[go: up one dir, main page]

Rusty Blade

Kumpulan Rock Singapura

KEHILANGAN

Rusty Blade
Kulit album kumpulan Rusty Blade - Berat
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Iron Maiden Singapura
Berasal dariSingapura Singapura
GenreRock, Heavy metal
PekerjaanPenyanyi/Pemuzik
InstrumenVokal/Band
Tahun aktif1978–1990
2007–sekarang (pertemuan semula)
Syarikat rakaman
P & C 1988 Life Records Sdn. Bhd.
Pengkarya berkait
Yantzen Juniwan
AhliKhalid Mobin
Noor Hendrix
Mann Karen
Azizan Abu Bakar
Yantzen Juniwan

Kumpulan Rusty Blade merupakan sebuah kumpulan heavy metal yang berasal dari Singapura dan mencipta nama di Malaysia.[1] Pada asalnya, kumpulan dianggotai oleh Yantzen (vokal), Khalid Mubin (gitar), Mamat (gitar), Razak (bes) dan Zan (dram). Keunikan muzik rock yang mereka bawakan telah membuatkan Rusty Blade dilabel sebagai Iron Maiden Singapura.[2]

Sejarah

sunting

Kumpulan Rusty Blade pertama kali membuat persembahan di Malaysia di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru pada 1981.[3] Kumpulan Rusty Blade kemudian telah melahirkan album pertama yang bertajuk 786 Ikrar Perwira pada tahun 1986 yang merupakan album EP.[4] Album kedua Rusty Blade, Rintangan Hidup Dunia diterbitkan oleh Razzi M (bekas pemain gitar Kumpulan Black Dog Bone) dan dikeluarkan pada 1987. Dalam album, ini Izad telah menggantikan Mamat sebagai pemain gitar kedua. Album ini telah menaikkan nama Rusty Blade dan terjual sebanyak 100,000 unit.

Setelah album ini dikeluarkan, Rusty Blade mula membuat jerayawara di serata Semenanjung Malaysia. Konsert pertama mereka adalah di Ipoh pada 1987 di Stadium Indera Mulia. Mereka kemudian membuat persembahan di Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, mereka telah memenuhkan Stadium Negara dan konsert itu diiktiraf oleh pihak media sebagai persembahan yang terbaik pernah diadakan di Kuala Lumpur. Md. Noor Hendrix telah menggantikan Izad selaku pemain gitar semasa jerayawara ini.

Pada 1988, album ketiga Rusty Blade, Berat dihasilkan. Rusty Blade sendiri bertindak sebagai penerbit. Ia merupakan sebuah album yang benar-benar heavy yang mempunyai mutu yang mantap. "Berat" terus menjulang nama Rusty Blade di persada muzik tanah air. Setelah Berat berada di pasaran, pemain bes iaitu Razak meninggalkan kumpulan ini. Rusty Blade mencari pemain bes baru. Telah ramai calon yang dicuba sebelum Mann Karen daripada Kumpulan Rockers menggantikan tempat Razak sebagai pemain bes. Dengan adanya Mann Karen Rusty, Blade bertambah baik segi persembahan muzik mereka.

Pada tahun 1989, Rusty Blade menghasilkan album Awas. Album ini merupakan album terakhir Rusty Blade sebelum mereka mengundurkan diri dari dunia seni Malaysia buat seketika.

Anggota kumpulan

sunting

Album "786 Ikrar Perwira" 1986 (EP)

sunting
  1. Khalid Mobin (Gitar Utama)
  2. Mamat (Gitar Utama)
  3. Razak (Gitar Bes)
  4. Azizan Abu Bakar (Dram)
  5. J.Yantzen (Vokal)

Album "Rintangan Hidup Dunia" 1987

sunting
  1. Khalid Mobin (Gitar Utama)
  2. Izad (Gitar Utama)
  3. Razak (Gitar Bes)
  4. Azizan Abu Bakar (Dram)
  5. J.Yantzen (Vokal)

Album "Berat" 1988

sunting
  1. Khalid Mobin (Gitar Utama)
  2. Noor Hendrix (Gitar Utama)
  3. Razak (Gitar Bes)
  4. Azizan Abu Bakar (Dram)
  5. J. Yantzen (Vokal)

Album "Awas" 1989

sunting
  1. Khalid Mobin (Gitar)
  2. Noor Hendrix (Gitar)
  3. Mann Karen (Gitar Bes)
  4. Azizan Abu Bakar (Dram)
  5. J.Yantzen (Vokal)

Diskografi

sunting
  • 786 Ikrar Perwira (1986)
  • Rintangan Hidup Dunia (1987)
  • Berat (1988)
  • Awas (1989)

Pertemuan semula

sunting

Kumpulan Rusty Blade kemudiannya kembali aktif semula melalui beberapa siri konsert, antaranya Konsert Gemilang Merdeka di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 1 September 2007, Konsert Amal Malam Seni Jiran Muda di Auditorium DBKL, pada 29 Julai 2011 dan di Kallang Theater pada 2012. Kumpulan Rusty Blade kembali membuat persembahan pada 2012.[5] Pada 20 Oktober 2012, Rusty Blade diundang bersama empat kumpulan rock Malaysia dalam konsert Malaysian RockFest 2012.[perlu rujukan]

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting

Pautan luar

sunting