Silikon dioksida
Silikon dioksida, juga dikenali sebagai silika (daripada Latin, silex), ialah sejenis sebatian kimia yang merupakan salah satu oksida bagi silikon dengan formula SiO2. Ia telah dikenali dengan kekerasannya sejak zaman purba lagi. Dalam alam semula jadi, silika paling banyak ditemui dalam bentuk pasir dan kuartza, dan boleh juga dijumpai di dalam dinding sel diatom.[5][6]
Nama | |
---|---|
Nama IUPAC
Silikon dioksida
Silicon dioxide | |
Nama lain
Kuarza
Silika | |
Pengecam | |
ChEBI | |
ChemSpider | |
ECHA InfoCard | 100.028.678 |
Nombor EC |
|
Nombor E | E551 (pengawal keasidan pH & agen antikerakan) |
200274 | |
KEGG | |
MeSH | Silicon+dioxide |
PubChem CID
|
|
Nombor RTECS |
|
UNII | |
CompTox Dashboard (EPA)
|
|
| |
Sifat | |
SiO2 | |
Jisim molar | 60.08 g/mol |
Rupa bentuk | Pepejal lutsinar (amorf) Putih atau kuning keputihan (serbuk) |
Ketumpatan | 2.648 (kuarza-α), 2.196 (amorf) g·cm−3[1] |
Takat lebur | 1,713 °C (3,115 °F; 1,986 K) (amorf)[1](p4.88) to |
Takat didih | 2,950 °C (5,340 °F; 3,220 K)[1] |
−29.6·10−6 cm3/mol | |
Kekonduksian haba | 12 (|| paksi-c), 6.8 (⊥ paksi-c), 1.4 (am.) W/(m⋅K)[1](p12.213) |
Indeks biasan (nD)
|
1.544 (o), 1.553 (e)[1](p4.143) |
Bahaya | |
NFPA 704 (berlian api) | |
NIOSH (Had pendedahan kesihatan AS): | |
PEL (Dibenarkan)
|
TWA 20 mppcf (80 mg/m3/%SiO2) (amorf)[2] |
REL (Disyorkan)
|
TWA 6 mg/m3 (amorf)[2] Ca TWA 0.05 mg/m3[3] |
IDLH (Bahaya serta-merta)
|
3000 mg/m3 (amorf)[2] Ca [25 mg/m3 (kristobalit, tridimit); 50 mg/m3 (quartz)][3] |
Sebatian berkaitan | |
Diona berkaitan
|
Karbon dioksida |
Sebatian berkaitan
|
Silikon monoksida |
Termokimia | |
Entropi molar piawai S |
42 J·mol−1·K−1[4] |
Entalpi pembentukan
piawai (ΔfH⦵298) |
−911 kJ·mol−1[4] |
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa). | |
pengesahan (apa yang perlu: / ?) | |
Rujukan kotak info | |
Silika dihasilkan dalam beberapa bentuk termasuk kuartza terlakur, kristal, silika terwasap (atau silika pirogenik), silika koloid, gel silika dan aerogel.
Menyedut silika kristal yang halus adalah toksik dan boleh mengakibatkan keradangan teruk pada tisu paru-paru, silikosis, bronkitis, kanser paru-paru, dan penyakit autoimun sistemik, seperti lupus dan rheumatoid arthritis. Penyerapan silikon dioksida amorf, dalam dos yang tinggi, membawa kepada keradangan jangka pendek yang tidak kekal, di mana semua kesan sampingannya dapat sembuh.[7]
Aplikasi
suntingKegunaan utama silika ialah di dalam penghasilan kaca untuk tingkap, cawan minum, botol minuman dan pelbagai kegunaan lain. Kebanyakan gentian optik yang digunakan untuk telekomunikasi juga dibuat daripada silika. Ia merupakan bahan utama dalam penghasilan pelbagai barangan seramik putih seperti barangan tembikar, porselin dan juga simen Portland yang digunakan dalam industri.
Silika ialah bahan tambahan biasa yang digunakan dalam penghasilan makanan, di mana ia digunakan terutama sekali sebagai agen pengalir dalam makanan serbuk, atau untuk menyerap air dalam kegunaan higroskopi. Ia adalah bahan utama dalam tanah diatom yang mempunyai banyak kegunaan, daripada penapisan hingga ke kawalan serangga perosak.
Rujukan
sunting- ^ a b c d e Haynes, William M., penyunting (2011). CRC Handbook of Chemistry and Physics (ed. 92). Boca Raton, FL: CRC Press. ISBN 1439855110.
- ^ a b c NIOSH Pocket Guide to Chemical Hazards. "#0552" (dalam bahasa Inggeris). National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH).
- ^ a b NIOSH Pocket Guide to Chemical Hazards. "#0682" (dalam bahasa Inggeris). National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH).
- ^ a b Zumdahl, Steven S. (2009). Chemical Principles 6th Ed. Houghton Mifflin Company. m/s. A22. ISBN 978-0-618-94690-7.
- ^ Iler, R. K. (1979). The Chemistry of Silica. Plenum Press. ISBN 978-0-471-02404-0.
- ^ Fernández LD, Lara E, Mitchell EA (2015). "Checklist, diversity and distribution of testate amoebae in Chile". Eur. J. Protistol. 51 (5): 409–24. doi:10.1016/j.ejop.2015.07.001. PMID 26340665.
- ^ Johnston, CJ et al. (2000), Toxicol Sci, 56(2): 405-413
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Silikon dioksida |