[go: up one dir, main page]

Kosovo (Albania: Kosova, Kosovë; Serbia: Косово "Kosovo" atau Косово и Метохија "Kosovo i Metohija"[4]) ialah sebuah kawasan yang dipertikaikan di rantau Balkan. Republik Kosovo (Albania: Republika e Kosovës; Serbia: Република Косово, Republika Kosovo) sebuah negara yang mengisytiharkan kemerdekaan sendiri dan menerima pengiktirafan sesetengah negara sahaja, menguasai kebanyakan wilayahnya secara de facto, di samping penguasaan terhad di Kosovo Utara.[perlu rujukan] Serbia tidak mengiktiraf pemisahan Kosovo secara unilateral[5], sebaliknya menganggap Kosovo sebagai entiti tadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di dalam wilayah kedaulatan Serbia, iaitu Wilayah Autonomi Kosovo dan Metohija (Serbia: Аутономна Покрајина Косово и Метохија, Autonomna Pokrajina Kosovo i Metohija), menurut Perlembagaan Serbia 2006.[6] Metohija (Albania: Dukagjini or Rrafshi i Dukagjinit) adalah bahagian barat di seluruh wilayah berkenaan.

Republik Kosovo
Republika e Kosovës
Република Косово / Republika Kosovo
Bendera Kosovo
Jata Kosovo
Bendera Jata
Lagu kebangsaanEropah[1]
Lokasi Kosovo (hijau tua) - Serbia (kelabu tua) di benua Eropah (hijau + kelabu tua)
Lokasi Kosovo (hijau tua) - Serbia (kelabu tua)
di benua Eropah (hijau + kelabu tua)
Ibu negara
dan bandar terbesar
Pristina (Prishtina, Priština)
Bahasa rasmiAlbania, Serbia
Bahasa umum
yang diakui
Turki, Gorani, Rom, Bosnia, Arab
KerajaanRepublik berparlimen
• Presiden
Vjosa Osmani
Albin Kurti (LVV)
Kemerdekaan 
daripada Serbia
17 Februari 2008
Keluasan
• Jumlah
10,908 km2 (4,212 bt2)
• Perairan (%)
n/a
Populasi
• Perkiraan 2011
1,733,842[2]
• Bancian Penduduk 1991
1,956,1962
220/km2 (569.8/sq mi)
KDNK (nominal)2009
•  Jumlah
$5.352 bilion[3]
$2,965
Mata wangEuro ()3
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Arah memanduright
Kod panggilan+383
  1. Kemerdekaannya hanya diiktiraf oleh sebilangan negara.
  2. Banci ini hasil susun semula; diboikot oleh kebanyakan etnik majoriti Albania.
  3. Diterima secara unilateral; Kosovo bukan ahli rasmi Eurozone.

Kosovo yang tiada pantai bersempadan dengan Serbia Tengah di utara dan timur, Republik Macedonia di selatan, Albania di barat dan Montenegro di barat laut (ketiga-tiga negara tersebut selain Serbia mengiktiraf kedaulatan Republik Kosovo). Bandaraya terbesar dan ibu kota Kosovo ialah Pristina (juga dieja Prishtina atau Priština), diiringi bandaraya-bandaryaa lain seperti Peć (Albania: Peja), Prizren, Đakovica (Albania: Gjakova), dan Kosovska Mitrovica (Albania: Mitrovica).

Pada baharian klasik, wilayah yang lebih kurang berpadanan dengan Kosovo masa kini pernah diduduki oleh bangsa Dardani.[7] Kemudian, wilayah Dardani ditakluki oleh empayar-empayar Rom, Byzantine, Bulgaria dan Serbia. Berikutan Pertempuran Kosovo pada tahun 1389, wilayah berkenaan menjadi sebahagian Empayar Uthmaniyyah; maka kawasan ini mendekati Timur Tengah dan penduduknya memeluk agama Islam. Pada akhir abad ke-19, Kosovo menjadi pusat kebangkitan kebangsaan Albania. Pada tahun 1912, wilayah Uthmaniyah ini terbelah di antara Montenegro dan Serbia, kedua-duanya kemudian menganggotai Yugoslavia pada tahun 1918. Pada Perang Dunia Kedua, kebanyakan tanah Kosovo jatuh dalam wilayah Albania tawanan Itali, diikuti pendudukan Jerman Nazi sebelum menjadi wilayah autonomi di RPS Yugoslavia.

Setelah Perang Kosovo dan Pengeboman NATO di Yugoslavia pada tahun 1999,[8] wilayah Kosovo menerima pentadbiran sementara dari Misi PBB di Kosovo (UNMIK), yang kemudian menyerahkan kebanyakan peranannya kepada Misi Kedaulatan Undang-Undang Kesatuan Eropah di Kosovo (EULEX) pada Disember 2008.[9] Pada Februari 2008, Perhimpunan Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan Kosovo sebagai Republik Kosovo. Kemerdekaannya diiktiraf oleh dan Republik China (Taiwan). Pada 8 Oktober 2008, atas permintaan Serbia, Perhimpunan Agung PBB menerima resolusi yang meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk pendapat nasihat mengenai isu pengisytiharan kemerdekaan Kosovo.[10] Pada 22 Julai 2010, ICJ memutuskan bahawa perisytiharan kemerdekaan Kosovo tidak menyalahi undang-undang antarabangsa, yang mana presidennya menyatakan tiadanya "larangan terhadap perisytiharan kemerdekaan".[11]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Assembly approves Kosovo anthem" b92.net 11 Jun 2008. Pautan dicapai 11/06/08
  2. ^ Bancian separa dijalankan pada 2011, bilangan penduduk Kosovo dianggarkan pada 1.9 hingga 2.4 juta orang. Dua bancian penduduk yang dijalankan pada tahun 1981 dan 1991 masing-masing menganggarkan bilangan penduduk Kosovo pada 1.6 juta dan 1.9 juta, tetapi bancian 1991 mungkin terkurang hitung kaum Albania. Anggaran 2001 oleh OSCE menganggarkan 2.4 juta. World Factbook menyatakan anggaran 2,126,708 untuk tahun 2007 (rujuk "Kosovo". CIA World Factbook (ed. 2024). Agensi Perisikan Pusat.).
  3. ^ "Kosovo". International Monetary Fund. Dicapai pada 2010-04-21.
  4. ^ Constitution of the Republic of Serbia
  5. ^ Staff (23 July 2010) "Serbia rejects UN legal ruling on Kosovo's secession" BBC News
  6. ^ "Documents by Opinion and Study". Venice.coe.int. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-05. Dicapai pada 2009-07-20.
  7. ^ Pannonia and Upper Moesia. A History of the Middle Danube Provinces of the Roman Empire. A Mocsy. Ms. 9, 26, 65.
  8. ^ Michael Montgomery (2009-04-10). "Europe | Horrors of KLA prison camps revealed". BBC News. Dicapai pada 2009-07-20.
  9. ^ "EU launches Kosovo police mission", BBC, 9 December 2008. – Retrieved on 19 May 2009.
  10. ^ "U.N. backs Serbia in judicial move on Kosovo | International". Reuters. 2008-10-08. Dicapai pada 2009-07-20.
  11. ^ "World court: Kosovo's independence was legal". Associated Press. 2010-07-22. Dicapai pada 2010-07-22.

Pautan luar

sunting