Tam Mustafah
Rustam Mustafah atau lebih dikenali sebagai Tam Spider (lahir 14 September 1973) ialah seorang penyanyi, pemuzik, komposer dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis dan gitaris kumpulan Spider yang bernaung di bawah Luncai Emas milik M. Nasir. Selain itu, beliau juga menjadi pemain gitar untuk artis lain dan aktif mencipta lagu.[1][2]
Tam Spider | |
---|---|
Kelahiran | Rustam bin Mustafah 14 September 1973 |
Pekerjaan | Penyanyi, pemuzik, komposer, penggubah lagu, penerbit rakaman, pelakon |
Tahun aktif | 1996–kini |
Pasangan | Aida Mustafa (k. 2009) |
Anak-anak | 4 |
Kerjaya muzik | |
Genre | Rock |
Instrumen | Vokal, gitar |
Syarikat rakaman | Luncai Emas |
Pengkarya berkait | Spider, M. Nasir |
Kehidupan awal
suntingTam dilahirkan di Masjid Tanah, Melaka dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Beliau ialah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat di Kuala Sungai Baru, Melaka dan memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[3]
Spider
suntingTam mengasaskan bersama kumpulan Spider bersama Nafie (gitaris utama), Tony (pemain bes) dan Yem (dram, kemudian digantikan oleh Aie) semasa penubuhan kumpulan ini pada 1996. Kumpulan ini menandatangani kontrak bersama Luncai Emas milik M. Nasir, sejak itu Spider diambil sebagai kakitangan tetap Luncai Emas. Album pertama mereka Ngam Ho dikeluarkan pada 1999 dengan mempertaruhkan lagu "Mungkinkah Terjadi" sebagai single pertama. Sejak itu, Tam bersama kumpulan Spider menerbitkan lima lagi album yang kesemuanya meraih kejayaan komersial.[4]
Kehidupan peribadi
suntingTam telah berkahwin sebanyak dua kali.[5] Beliau berkahwin dengan Aida Mustafa di Masjid Jamek Pekan Nanas, Pontian, Johor.[6] Anak beliau, Mohd Aliff hasil daripada perkahwinan sebelum ini turut berasa gembira dengan perkahwinan bapanya itu. Pasangan ini telah bertunang pada 15 Ogos 2009, selepas hampir lima tahun mengenali hati budi masing-masing dan berkahwin pada 8 November 2009. Majlis perkahwinannya telah diadakan di Dewan Komuniti, Pekan Nanas Pontian Johor dan dihadiri kira-kira lebih 1,000 tetamu yang terdiri daripada oleh ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kedua-dua belah pihak termasuklah anggota-anggota kumpulan Spider dan komposer serta penyanyi terkenal, M. Nasir.[7]
Diskografi
suntingSingle
sunting- "Sesat Dalam Gelita" (2006)
Lagu ciptaan
sunting- "Di Pintu Syurga" - Dayang Nurfaizah
- "Hey! Kau" - Sandra Dianne
- "Bertakhta Di Hati" - Farahdhiya
- "Peneman" - Hazama Azmi
- "Langit ke-7" - Sharifah Zarina
- "Cukup Derita Itu" - Siti Nordiana
- "Janji Kita" - Spin
Filemografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2004 | Bintang Hati | Dirinya sendiri / Penjual Burger | Filem pertama |
Telefilem
suntingTahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2002 | Gosok | Tam / Abang Rustam | VCD |
2003 | Laut Ku Cukup Masin | ||
2004 | Gosok 2 |
Rujukan
sunting- ^ Michelle Gun (18 September 2015). "Tam siap lagu dalam resort". Harian Metro. Dicapai pada 2 Julai 2016.
- ^ Wanda Idris (25 Jun 2018). "Solo: Tak Mudah - Tam". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Oktober 2018. Dicapai pada 26 September 2018.
- ^ Aini Nawawi (1 Oktober 2017). "Lima tahun Tam Spider berumah di studio". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2017. Dicapai pada 4 April 2018.
- ^ Zubir Mohd Yunos (12 Jun 2005). "Apabila Spider dah melaram..." Berita Minggu. Dicapai pada 2 Julai 2018.
- ^ Shakilawati Abd. Rahman (9 September 2012). "Keluarga bahagia Tam". Metro Ahad. Dicapai pada 2 Julai 2018.
- ^ Elrafaei Sapi (10 November 2009). "Pelengkap hidup Tam". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2009. Dicapai pada 2 Julai 2010.
- ^ Fariq Zolkepli (8 November 2009). "Lebih 1,000 hadiri majlis perkahwinan Tam Spider-Aida". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-10. Dicapai pada 2 Julai 2010.