Kugiran Masdo
Kugiran Masdo (Jawi : كوڬيرن مسدو) merupakan sebuah kugiran yang berasal dari Malaysia. Mereka menyajikan muzik berasaskan genre pop 60-an dan digubah mengikut cita rasa masa kini .[1]
Kugiran Masdo | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | MASDO |
Kelahiran | 🇲🇾 Malaysia |
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Pop, Rock, Pop yeh yeh, Retro, Rock n roll |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | |
Tahun aktif | 2015 – kini |
Syarikat rakaman | Kamar Seni Studio |
Laman sesawang | www.tokorasmimasdo.com |
Ahli | Ali Sariah Putuceri Asmawi Ambobzeela |
Antara lagu yang masyhur serta menaikkan nama Kugiran Masdo ialah "Bunga",[2] "Bercanda Di Malam Indah",[3] "Dinda",[4][5] dan "Janji Manis" yang menjadi tular di platform media sosial seperti TikTok digunakan sebagai runut bunyi video-video sana pada tahun 2021.
Kugiran ini juga telah mengeluarkan album pertama mereka iaitu Selamat Tinggal Pujaan[6] pada November 2017 [7] dan album kedua iaitu Jalan Abbey pada Januari 2020.[8]
Kerjaya
sunting2015: Penubuhan & kegiatan seni
suntingKumpulan ini telah ditubuhkan pada awal 2015 apabila Putuceri yang merupakan salah seorang ahli kumpulan ini mengajak Ali Sariah untuk kembali aktif dalam bidang muzik [9]. Setelah itu, mereka berdua mengajak Azham dan Asmawi untuk bersama dalam kugiran Masdo. Kumpulan ini juga pada awalnya diberi nama The Lipstik namun dirombak semula dan sehingga kini menggunakan nama yang diberi iaitu Masdo. Masdo diilhamkan dari nama watak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem Do Re Mi yang mana beliau memegang watak sebagai Do atau Masdo dalam filem tersebut. Ali dan Putuceri juga sanggup melepaskan kerja tetap sebagai jurutera bunyi dan juruteknik bagi memberikan tumpuan kepada bidang muzik. Masdo juga selesa menguruskan kugiran mereka sendiri dan belum bersedia bernaung di mana-mana syarikat lain lagi. [10]
Azham Ahmad juga merupakan pemain dram untuk kumpulan Hujan dan masih menjadi pemain dram untuk kumpulan tersebut [11] manakala Putuceri pernah menjadi sebahagian daripada kru untuk kumpulan tersebut. [12]
Selain itu, kebanyakan lagu single Masdo yang dikeluarkan merupakan lagu lama dari kumpulan The Lipstik [13] iaitu kumpulan lama Ali Sariah antaranya lagu Bercanda di Malam Indah , Miss Flower Learn To Twist , Berduka-Lara dan Teruna dan Dara namun semua lagu ini diperbaharui dan diberi rentak baharu.
Sebelum Masdo menerjah ke arus perdana, kumpulan ini banyak melakukan persembahan di pelbagai festival antaranya RantaiArt, Rock The World '16, Stub App Music Series, Tapau Fest dan lain-lain lagi. Mereka juga membuat persembahan di festival seperti GegarRia anjuran Media Prima dan platform tersebut digunakan oleh mereka untuk memperkenalkan kugiran mereka kepada peminat [14] . Masdo juga memasarkan lagu mereka dalam bentuk cakera padat kepada peminat mereka. [15]
2016 - 2018: Kejayaan Bunga dan album Selamat Tinggal Pujaan
suntingKemuncak kepada populariti Masdo apabila lagu single mereka iaitu Bunga mendapat tumpuan dalam hati peminat di Malaysia. Lagu ini telah lama dikeluarkan sejak 2016 namun mula mendapat tumpuan peminat pada awal tahun 2018. Lagu Bunga ini juga diinspirasikan dari kisah cinta vokalis utama Masdo iaitu Ali yang menyimpan perasaan kepada seorang wanita yang dikenalinya di alam maya [16] .Video muzik bagi lagu ini juga mula dikeluarkan pada 29 April 2018 di akaun rasmi Astro Gempak dan lagu Bunga juga digubah rentak dari lagu asal yang dikeluarkan pada 2016. [17]
Pada tahun 2017, Masdo telah mengadakan siri jelajah konsert yang diberi nama ‘Jelajah Malam Pesta Rock And Roll’ di lima buah negeri di Semenanjung iaitu dimulai dengan negeri Perak (Ipoh, 14 Oktober), Kuala Lumpur, Melaka, Pahang (Kuantan) dan berakhir di Johor (Johor Bahru,18 November) manakala di bahagian Borneo, kumpulan ini mengadakan jelajah konsert di Miri dan Kuching, Sarawak [18]. Tujuan jelajah ini juga diadakan kerana kumpulan ini telah pertama kali melancarkan album pertama mereka yang memuatkan lapan buah lagu [19].
