Stesen Komuter Angkasapuri
Stesen Komuter Angkasapuri ialah stesen kereta api KTM Komuter yang terletak berhampiran Angkasapuri, Kuala Lumpur, di Laluan Sentul-Pelabuhan Klang. Stesen ini terletak berhampiran Sekolah Sri Damesh dan kawasan-kawasan perumahan Pantai Dalam dan Kampung Kerinchi. Stesen-stesen LRT Kerinchi dan Stesen LRT Abdullah Hukum juga berdekatan, tetapi sukar dicapai dengan berjalan kaki.
KD01 Angkasapuri أڠکاسڤوري | |
---|---|
Lokasi | Tapak Bukit Putra, Kerinchi, Kuala Lumpur, Malaysia. |
Dimiliki oleh | Keretapi Tanah Melayu |
Laluan | Laluan Sentul-Pelabuhan Klang (KTM Komuter) (1995 – kini) |
Platform | 2 platform sisi |
Trek | 2 |
Maklumat lain | |
Kod stesen | ANGKASA |
Sejarah | |
Dibuka | 1995 |
Lokasi | |
Hubungan dengan bas rapidKL
suntingStesen Komuter Angkasapuri boleh dicapai dengan bas rapidKL yang berikut:-
- U74 : Pasaramakota - Pantai Hill Park - Pasaramakota
- U75 : Pasaramakota - Petaling Jaya Old Town melalui Pantai Dalam - Pasaramakota
- T633 : LRT Kerinchi - Pantai Hill Park - Stesen LRT Kerinchi
Stesen sebelumnya | Stesen berikutnya | |||
---|---|---|---|---|
KL Sentral | Laluan Sentul-Pelabuhan Klang | Pantai Dalam |