Tambun
Tambun terletak berdekatan dengan bandar Ipoh, Perak, Malaysia. Kawasan ini merupakan kawasan bekas lombong bijih timah yang kini menjadi kawasan perdagangan, perniagaan dan perindustrian serta perlancongan yang penting di Perak. Bandar baru Tambun dibina sekitar tahun 1990. Bandar Baru Tambun terletak berdekatan dengan , Taman Canning, Ipoh Garden, Jalan Tambun, Jalan Harimau (Tiger Lane), Hospital Pantai Putri, Jaya Jusco dan pasar hiper Tesco. Jalan Tambun menghubungkan bandar Ipoh dengan Tanjung Rambutan dan Ulu Kinta. Di sebelahnya ialah Taman Perpaduan. Di sini juga terletaknya Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman , Batu Arang (STAR), Institut Penyelidikan Haiwan yang terbesar di Asia Tenggara, Pusat Latihan dan Penyelidikan Penyakit Ayam ASEAN, Mes Pegawai Kanan Polis dan Lain-lain.
Antara lokasi yang menarik di sini ialah Muzium Geologi, Gua Tambun dan pusat rekreasi Lost World of Tambun. Di sini juga terdapatnya kem tentera iaitu Kem Syed Putra.
Wakil Rakyat
sunting2022 - DATO SERI ANWAR IBRAHIM MENANG MENEWASKAN PEJA. REFORMASI DI TAMBUN MEMBENARKAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM MENJADI PERDANA MENTERI KE-10 MALAYSIA.
Kawasan Parlimen P 63 Tambun mempunyai (65,219) pengundi, kaum Melayu : 63.34% Cina : 23.46% India: 11.73% Lain: 1.49%
- Dalam pilihan raya 1999 , Suruhanjaya Pilhan raya (SPR) mengisytiharkan kawasan ini dimenangi oleh : Dato' Ahmad Husni Mohammad Hanadzlah dari (Barisan Nasional - UMNO ) dengan majoriti sebanyak 7,084
- Dalam pilihan raya 2004 ,Dato' Ahmad Husni Mohammad Hanadzlah dari (Barisan Nasional - UMNO )menewaskan Dr Khairuddin Abd Malek dari parti ( PAS ) Jumlah Undi:14464 . Majoriti.pengundi :17360 , Jumlah Undi : :47568 , Undi Rosak : 1280 dan % Mengundi ialah : 72.93
- N.23 MANJOI - YB. Nadzri Bin Ismail ( BN)
- N.24 HULU KINTA - YB. Rusnah Binti Kassim ( BN)