Pada 25 Oktober 2018, Masdo telah diundang oleh Ocean Institute of Audio Technology ke Chongqing dan Henchuan China untuk mengadakan persembahan di Fishing Castle International Music Festival. [20]
Kugiran Masdo juga berjaya memasuki ke Semi Final Muzik - muzik 33 pada minggu pertama dengan lagu Bercanda di Malam Indah. [21] [22]
Seterusnya, pada 6 Oktober 2018 Kugiran Masdo telah bekerjasama dengan Kumpulan Hujan membuat konsert bersama dan konsert tersebut diberi nama Konsert Hujan X Masdo. Konsert berkenaan bakal berlangsung di Pintu 2, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dan julung-julung kali diterbitkan oleh Rosli Mohamed, pengasas CST Production tersebut, penganjur turut bekerjasama dengan Dgrandstage Events bagi mendapatkan sentuhan baharu. [23]
Pada November 2018, Kugiran Masdo buat pertama kalinya mengeluarkan album pertama mereka berjudul Selamat Tinggal Pujaan dan mempunyai 8 buah lagu di dalamnya. Album ini juga hanya dijual pada konsert jelajah mereka sahaja dan tidak dijual di platform alam maya. Kejayaan buat Masdo apabila mereka berjaya menjual 9,000 unit album mereka sehingga mereka membuat cetakan kedua dengan jumlah unit yang sama. [24] Senarai lagu yang disertakan dalam album tersebut ialah Ratu Hati, Bunga, Teruna & Dara, Miss Flower Learn To Twist, Berduka-Lara, Malam Pesta Rock N' Roll, Bercanda di Malam Indah dan Kecundang.
2019: Penglibatan dalam dan luar negara & Dinda tercalon untuk Anugerah Juara Lagu 34
suntingMalam Keramaian Dinda
Pada 9 Februari 2019, Kugiran Masdo telah buat julung kalinya mengadakan showcase yang diadakan di Bentley Music Hall, Damansara. Seramai 1,000 lebih peminat hadir dengan memakai pakaian tema 60-an. Showcase tersebut diberi tema Malam Keramaian Dinda Kugiran Masdo kerana tujuan ia diadakan bagi pelancaran single baru band itu berjudul Dinda. Seterusnya, terdapat tiga segmen bagi showcase tersebut dan kugiran Masdo menampilkan 17 lagu termasuk lapan lagu daripada album pertama mereka [25]. Di samping itu, lagu single Dinda telah lama menjadi popular dikalangan peminat pada hujung tahun 2018 bahkan ramai peminat membuat cover dengan pelbagai versi untuk lagu tersebut [26].
HotFM Big Jam
Pada 30 Mac 2019, Masdo merupakan antara band yang terlibat dalam Festival muzik Hot FM Big Jam yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bermula dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam bersama gabungan barisan artis senior dan muda yang lain iaitu Hujan, Haqiem Rusli, Hazama dan The Penglipur Lara, Siti Sarah, Neon, Ayda Jebat dan lain-lain lagi [27].
BIG JAM: 4
Pada 20 April 2019, Masdo telah membuat persembahan di konsert yang melibatkan 3 band terkemuka tanah air yang lain iaitu Hujan, Oi Chentaku dan O.A.G. Konsert yang diberi nama Big 4 Malaysia yang berlangsung di HGH Convention Hall Sentul, Kuala Lumpur. [28]
Pada 13 April 2019, Masdo telah terlibat untuk persembahan dalam konsert yang diberi nama Malam Kenangan Mengusik Jiwa di Auditorium Perdana Angkasapuri RTM yang disiarkan pada TV2 pada pukul 9 malam dalam slot Hiburan Minggu ini. Artis jemputan yang turut memeriahkan ialah Sissy Iman, Dato A. Rahman Hassan (Orkes Nirwana), J. Sham dan Fairuz Misran [29].
