[go: up one dir, main page]

MX3

Filem aksi komedi Malaysia 2003 arahan Yusof Kelana

MX3 ialah sebuah filem aksi komedi penyiasatan Malaysia 2003 arahan Yusof Kelana dan ditulis bersama oleh Yusof dan Dilla Hussein.[2] Filem ini dibintangi oleh Saiful Apek, Faizal Hussein, dan Zul Yahya sebagai teraju utama. Filem ini ditayangkan serentak dengan filem Mr. Cinderella 2 (2003) pada Hari Raya Aidilfitri.[3] MX3 bermaksud 'M kali tiga' iaitu singkatan 3 penyiasat bernama Masdor, Mamat dan Malek. Rosyam Nor melakonkan watak Castella yang menyerupai watak Castello dalam filem Gerak Khas The Movie (2001) dan Castello (2006). [4][5]

MX3
Poster keluaran tayangan.
PengarahYusof Kelana
PenulisYusof Kelana
Dilla Hussein
Dihasilkan olehYusof Kelana
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
ME Communications
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
  • 25 November 2003 (2003-11-25) (Malaysia)
[1]
Masa tayangan
105 minit
NegaraMalaysia
Bahasa
BajetRM1.1 juta
Pecah panggungRM1.13 juta

Sinopsis

sunting

Tiga sahabat karib Masdor, Mamat dan Malek—ialah penyiasat persendirian yang menubuhkan syarikat penyiasat persendirian, MX3. Masdor terjaga mimpi apabila Masdor memukul Mamat dan Malek menggunakan bantal yang Masdor ternampak Men in Black, terpaksa mereka tidur di belakang dan melarang Masdor tidur di antara Mamat dan Malek.

Sepanjang menjalankan operasi penyiasatan, mereka sering mendapat kes-kes kecil sahaja sehinggalah muncul Puan Lolita yang sanggup membayar upah mahal untuk mengintip suaminya yang mempunyai hubungan sulit. MX3 berjaya menyelesaikan kes itu dalam jangka masa yang singkat. Lantaran itu, sebuah syarikat insurans telah melantik mereka untuk menyiasat tuntutan palsu sebanyak RM10 juta yang dibuat oleh Marissa. Kes itu agak rumit kerana suami Marissa dilaporkan sudah mati tetapi mayatnya tidak dijumpai.

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting
  • Saiful Apek sebagai Masdor, penyiasat persendirian dan ahli kumpulan MX3.[6]
  • Faizal Hussein sebagai Mamat, penyiasat persendirian dan ahli kumpulan MX3. Seorang pemandu teksi sepenuh masa.[6]
  • Zul Yahya sebagai Malek, penyiasat persendirian dan ahli kumpulan MX3.[6]
  • Sarimah Ibrahim sebagai Marisa, isteri kepada Iskandar.
  • Syanie sebagai Lolita, rakan sekerja Julia di syarikat insurans dan bekas isteri Mandrum.
  • Juliana Banos sebagai Julia, pegawai insurans.[7]
  • Sheila Rusly sebagai Melati, pembantu rumah warga Indonesia yang tinggal bersama Marisa dan Iskandar.

Pelakon pembantu

sunting

Penampilan istimewa

sunting

Penerbitan

sunting

MX3 diterbitkan oleh ME Communications dengan kerjasama Skop Productions dan diarahkan oleh Yusof Kelana yang sebelum ini mengarahkan filem Juara (1991) dan Tragedi Oktober (1996), ia juga merupakan filem pertama beliau dalam tempoh tujuh tahun.[4] Filem ini menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 1.1 juta termasuk promosi.[1] Rosyam Nor dan Erra Fazira yang sebelum ini bekerjasama menerusi filem Gerak Khas The Movie (2001) dan Janji Diana (2003) membuat penampilan istimewa dalam filem ini.[1][8]

