[go: up one dir, main page]

Portal Perniagaan
Masa yang diperlukan untuk memulakan perniagaan ialah bilangan hari kalendar yang diperlukan untuk melengkapkan prosedur untuk mengendalikan perniagaan secara sah. Carta ini adalah daripada statistik 2017.

Satu perniagaan (Tulisan Jawi: ڤرنياݢاءن; syarikat, perusahaan atau firma) adalah sebuah bentuk organisasi yang sah dan diiktiraf untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan , atau kedua-duanya, kepada pelanggan, perniagaan dan entiti-entiti kerajaan. Perniagaan adalah ekonomi kapitalis yang utama. Kebanyakan perniagaan adalah milik persendirian. Satu perniagaan lazimnya dibentuk untuk mencari keuntungan yang akan menambah kekayaan pemiliknya dan membesarkan perniagaan tersebut dengan sendirinya. Pemilik-pemilik dan pengendali suatu perniagaan mempunyai satu daripada objektif utama iaitu penerimaan atau penjanaan satu pengembalian kewangan di dalam pertukaran bagi kerja dan penerimaan risiko. Pengecualian penting termasuklah perusahaan kerjasama dan perusahaan milik negara. Perniagaan juga boleh dibentuk menjadi tanpa keuntungan atau menjadi perusahaan milik negara.

Sebagai contoh bisnes adalah seperti MLM, servis, penjualan produk samada secara digital ataupun fizikal. Antara bentuk fizikal yang boleh dijual adalah seperti produk berteraskan makanan dan pakaian.

Etimologi "perniagaan" berkait dengan keadaan kesibukan bagi seorang individu atau masyarakat keseluruhannya, membuat dagang berdaya maju dan kerja boleh untung. Istilah "perniagaan" mempunyai sekurang-kurangnya tiga kegunaan, bergantung kepada ruang lingkup — satu penggunaan (di atas) bermaksud syarikat atau perbadanan, penggunaan umum untuk merujuk kepada sektor pasaran yang tertentu, seperti "perniagaan muzik" dan bentuk gabungan seperti agribusiness, atau istilah yang lebih luas termasuklah semua aktiviti oleh komuniti pembekal barangan dan perkidmatan. Bagaimanapun, istilah perniagaan yang tepat, seperti lain-lain di dalam falsafah perniagaan, adalah hanya salah satu hal perdebatan dan istilah yang rumit.

Kategori
Portal yang berkaitan