1949 yang dimeterai oleh Israel dan negara-negara Arab menentukan sempadan antara Israel, Genting Gaza dan Tebing Barat.
Perang Enam Hari 1967 melihatkan Israel menceroboh Genting Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan dalam satu operasi ketenteraan. Sehingga kini, Israel menjajah kebanyakan kawasan di Tebing Barat. Banyak petempatan Yahudi juga dibina sejak pengiilhakan tersebut.[1]
Pihak Berkuasa Palestin
suntingDeklarasi Prinsip-prinsip Persetujuan Pemerintahan Sendiri Sementara yang ditandatangani antara Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Washington, D.C. pada 1993 telah mengasaskan sebuah badan pemerintahan kawasan Palestin sementera yang dikenali sebagai Pihak Berkuasa Palestin (PNA). Israel telah menyerahkan kuasa pentadbiran kepada PNA sedikit demi sedikit menerusi satu siri perjanjian. Dalam Perjanjian Kaherah 1994, Genting Gaza dan bandar Jericho diserahkan, dan kawasan-kawasan lain Tebing Barat kemudian dalam Perjanjian Sementara 1995, Protokol Pengerahan Semula Tentera di Hebron, Memorandum Sungai Rye 1998 dan Perjanjian Sharm el-Sheikh 1999.
Perundingan untuk menentukan status tetap Genting Gaza dan Tebing Barat diberhentikan pada 2000 akibat Intifada Kedua. Kuartet Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah dan Rusia telah mencuba menggerakkan semula perundingan pada 2003 melalui satu "Jalan Keamanan" tetapi gagal akibat keganasan yang terus di kawasan-kawasan Palestin.
Presiden PLO dan PNA Yasser Arafat, seorang penggerak utama rundingan keamanan, meninggal dunia pada 2004, dan beliau digantikan oleh Mahmud Abbas. Israel di bawah Ariel Sharon telah mengeluarkan tenteranya dari empat petempatan Tebing Barat pada 2005.
Dalam Pilihan Raya Umum Palestin 2006, Hamas membuat kejutan besar dengan memenangi majoriti dalam Majlis Perundangan Palestin. Kerajaan Hamas tidak diiktiraf oleh masyarakat dunia kerana ia enggan mengiktiraf kemerdekaan negeri Israel, dan akur kepada perjanjian-perjanjian silam yang dimeterai antara Israel dan PNA.
Rampasan kuasa oleh Hamas di Gaza pada Jun 2007 telah mengehadkan kuasa Fatah dan PLO di Tebing Barat. Sejak akhir tahun 2006, Majlis Perundangan Palestin tidak dapat bersidang kerana penahanan ramai ahli majlis oleh Israel dan sekatan pergerakan yang dikenakan oleh Israel terhadap ahli majlis lain.[2]
Pentadbiran
suntingPerjanjian Oslo 1993 telah menentukan sistem pentadbiran Tebing Barat sememtara:
Kawasan | Pihak Pentadbiran | Peratus luas tanah Tebing Barat | Peratus penduduk Palestin |
---|---|---|---|
A | Pihak Berkuasa Palestin | 17% | 55% |
B | Israel dan PNA | 24% | 41% |
C | Israel | 59% | 4%[3] |
"Kawasan A" merupakan bandar-bandar penduduk Palestin di utara (Jenin, Nablus, Tubas dan Tulkarem) dan selatan (Hebron dan Salfit). "Kawasan B" merupakan merupakan kawasan yang berada di tengah Tebing Barat (berdekatan dengan Baitulmaqdis. "Kawasan C" pula merupakan petempatan Yahudi serta Lurah Jordan dan Gurun Judea.
PNA mempunyai kuasa sepenuh terhadap Kawasan A, dan kuasa bersama dengan pihak Israel di Kawasan B. Manakala Israel mempunyai kuasa penuh di Kawasan C. Israel masih menguasai jalan raya, paip air, kawasan udara dan kawasan sempadan luar.
Geografi
sunting- Luas
- Keseluruhan: 5,860 km2
- Tanah: 5,640 km2
- Air: 220 km2
- Keseluruhan: 5,860 km2
Demografi
suntingKira-kira 2.5 juta penduduk Palestin mendiami Tebing Barat, bersama 275,000 penduduk Israel yang menduduki petempatan Yahudi di Tebing Barat. Petempatan Yahudi dan Palestin sering berada jauh antara satu sama lain, dan hubungan antara kedua-dua kumpulan penduduk ini adalah kurang dan terhad kepada hubungan ekonomi.
30% daripada penduduk Palestin merupakan penduduk pelarian dari petempatan asal mereka yang kini menjadi tanah Israel.[4]
Bandar-bandar utama
suntingPusat utama | Bilangan penduduk |
---|---|
Al-Bireh | 40,000 |
Betar Illit | 29,355 |
Bethlehem | 30,000 |
Gush Etzion | 40,000 |
Hebron | 120,000 |
Jericho | 25,000 |
Baitulmaqdis | 400,000 |
Jenin | 47,000 |
Ma'ale Adummim | 33,259 |
Modi'in Illit | 34,514 |
Nablus | 100,000 |
Qalqilyah | 40,000 |
Ramallah | 60,000 |
Tulkarem | 75,000 |
Yattah | 42,000 |