Tenaga kerja filem ini termasuk Datuk Yusof Haslam sebagai Penasihat Penerbitan, A. Galak dan Shahriza Mahmud sebagai penolong pengarah, Omar Ismail sebagai jurukamera, Omar Man (Pengarah Fotografi), Bob Musalwah dan Zainal G. Azmi (Pengurus Produksi), Salehan Shamsudin (Penyunting) dan Rosman Ibrahim (Pengurus Pengedaran). Penggambaran dijalankan selama 40 hari bermula 17 Mac 2003 dan dimuktamadkan pada 25 April 2003 di Kuala Lumpur, Bukit Tinggi dan Cameron Highlands.[4]

Keluaran dan sambutan

sunting

MX3 ditayangkan pada 25 November 2003 hingga kejayaan komersial dan kritis, serentak dengan tayangan filem Mr. Cinderella 2.[9] Ia diiklankan sebagai "sebuah filem komedi ceria".[5]

Majlis pratonton filem ini diadakan pada 30 Oktober 2003 di Golden Screen Cinemas, Mid Valley Megamall dan dihadiri oleh ramai karyawan filem tempatan termasuk Aziz M. Osman, Julie Dahlan dan Jins Shamsuddin.[1] Kutipan kasar filem ini adalah sebanyak RM 1.13 juta.[5][10]

Suraiya Mohd Noor dari Berita Minggu berpendapat MX3 ialah sebuah filem ringan, dan beliau berkata: "MX3 tidak memaksa penontonnya untuk ketawa tetapi tindakan itu lahir secara spontan menerusi adegan yang dipaparkan".[11]

Anugerah dan pencalonan

sunting
Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2004 Festival Filem Malaysia ke-17 Pelakon Komedi Terbaik Sheila Rusly Menang

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d Akmal Abdullah (14 Ogos 2003). "Finas pilih MX3, Mr. Cinderella 2 sempena Aidilfitri". Berita Harian. Dicapai pada 3 Mac 2019.
  2. ^ Akmal Abdullah (20 Mac 2003). "MX3 ujian terbaru Yusof Kelana". Berita Harian. Dicapai pada 3 Mac 2019.
  3. ^ Suraiya Mohd Nor (24 November 2003). "Sembang raya pelakon MX3". Berita Harian. Dicapai pada 3 Mac 2019.
  4. ^ a b c "MX3 filem terbaru Yusof Kelana". Utusan Malaysia. 21 Mac 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-03. Dicapai pada 3 Februari 2018. Selepas berehat panjang daripada mengarah filem, Yusof Kelana bangun semula dengan filem terbaru arahannya, MX3. Seperti kelaziman beberapa syarikat filem lain dan senario pasaran kini, pendekatan yang diambil adalah bercorak komedi penyiasatan.
  5. ^ a b c "Sembilan hari tayangan - Mampukah MX3 balik modal?". Utusan Malaysia. 3 November 2003. Dicapai pada 3 Februari 2018.
  6. ^ a b c Suraiya Mohd Nor (24 November 2003). "Sembang raya pelakon MX3". Berita Harian. Dicapai pada 24 Mei 2019.
  7. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (29 November 2003). "Juliana Banos - Tinggalkan seketika soal album". Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 Julai 2015.
  8. ^ Suraiya Mohd Noor (3 November 2003). "MX3 mampu pikat penonton". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-11-05. Dicapai pada 6 Julai 2015.
  9. ^ Suraiya Mohd Noor (28 November 2003). "Jom Tengok Wayang: MC2, MX3 memikat". Berita Harian. Dicapai pada 6 Julai 2015.
  10. ^ Akmal Abdullah (20 Januari 2004). "Kutipan filem Melayu 2003 lebih RM24 juta". Berita Harian. Dicapai pada 6 Julai 2015.
  11. ^ Suraiya Mohd Noor (1 Disember 2003). "Gelagat lucu spy Melayu". Bintang Popular. Berita Minggu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-12-03. Dicapai pada 18 Mac 2010.

Pautan luar

sunting