[go: up one dir, main page]

Sukan Olimpik

acara sukan antarabangsa yang besar dan utama

Sukan Olimpik ialah sukan antarabangsa yang diadakan setiap empat tahun. Sukan ini bermula dari Yunani Purba, dihidupkan semula oleh seorang bangsawan Perancis bernama Pierre de Coubertin pada akhir abad ke-19. Sukan ini yang turut dikenali sebagai Olimpik Musim Panas telah diadakan setiap empat tahun sejak 1896 kecuali ketika Perang Dunia.

Lima cecincin Olimpik ini direka bentuk pada tahun 1913, dan diguna buat pertama kali dalam Olimpik Musim Panas 1920 di Antwerp.Ia bermaksud 5 benuabersatu hati di sukan olimpik

Selain itu, Sukan Olimpik Musim Sejuk dimulakan pada tahun 1924. Namun begitu, sukan ini tidak lagi diadakan serentak dengan Sukan Olimpik Musim Panas pada 1996.


Olimpik Purba

sunting

Asal sukan Olimpik tidak lagi diketahui tetapi banyak lagenda tertulis bersama sama sukan ini. Sambutan pertama Sukan Olimpik yang direkodkan adalah pada 776 SM, walaupun tarikh ini bukanlah kali pertama Sukan Olimpik diadakan. Pada masa itu, hanya satu sahaja acara yang dipertandingkan.

Sejak itu, sukan mula menjadi penting dalam Yunani Purba dan mencapai kegemilangannya pada abad ke-6 dan ke-5 sebelum Masihi. Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai penghormatan kepada dewa Zeus (patung besarnya ada di bandar Olympia). Pemenang sukan ini akan dihormati dan diabadikan dalam puisi dan dijadikan patung.[1]

Sukan ini semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas kaum Yunani. Apabila agama Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dianggap sebagai suatu amalan orang tidak beragama (pagan), maka Maharaja Theodosius mengharamkan pertandingan ini pada tahun 393 M,[2] menandakan berhentinya sukan Olimpik selama ribuan tahun sehinggalah ia diadakan semula pada abad ke-19.

Olimpik Moden

sunting

Minat warga Yunani dalam menghidupkan semula temasya sukan purba ini dimulakan sewaktu Perang Kemerdekaan Yunani menetang Empayar Uthmaniyah pada tahun 1821, di mana ia pertama kalinya diusulkan dalam sebuah sajak nukilan Panagiotis Soutsos, seorang editor akhbar pada tahun 1833.[3] Pada tahun 1856, Evangelos Zappas, seorang dermawan bangsa Romania-Yunani yang sangat kaya menulis kepada Raja Otto dari Yunani mengenai penawaran menyumbangkan dana kepada penghidupan semula acara Sukan Olimpik.[4] Zappas menganjurkan acara pertama yang seumpamanya tiga tahun kemudian di sebuah dataran kota di Athens yang dihadiri para atlet dari negara Yunani itu sendiri dan Empayar Uthmaniyah. Zappas turut menyalurkan sumbangan kewangan kepada pembaikpulihan Stadium Panathenaik agar temasya-temasya Sukan Olimpik yang akan datang dapat dianjurkan di sana.[4]

Stadium tersebut menganjurkan temasya Olimpik pada tahun 1870 dan 1875.[5] Sebanyak 30 ribu penonton dicatat menyaksikan acara tahun 1870, namun catatan rasmi bagi temasya tahun 1875 tidak dapat dijumpai.[6] Pada 1890, Pierre de Coubertin mendapat ilham menubuhkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (International Olympic Committee, IOC) selepas menghadiri Sukan Olimpian yang dianjurkan Persatuan Olimpik Wenlock. Coubertin mendasarkan ideanya daripada usaha dan buah fikiran Brookes dan Zappas dengan bertujuan menubuhkan suatu Sukan Olimpik yang dianjrukan antara negara-negara yang dakan dilangsungkan setiap empat tahun. Beliau mempersembahkan ideanya ini sewaktu Kongres Olimpik pertama yang diadakan Jawatankuasa Olimpik tersebut. Perjumpaan ini dilangsungkan di Universiti Paris dari 16 sehingga 23 Jun 1894, di mana kata putus telah dibuat pada hari terakhir Kongres bahawa temasya sukan Olimpik pertama di bawah jawatankuasa ini akan dianjurkan di Athens pada tahun 1896.[7] IOC turut melantik penulis Yunani Demetrius Vikelas sebagai presiden pertama jawatankuasa tersebut.[8]

 
Kemudahan latihan Komiti Olimpik Amerika Syarikat di ibu pejabat di Colorado Springs, Colorado.

Bandar tuan rumah Sukan Olimpik

sunting

Nombor di dalam tanda kurungan menunjukkan berapa kali bandar/negara itu menjadi tuan rumah sukan ini.

