Rajasthan
Rājasthān (Devanāgarī: राजस्थान, IPA: [raːdʒəst̪ʰaːn]) sebutan (bantuan·maklumat) ialah negeri yang terbesar di Republik India dari segi keluasan. Rajasthan meliputi kebanyakan kawasan Gurun India Besar (Gurun Thar) yang besar dan tidak boleh dihuni, yang tepinya selari dengan lembah sungai Sutlej-Indus sepanjang sempadannya dengan Pakistan. Rajastahn bersempadan dengan negara Pakistan di barat, negeri Gujarat di barat daya, negeri Madhya Pradesh di tenggara, negeri Uttar Pradesh dan Haryana di timur laut dan negeri Punjab di utara. Rajasthan meliputi keluasan sebanyak 342,239km² (132,139 batu persegi).
Rajasthan राजस्थान | |
— state — | |
Koordinat | |
Negara | India |
Daerah | 32 |
Tarikh ditubuhkan | 1956-11-01 |
Ibu negeri | Jaipur |
Bandar terbesar | Jaipur |
Gabenor | A.R.Kidwai |
Ketua Menteri | Vasundhara Raje |
Perundangan (kerusi) | Unikameral (200) |
Penduduk |
56,473,122 (8th) • 165/km2 (427/sq mi) |
Bahasa rasmi | Bahasa Hindi, Rajasthani Bahasa Gujarat juga ditutur |
---|---|
Zon masa | IST (UTC+5:30) |
Keluasan | 342236 km2 (132138 sq mi) |
ISO 3166-2 | IN-RJ |
Laman web | www.rajasthan.gov.in |
Ibu negeri Rajasthan ialah Jaipur. Ciri-ciri geografi Rajasthan termasuklah Gurun Thar di sepanjang bahagian barat laut Rajasthan dan penamatan Sungai Ghaggar berhampiran runtuhan arkeologi di Kalibanga, iaitu runtuhan sedemikian yang tertua pernah ditemui di subbenua itu sehingga kini.
Salah sebuah banjaran gunung tertua di dunia, iaitu Banjaran Aravalli, menempatkan satu-satunya balai bukit di Rajasthan, Gunung Abu, dan Kuil-kuil Dilwara yang terkenal sebagai tempat ziarah yang suci untuk penganut agama Jain. Bahagian timur Rajasthan mempunyai dua rizab harimau antarabangsa, iaitu Ranthambore dan Sariska, serta juga Taman Negara Keoladeo berdekatan Bharatpur yang terkenal kerana kehidupan burungnya. Juga terletak di Rajasthan merupakan kuil Karni Mata berhampiran Bikaner yang dikenali sebagai "Kuil Tikus".
Rajasthan dibentuk pada 30 Mac 1949, apabila semua negeri-negeri beraja dahulu kala bergabung menjadi India. Satu-satunya perbezaan antara bekas negeri Rajputana dan Rajasthan adalah adanya bahagian-bahagian tertentu yang ditadbir secara langsung oleh Kerajaan British di bekas wilayah Ajmer-Merwara. Bahagian-bahagian yang bertempat di luar kawasan Rajputana dan tertakluk di bawah negeri Tonk diberi kepada Madhya Pradesh.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Rajasthan |
Templat {{Wikinews}} memerlukan suatu pautan pada suatu rencana. Untuk memautkan suatu kategori, gunakan {{Wikinews category}}.
- Laman web rasmi Kerajaan Negeri Rajasthan
- Laman web rasmi Rajasthan Tourism Development Corp. Diarkibkan 2015-06-08 di Wayback Machine
- Rajasthan di Curlie
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Rajasthan.