Lelaki Itu
Lelaki Itu ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 arahan Along Kamaludin dan Nur Ain Sharif terbitan Rumah Karya Citra Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Dato' Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Nabila Huda dan Nur Fazura. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 dari 19 Mac hingga 29 April 2024, menggantikan Rindu Kasih 2.[1]
Lelaki Itu | |
---|---|
Genre | Keluarga Melodrama Konflik |
Ditulis oleh | Eirma Fatima |
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Dulu, Kini & Akhirnya" - Marsha Milan |
Lagu penutup | "Cinta Makrifat" - Roni & Amylea Azizan |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 30 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Rumah Karya Citra |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Samarinda) Tonton |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 19 Mac 2024 – 29 April 2024 |
Kronologi | |
Mengikuti | Rindu Kasih 2 |
Diikuti oleh | Racun Rihanna |
Siri ini juga turut ditayangkan menerusi penstriman Tonton pada 12 jam awal sebelum penayangan di saluran yang dinyatakan.
Sinopsis
suntingApabila seorang suami tidak dapat menjadi khalifah di rumah sendiri, dia akan menjadi lelaki di luar rumahnya.
Syed Mirza (Datuk Adi Putra) telah berkahwin dengan Sharifah Qaidah (Che Puan Sarimah Ibrahim), seorang wanita kaya yang berpengaruh. Mereka dikurniakan tiga anak perempuan.
Namun, kehidupan rumahtangga mereka tidak seperti yang diidamkan. Sharifah Qaidah berlagak sebagai ketua rumah tangga kerana statusnya yang tinggi dan membuatkan Syed Mirza berasa terkongkong.
Syed Mirza meninggal dunia dan pada hari pengebumian , Imani , CFO syarikat Syed Mirza muncul bersama bayi lelaki , anaknya bersama Syed Mirza. Sharifah Qaidah menolak untuk pembahagian harta melalui faraid jadi mereka membuat tuntutan di mahkamah. Perkahwinan Imani di Thailand telah disahkan di Malaysia.
Dalam masa yang sama, anak Sharifah Qaidah , Sya telah berkahwin di luar negara dengan Khai. Setelah ibu Khai datang ke KL untuk bertemu Sharifah Qaidah, rupanya Khai dan Sya adik beradik sebapa. Khai terpaksa menceraikan Sha tetapi Sha mengandung. Dia terpaksa mengugurkan kandungannya dan mengalami tekanan jiwa. Sharifah Qaidah mengurung Sya di rumah rehatnya, tetapi keadaan Sya semakin teruk sehingga mengancam untuk membunuh diri.
Khai cuba mendapatkan sijil nikah ibunya untuk mendapatkan tuntutan faraid dari bahagiannya dalam harta Syed Mirza.
Sya aka Sharifah Batrisya melarikan diri dan dirogol beramai-ramai sehingga meninggal dunia.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Dato' Adi Putra sebagai Syed Mirza dan adik kembar (dua watak).
- Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Sharifah Qaidah
- Nur Fazura sebagai Irsa Imani
- Nabila Huda sebagai Sarina
- Aedy Ashraf sebagai Khairullah
- Hannah Delisha sebagai Sharifah Batrisya
- Nadia Brian sebagai Sharifah Bainah
- Sophia Albarakbah sebagai Syarifah Bahiya
Penampilan istimewa
sunting- Fadlan Hazim sebagai Amin
- Erma Fatima sebagai Peguam Khairullah
- Zahrin Aris sebagai Peguam Qaidah
- Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (bekas ADUN Pulau Pinang) sebagai Peguam Imani
- Shaharuddin Thamby sebagai Peguam Qaida
- Datin Narena Nasruddin sebagai Datin Milia
- Najua P.Ramlee sebagai Suraya
Pelakon pembantu
sunting- Nina KSC sebagai Christine
- Ameerul Asyraf sebagai Imran
- Mizy Radzuan sebagai Sufian
- Munir Khairuddin sebagai Adib
- Taufik Salleh sebagai Pian
- Zaleha Kadir sebagai Kak Mun
- Sunny Shahros sebagai Pengawal Peribadi 1
- Nurul Fakhri Aziz sebagai Pengawal Peribadi 2
- Khai NS sebagai Kawan Khai
- Alif Ilman sebagai Kawan Khai
- Zizi Hazira sebagai Betty
- CT Seha sebagai Adele
- Mutalib Mubin sebagai Tunang Bahiya
- Schawall Tazen sebagai Dato Majid
- DG. Rozyta Abang sebagai Datin Kamariah
- Mastura Norohim sebagai Datin Dolly
Lihat juga
sunting- Perempuan Itu (2023)
Pautan luar
suntingTV3: Slot Samarinda, Isnin-Jumaat (Sepanjang Ramadan dan Raya), 10:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Lelaki Itu | Berikutnya |
Rindu Kasih 2 | Racun Rihanna |
Rujukan
sunting- ^ Rostam, affan (15 April 2024). "Impak drama pelakon gred 'A'". Berita harian. Dicapai pada 18 April 2024.