Bandar tuan rumah Sukan Olimpik
Sukan Olimpik Musim Panas Sukan Olimpik Musim Sejuk
Tahun Olimpiad ke- Bandar Tuan Rumah Negara Bandar Tuan Rumah Negara
1896 I Athens (1)   Yunani (1)
1900 II Paris (1)   Perancis (1)
1904 III St. Louis, Missouri(1) (1)   Amerika Syarikat (1)
1906 Intercalated Athens   Yunani
1908 IV London (1)   United Kingdom (1)
1912 V Stockholm (1)   Sweden (1)
1916 VI (2) Berlin   Empayar Jerman
1920 VII Antwerp (1)   Belgium (1)
1924 VIII Paris (2)   Perancis (2) I Chamonix (1)   Perancis (1)
1928 IX Amsterdam (1)   Belanda (1) II St Moritz (1)   Switzerland (1)
1932 X Los Angeles, California(1)   Amerika Syarikat (2) III Lake Placid, New York (1)   Amerika Syarikat (1)
1936 XI Berlin (1)   Jerman (1) IV Garmisch-Partenkirchen (1)   Jerman (1)
1940 XII (3) Tokyo
Helsinki
  Jepun
  Finland
V (2) Sapporo
St Moritz
Garmisch-Partenkirchen
  Jepun
  Switzerland
  Jerman
1944 XIII (3) London   United Kingdom V (3) Cortina d'Ampezzo   Itali
1948 XIV London (2)   United Kingdom (2) V St Moritz (2)   Switzerland (2)
1952 XV Helsinki (1)   Finland (1) VI Oslo (1)   Norway (1)
1956 XVI Melbourne (1) +
Stockholm (2)(4)
  Australia (1) +
  Sweden (2)
VII Cortina d'Ampezzo (1)   Itali (1)
1960 XVII Rome (1)   Itali (1) VIII Squaw Valley, California (1)   Amerika Syarikat (2)
1964 XVIII Tokyo (1)   Jepun (1) IX Innsbruck (1)   Austria (1)
1968 XIX Mexico City (1)   Mexico (1) X Grenoble (1)   Perancis (2)
1972 XX Munich (1)   Jerman Barat (2) XI Sapporo (1)   Jepun (1)
1976 XXI Montreal, Quebec (1)   Kanada (1) XII Innsbruck (2)   Austria (2)
1980 XXII Moscow (1)   Kesatuan Soviet (1) XIII Lake Placid, New York (2)   Amerika Syarikat (3)
1984 XXIII Los Angeles, California (2)   Amerika Syarikat (3) XIV Sarajevo (1)   Yugoslavia (1)
1988 XXIV Seoul (1)   Korea Selatan (1) XV Calgary, Alberta (1)   Kanada (1)
1992 XXV Barcelona (1)   Sepanyol (1) XVI Albertville (1)   Perancis (3)
1994 XVII Lillehammer (1)   Norway (2)
1996 XXVI Atlanta, Georgia (1)   Amerika Syarikat (4)
1998 XVIII Nagano (1)   Jepun (2)
2000 XXVII Sydney (1)   Australia (2)
2002 XIX Salt Lake City, Utah (1)   Amerika Syarikat (4)
2004 XXVIII Athens (2)   Yunani (2)
2006 XX Turin (Torino) (1)   Itali (2)
2008 XXIX Beijing (1) (5)   China (1)
2010 XXI Vancouver, British Columbia (1)   Kanada (2)
2012 XXX London (3)   United Kingdom (3)
2014 XXII Sochi (1)   Rusia (1)
2016 XXXI Rio de Janeiro (1)   Brazil (1)
2018 XXIII Pyeongchang (1)   Korea Selatan (1)
2021(6) XXXII Tokyo (2)   Jepun (2)
2022 XXIV Beijing (2)   China (2)
1 Asalnya dianugerahkan kepada Chicago, tetapi berpindah ke St. Louis kerana pertembungan dengan acara Pesta Dunia
2 Dibatalkan kerana Perang Dunia Pertama
3 Dibatalkan kerana Perang Dunia Kedua
4 Acara sukan berkuda diadakan di Stockholm, Sweden.
5 Ekuestrian diadakan di Hong Kong.
6 Ditangguhkan ke 2021 kerana pandemik COVID-19.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Swaddling 1999, m/s. 90–93.
  2. ^ However, Theodosius' decree contains no specific reference to Olympia (Crowther 2007, p. 54).
  3. ^ Young 1996, m/s. 1.
  4. ^ a b Young 1996, m/s. 14.
  5. ^ Young 1996, m/s. 2, 13–23, 81.
  6. ^ Young 1996, m/s. 44.
  7. ^ Coubertin dll. 1897, m/s. 8, Part 2.
  8. ^ Young 1996, m/s. 100–105.

Pautan luar

sunting