Masdo Ke Jalan Abbey
Masdo telah sebulat suara merakamkan single terbaru di kota London selepas mendapat idea daripada pemain gitar The Bootleg Beatles ketika mereka menjayakan persembahan pada konsert jelajah kumpulan itu di ibu kota, tahun 2018. Mereka diberi peluang merakamkan lagu di Abbey Road Studios, London dan turut mendapat bantuan AG Coco serta rakan-rakan kerja dari Kamar Seni Studio sebagai persiapan untuk membuat rakaman di sana. Kebetulan, pemain dram mereka juga adalah ahli kumpulan Hujan [30]. Namun, Masdo telah memberitahu semula bahawa mereka terpaksa menangguhkan rakaman single baharu mereka setelah pihak yang ingin menaja perjalanan mereka ke London pada 10 Ogos nanti telah menarik diri [31] dan juga atas faktor masalah kewangan [32]. Pada 24 April 2019, berita gembira daripada Masdo menyatakan bahawa mereka bersama sebahagian daripada kru-kru yang diberi nama Masdol Genk akan terbang ke London, United Kingdom untuk merealisasikan impian bagi merakam karya melodi baru di Abbey Road Studios dengan menetap di sana lebih kurang seminggu. Setelah mereka selesai, mereka pulang ke tanah air pada 2 Mei 2019 dan mengemaskini akaun rasmi Instagram mereka untuk status terkini tentang rakaman tersebut. Pemberitahuan Masdo terhadap peminat mengatakan bahawa mereka akan mengeluarkan album ke-2 yang bertajuk Jalan Abbey itu pada bulan September, akhirnya mereka membuat keputusan pengeluarannya pada Januari 2020. [33].
Kepulangan Masdo dari London
Pada 3 Mei 2019, Masdo telah mengadakan mini konsert yang diberi nama Malam Kenang Kenangan di Angkasa Space, Bandar Seri Permaisuri, Cheras [34] bersempena kepulangan kumpulan itu dari London. Mereka juga telah menyajikan lagu-lagu terbaru mereka kepada peminat yang hadir pada malam itu.
Masdo Ke Indonesia
Masdo juga berada di Indonesia pada 1 Ogos hingga 5 Ogos 2019 untuk tiga konsert mini iaitu dua di Kios Ojo Keos, Jakarta dan 107 Garage Room di Bandung [35].
Pada 14 Ogos 2019, Kugiran Masdo telah memuatnaik story di instagram mereka mengatakan bahawa album Selamat Tinggal Pujaan dan semua lagu dalam album tersebut boleh didengar dalam platform digital seperti iTunes, Spotify, JOOX dan banyak lagi. [36]. Sebelum ini, album Masdo hanya boleh dibeli secara fizikal dan bukannya secara digital.
Kelayakan Dinda Ke Anugerah Juara Lagu 34
Masdo sudah beberapa kali tercalon untuk Muzik-Muzik. Pada semi final Muzik-Muzik 33, mereka mendendangkan lagu Bercanda Di Malam Indah, sayangnya Masdo tidak dapat melayakkan diri ke final. Namun, pada 29 November 2019, Masdo juga telah tercalon untuk menyertai semi final Muzik-Muzik 34 setelah tiga minggu berturut-turut Dinda berada dalam kedudukan antara 10 undían tertinggi. Akhirnya, semasa penentuan kelayakan ke Anugerah Juara Lagu (AJL) diumumkan, lagu Dinda telah tercalon. Peristiwa ini bukanlah sebuah perkara yang bias kerana jarang sekali kugiran 'indie' yang bertanding bersama artis berlabel besar dan tidak seperti Masdo yang tidak berpegang pada mana-mana label dan berusaha bertungkus lumus dengan rakan-rakan seperjuangan. Mereka akan bertanding di AJL pada Februari 2020 nanti.[1]
NusantaRocks
Pada 30 November 2019, Masdo berkongsi pentas bersama Mafidz, Sekumpulan Orang Gila, Iqbal M., digandingkan dengan kumpulan dari negara jiran (Indonesia), Sisitipsi, Barasuara dan penutup persembahan tersebut adalah Hujan untuk yang ditaja dan dibawakan oleh Oyoshi dan Hashtag Media.
2020-kini: Album Jalan Abbey, jelajah, single Kasih dan Sayang & Hari Inikan Hari Raya, masyhur di Indonesia
suntingPada 29 Disember 2019, Masdo telah mengumumkan mereka akan mengeluarkan album terbaru mereka yang diberi tajuk Jalan Abbey. Album ini mengandungi lima lagu terbitan AG Coco dan buat julung kalinya, Masdo akan mengeluarkan 300 piring hitam serta album cakera padat [37] berserta album cetakan box set eksklusif yang akan dijual sebanyak 500 unit kepada peminat mereka [38] pada showcase pelancaran pada 11 Januari 2020. Showcase ini akan diadakan di The Bee, Publika, Kuala Lumpur, Malaysia [39].
Pada 21 Mac 2020, kumpulan Masdo telah memuat naik di laman YouTube rasmi mereka dua versi musik video untuk lagu single Kasih dan Sayang dari album Jalan Abbey. Versi 1 untuk musik video terbabit diberi nama Kasih manakala versi 2 ialah Sayang. Menurut Ali, vokalis kugiran masdo mengatakan lagu ini diilhamkan dari kisah warga asing yang berbuat baik terhadap gelandangan di negara kita yang berdasarkan dari pengalaman beliau sendiri [40].
Pada 23 Mei 2020, Masdo telah memuat naik muzik video rasmi untuk lagu single istimewa iaitu Hari Inikan Hari Raya sempena Hari Raya Aidilfitri 2020 di laman YouTube rasmi mereka [41].
Kumpulan Masdo telah mengungguli carta di Spotify sebagai Artis Malaysia paling banyak distrim di Spotify bermula 1 Januari hingga 6 Januari 2022 dan lagu mereka telah didengari sebanyak 1.481juta. [42]
Pada September 2021, lagu "Dinda" yang terbit tahun 2019 menular sebagai lagu latar video pendek dalam kalangan pengguna TikTok di Indonesia yang menaikkan kemasyhuran nama mereka di negara tersebut.[43][44][5][45]
Keanggotaan
sunting- Ahli semasa
- Azham Ahmad atau Ambobzeela (Am) sebagai pemain dram
- [46] dan berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia. 19 April 1980
- Ahmad Azanol Khushairie [47] atau Putu Ceri sebagai pemain bass dan vokal
- [48] dan berasal dari Ipoh, Perak, Malaysia. 10 April 1987
- Aliff Fahmi Bahtiar [49] atau Ali Sariah sebagai vokalis utama dan gitaris.
Diskografi
suntingAlbum
suntingStudio
suntingTahun | Album | Butiran album | Catatan |
---|---|---|---|
2017 | Selamat Tinggal Pujaan
|
|
EP
suntingTahun | Album | Butiran album | Catatan |
---|---|---|---|
2020 | Jalan Abbey
|
|
Single
suntingSebagai artis utama
suntingTahun | Judul | Album | Nota |
---|---|---|---|
2015 | "Malam Pesta Rock N Roll" | Selamat Tinggal Pujaan | |
"Bercanda Di Malam Indah" | |||
"Teruna & Dara" | Runut bunyi untuk Bikers Kental 2 & The Hantus | ||
"Kecundang" | Runut bunyi untuk The Hantus | ||
"Miss Flower Learns To Twist" | |||
"Berduka-Lara" | |||
"Ratu Hati" | |||
2016 | "Bunga" | ||
2019 | "Dinda" | Single tanpa album | Lagu finalis Anugerah Juara Lagu ke-34 |
2020 | "Kasih dan Sayang" | Jalan Abbey | |
2021 | "Janji Manis" | ||
"Dewi Puspita" | |||
"Nearly Near You" | Ditulis oleh Adam Hastings bekas ahli kumpulan The Bootleg Beatles , UK [54] | ||
2022 | "Hari Raya Kini Dah Kembali" | Single tanpa album | menampilkan Bunga |
2023 | "Inilah JalanNya" | Lirik & Komposer : Noh Salleh (Lagu finalis Anugerah Juara Lagu ke-38) | |
"Pujaanku" | menampilkan Aisyah Aziz | ||
2024 | "Perih Jerih" |
Kemunculan lain
suntingTahun | Judul | Album | Nota |
---|---|---|---|
2020 | "Hari Inikan Hari Raya" | Single tanpa album | Lagu istimewa sempena Hari Raya 2020 |
2021 | "Lautan Asmara" | Eklusif untuk pendengar platform JOOX |
Filemografi
suntingProgram TV
suntingTahun | Tajuk | Sebagai | Saluran | Catatan |
---|---|---|---|---|
2017 | Selamat Pagi Malaysia (SPM) | Artis Jemputan | TV1 | 19 Februari |
2018 | Borak Kopitiam | TV3 | 11 March | |
It's Alif | ntv7 | bersama Hujan (3 Oktober) | ||
Homegrown Show | Artis Pilihan | HyppTV | ||
Malaysia Hari Ini | Artis Jemputan | TV3 | 26 April | |
Mentor Otai | 29 April (final Mentor Otai) | |||
Muzik Muzik 33 | Artis pilihan | 7 Mei | ||
Muzik - Muzik 33 Semi Final | 9 November | |||
Pop ! TV | Tetamu Jemputan | ntv7 | 29 Jun | |
Feel Good Show | 19 November | |||
MeleTOP | Astro Ria | 11 September | ||
2019 | GIG | Artis jemputan | TV2 | 2 Februari |
Unplugged | Astro Ria & Astro Ria HD | 25 Januari | ||
Muzik-Muzik 34 | Artis Pencalonan Baru | TV3 | 18 Mac | |
Melodi | Artis Jemputan | 24 Mac bersama Ara Johari & Haziq HotFM | ||
Pop Yeah Yeah | Episode 15 | |||
Selamat Pagi Malaysia (SPM) | TV1 | 11 April | ||
Malam Kenangan Mengusik Jiwa | TV2 | 13 April - Slot Hiburan Minggu Ini | ||
Konsert Minggu Ini | Artis Jemputan | |||
Gempak TV | Artis Jemputan | Astro Gempak | ||
2020 | Anugerah Juara Lagu ke-34 | Finalis | TV3 | 9 Februari |
Immortal Songs | Artis Jemputan | 13 September | ||
Malaysia Hari Ini | 16 Januari | |||
2023 | Rooftop Gigs | Kompas TV | 22 Februari | |
Ketawa Itu Berkah | Trans TV | 23 Februari | ||
Brownis (Obrowlan Manis) | 24 Februari | |||
I Can See Your Voice Malaysia Musim 6 | TV3 | 9 Julai |
Videografi
suntingMuzik Video
suntingTahun | Tajuk | Artis lain | Pengarah | Ruj. |
---|---|---|---|---|
2018 | "Bunga" | Tiada | Koker Hashtag Media | [55] |
"Ratu Hati" | Zulfadhlizin | [56] | ||
2019 | "Miss Flower Learns To Twist" | Firdaus Zulkifly | [57] | |
"Dinda" | Zul Luey | [58] | ||
2020 | "Kasih" | Shah Azman & Zul Luey | [59] | |
"Sayang" | [60] | |||
"Hari Ini Kan Hari Raya" | Hafiz Othman | [61] | ||
2021 | "Janji Manis" | Pert Doherty | [62] | |
"Lautan Asmara" | Ameer Syafiq | [63] | ||
"Dewi Puspita" | Faizal Noar | [64] | ||
"Nearly Near You" | Ameer Syafiq | [65] | ||
2022 | "Hari Raya Kini Dah Kembali" | Bunga | CrapTVee | [66] |
2023 | "Inilah JalanNya" | Tiada | Al Adam Another Planet | [67] |
"Pujaanku" | Aisyah Aziz | Aqil Muaz | [68] |
Anugerah dan pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular | Tercalon |
2024 | MTV EMA Manchester 2024 | Best Asia Act | Tercalon |
Rujukan
sunting- ^ Kugiran Masdo kian mengharum. harian metro. Dicapai pada 25 Januari 2019.
- ^ Bunga
- ^ Bercanda Di Malam Indah
- ^ Dinda
- ^ a b Surya Hadiansyah (7 Okt 2021). "Band Malaysia Kugiran Masdo Tak Menyangka Lagu Dinda Viral di Indonesia". Liputan 6. Surya Citra Televisi. Dicapai pada 2024-07-08.
- ^ Selamat Tinggal Pujaan
- ^ #Showbiz: Kugiran Masdo's physical albums selling like hot cakes. news strait times. Dicapai pada 25 Februari 2019. (artikal dalam Bahasa Inggeris)
- ^ Jalan Abbey
- ^ Serba sedikit tentang KU-GI-RAN MASDO!. facebook Kugiran Masdo. Dicapai pada 25 Januari 2019.
- ^ Masdo selesa urus kerjaya sendiri. berita harian. Dicapai pada 25 Februari 2019.
- ^ Macam mana Mawi boleh masuk Masdo? KISAH SEDIH!! inspirasi. Dicapai pada 16 Mac 2019.
- ^ Suka bukan sebab kawan - Noh Salleh. berita harian. Dicapai pada 11 Julai 2018.
- ^ MASDO MEMBUKA TIRAI ERA INDIE YANG BARU. the level. Dicapai pada 16 Mac 2019.
- ^ Kugiran Masdo ajak dansa. harian metro. Dicapai pada 23 Februari 2019.
- ^ Kugiran Masdo jual CD sendiri. berita harian. Dicapai 25 Februari 2019.
- ^ SEMBANG SODA EP 2: MASDO. daily seni. Dicapai pada 25 Februari 2019.
- ^ Kugiran Masdo menongkah fesyen muzik. kosmo. Dicapai 25 Februari 2019.
- ^ Kami bawakan "Jelajah Malam Pesta Rock & Roll" ke Borneo. Segala maklumat ada di flyers. Jangan lambat nanti kena tinggal! twitter rasmi Kugiran Masdo. Dicapai pada 11 Januari 2019.
- ^ Masdo 'tapau' lima negeri. harian metro. Dicapai pada 11 Januari 2019.
- ^ #Showbiz: Kugiran Masdo a hit in China! new strait times. Dicapai pada 25 Februari 2019. (artikal dalam Bahasa Inggeris.)
- ^ status instagram Kugiran Masdo. instagram kugiran Masdo. Dicapai pada 25 Februari 2018.
- ^ Haqiem, Kugiran Masdo jadi 'pemenang'. harian metro. Dicapai pada 25 Februari 2019.
- ^ Panggilan Hujan, Kugiran Masdo. kosmo. Dicapai 19 Disember 2018.
- ^ Masdo mengembang sayap seni. utusan. Dicapai pada 25 Februari 2019.
- ^ Malam Keramaian Dinda Kugiran Masdo. harian metro. Dicapai 25 Februari 2019.
- ^ Ini 7 Video Parodi ‘Dinda’ Yang Menarik.. No. 7 Paling Kreatif! oh bulan. Dicapai 1 Januari 2019.
- ^ Hot FM Big Jam berkonsepkan festival muzik. harian metro. Dicapai pada 31 Mac 2019.
- ^ big4Malaysia. instagram rasmi Masdo. Dicapai pada 1 April 2019.
- ^ Jom ke Auditorium Perdana Angkasapuri esok malam Pak Maon & Bentara Guru! kugiran masdo instagram rasmi. Dicapai pada 13 April 2019.
- ^ Kugiran Masdo teruja rakam lagu di London. berita harian. Dicapai pada 11 Januari 2019.
- ^ Kugiran Masdo masih impi rakam lagu di London. mstar. Dicapai pada 12 Januari 2019.
- ^ Masdo tangguh rakam lagu di London. berita harian. Dicapai pada 11 Januari 2019.
- ^ Alhamdulillah, selesai perbincangan untuk urusan rakaman album kedua di @abbeyroadstudios pada bulan April nanti. akaun instagram kugiran masdo rasmi. Dicapai pada 29 Mac 2019.
- ^ Sempena kepulangan dari London,.. Masdo official. Dicapai pada 28 Jun 2019.
- ^ Sampai jumpa ya teman-teman di Indonesia. rasmi twitter Masdo. Dicapai pada Ogos 2, 2019.
- ^ BERITA Baik! Lagu-lagu didalam album SELAMAT TINGGAL PUJAAN kini boleh didengari di seluruh platform digital seperti itunes, spotify, kkbox, joox, deezer, apple music dll. instagram rasmi masdo. Dicapai pada 15 Ogos 2019.
- ^ Impian tercapai - Kugiran Masdo. harian metro. Dicapai pada 1 Januari 2019.
- ^ post ig. masdo instagram rasmi. Dicapai pada 1 Januari 2020.
- ^ post ig Instagram. Dicapai pada 1 Januari 2020.
- ^ Masdo kongsi kisah seram di sebalik lagu Kasih dan Sayang. Diarkibkan 2020-11-24 di Wayback Machine hotfm. Dicapai pada 27 Jun 2020.
- ^ Perhatian!! kugiran masdo instagram. Dicapai pada 27 Jun 2020.
- ^ Lagu Kugiran Masdo unggul, distrim 1.481juta di Spotify. harian metro.
- ^ Yudianto Nugraha (12 Mei 2024). "Lirik Lagu Dinda - Masdo dan Fakta di Baliknya, Jadi Anthem Alul Pria Berkharisma". Pikiran Rakyat.
- ^ Zaidi Mohamad (Disember 1, 2021). "Kugiran Masdo tular di Indonesia". Berita Harian.
- ^ Felisitas Dhwani Wihangga; Rheisnayu Cyntara (22 September 2021). "Mengenal Kugiran Masdo, Pelantun Lagu Dinda yang Viral di TikTok". Kompas. Dicapai pada 2024-07-08.
- ^ Selamat Hari Jadi untuk drummer kite Azham Ahmad!! facebook rasmi Hujan. Dicapai pada 29 Mac 2019.
- ^ 'Alhamdulillah, Allah masih panjangkan nyawa'. Diarkibkan 2018-04-07 di Wayback Machine harian metro. Dicapai pada 24 Januari 2019.
- ^ Happy 31st Birthday sayang!! akaun rasmi Nadia Ali. Dicapai pada 11 Januari 2019.
- ^ status twitter. twitter. Dicapai pada 25 Februari 2019.
- ^ Alhamdulillah🤲🏻 Hari ini bertarikh 22/2, maka genaplah umur saya 28 tahun. akaun instagram rasmi Ali Sariah. Dicapai pada 29 Mac 2019.
- ^ Ahli Kugiran Masdo berasal dari mana? twitter rasmi kugiran Masdo. Dicapai pada 12 Januari 2019.
- ^ Khabar Aidilfitri Kugiran Masdo. kosmo. Dicapai pada 12 Februari 2019.
- ^ Siapalah admin ni, selipor dengan bae pun taktau beza ka. akaun twitter rasmi Asmawi. Dicapai pada 11 Januari 2019.
- ^ #Showbiz: Masdo's very own music trek. newstraitstimes.
- ^ Kugiran Masdo - Bunga. astro gempak. Dicapai pada 25 Februari 2019.
- ^ Kugiran Masdo - Ratu Hati (Video Lirik Rasmi). kugiran masdo. Dicapai pada 11 Januari 2019.
- ^ Kugiran Masdo - Miss Flower Learns To Twist (Official Lyric Video). kugiran masdo. Dicapai pada 25 Januari 2019.
- ^ Kugiran Masdo - DINDA (Muzik Video Rasmi). kugiran masdo. Dicapai pada 25 Februari 2019.
- ^ KUGIRAN MASDO - KASIH (Muzik Video Rasmi bahagian 1). kugiran masdo. Dicapai pada 15 Mei 2020.
- ^ KUGIRAN MASDO - SAYANG (Muzik Video Rasmi bahagian 2). kugiran masdo. Dicapai pada 15 Mei 2020.
- ^ Kugiran Masdo - HARI INIKAN HARI RAYA (Muzik Video Rasmi). kugiran masdo. Dicapai pada Julai 7, 2020.
- ^ MASDO - Janji Manis (Muzik Video Rasmi). kugiran masdo. Dicapai pada Februari 4, 2021.
- ^ MASDO - Lautan Asmara (JOOX Originals) [Muzik Video Rasmi.] kugiran masdo. Dicapai pada Julai 24, 2021.
- ^ MASDO - Dewi Puspita [Muzik Video Rasmi.] kugiran masdo. Dicapai pada Julai 24, 2021.
- ^ MASDO - Nearly Near You (Official Music Video). kugiran masdo. Dicapai pada Julai 24, 2021.
- ^ MASDO feat Bunga - Hari Raya Kini Dah Kembali (Official Music Video). kugiran masdo. Dicapai pada April 18, 2022.
- ^ MASDO - Inilah JalanNya (Video Muzik Rasmi). kugiran masdo. Dicapai pada Januari 13, 2023.
- ^ MASDO feat Aisyah Aziz - Pujaanku (Muzik Video Rasmi). kugiran masdo Dicapai pada Julai 21, 2023.
Pautan Luar
sunting- Kugiran Masdo di Instagram
- Kugiran Masdo di Facebook
- Kugiran Masdo di Twitter
- Kugiran Masdo di Youtube
- Kugiran Masdo Diarkibkan 2019-02-25 di Wayback Machine di TV