[go: up one dir, main page]

Pemburuan kepala

pembunuhan dengan tujuan mengambil kepala orangnya

Pemburuan kepala ialah amalan memancung kepala seseorang selepas membunuhnya. Ia diamalkan pada zaman prasejarah di China, India, Nigeria, Nuristan, Myanmar, Borneo, Indonesia, Filipina, Taiwan, Jepun, Mikronesia, Melanesia, New Zealand, dan Lembangan Amazon, serta dalam kalangan sesetengah puak Celt dan Scythia di Eropah kuno. Sebenarnya, pemburuan kepala berlaku di Eropah sehingga awal abad ke-20 di Semenanjung Balkan dan sehingga akhir Zaman Pertengahan di Ireland dan Scottish Marches.[1]

Tengkorak-tengkorak kepala terpenggal yang digantung dalam adat magang orang Kadazandusun di Donggongon, Sabah
Koleksi tengkorak manusia di rumah panjang adat orang Dayak Kayan di Kalimantan, tahun 1912

Pemburuan kepala sebagai amalan telah menjadi pokok perbincangan yang hebat dalam kalangan komuniti antropologi tentang peranan sosial, fungsi, dan dorongannya. Tema yang dikemukakan dalam penulisan antropologi termasuk:

Para sarjana sezaman umumnya bersetuju bahawa tujuan utamanya adalah berkenaan dengan istiadat dan ia merupakan sebahagian proses pembentukan, peneguhan dan penahanan hubungan berhierarki antara komuniti dan perorangan. Sesetengah pakar juga mengemukakan teori bahawa amalan itu berasal daripada kepercayaan bahawa kepala mengandungi "jirim roh" atau daya hidup yang dapat dimanfaatkan menerusi penangkapan.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting