Kementerian Pertahanan Malaysia
Kementerian Pertahanan Malaysia (Tulisan Jawi: كمنترين ڤرتاهنن; singkatan: KEMENTAH) atau Malaysia Ministry of Defence (MINDEF) ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk memelihara kedaulatan, kepentingan dan hak strategik Malaysia ke arah mewujudkan keadaan serantau yang aman dan makmur. Kementerian ini terbahagi kepada dua perkhidmatan utama, iaitu Perkhidmatan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia.
كمنترين ڤرتاهنن | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 31 Ogos 1957 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur |
Kakitangan | 168,283 (2018) |
Menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif kerajaan |
|
Laman sesawang | www |
Kementerian Pertahanan untuk melaksanakan Dasar Pertahanan Negara dan segala pengurusan hal ehwal pertahanan, serta sumber-sumber yang diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan negara.
Kini, kementerian ini dipimpin oleh Menteri Pertahanan, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin
Sejarah
suntingKementerian Pertahanan telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 dan memulakan operasi rasminya di sebuah bangunan yang terletak di Brockman Road (sekarang Jalan Dato' Onn) , Kuala Lumpur. Bangunan ini turut menempatkan pejabat Menteri Pertahanan yang pertama iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussien yang berkhidmat dari 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970.
Bangunan Kementerian Pertahanan yang pertama telah dibina oleh Kerajaan Persekutuan dengan kos bernilai RM122,000.00 dan telah dirasmikan oleh Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein pada 18 Mac 1960. Bangunan yang dibina di Jalan Padang Tembak ini juga menempatkan pejabat Panglima-panglima dan Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia dari ketiga-tiga perkhidmatan.
Bagi menampung keperluan yang semakin bertambah dengan peningkatan jumlah anggota Angkatan Tentera Malaysia ke arah menguasai tanggungjawab menjaga keselamatan dan kedaulatan negara, sebuah kompleks yang mengandungi enam blok bangunan empat tingkat kemudian dibina berhadapan dengan Pejabat Bahagian Perkhidmatan Anggota. Kompleks tersebut yang berharga RM2 juta telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pada 6 April 1967.
Selepas pengunduran tentera British , Kerajaan Malaysia mengambil langkah drastik untuk meningkatkan tahap keselamatan negara dari sebarang ancaman. Tugas ini dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pertahanan selain mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan keperluan angkatan tentera dari masa ke semasa.
Bagi menampung kesemua agensi di bawah satu bumbung, kerajaan telah membuat keputusan membina satu bangunan baru untuk Kementerian Pertahanan. Sebagai simboliknya, batu asas bangunan tersebut telah diletakkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha pada 10 Mac 1982. Bangunan baru yang terletak di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur ini telah dibina dengan nilai RM144 juta dan telah disiapkan pada pertengahan tahun 1985.
Bangunan setinggi 20 tingkat ini dikenali sebagai "WISMA PERTAHANAN" yang turut menyediakan ruang-ruang pejabat dan bilik-bilik mesyuarat. Kawasan sekeliling "WISMA PERTAHANAN" yang dikenali sebagai Kompleks Wisma Pertahanan turut menyediakan beberapa kemudahan seperti bangunan tempat letak kereta bertingkat, auditorium, surau, Medan Pertahanan (Padang Kawad), balai pengawal, menara, bilik komputer, 'helipad', kafetaria dan lain-lain.
Organisasi
sunting- Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
- Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV)
- Jabatan Ketua Hakim Peguam
- Pejabat Kementerian Pertahanan Sabah
- Pejabat Kementerian Pertahanan Sarawak
- Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS)
- Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE)
- Penguasa Katalog Angkatan Tentera Malaysia
- Depot Simpanan Pertahanan
Menteri Pertahanan
suntingNo. | Menteri | Parti | Parlimen | Mula Menyandang | Tamat Menyandang | Timb Menteri | Parti | Parlimen | Mula Menyandang | Tamat Menyandang |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tun Haji Abdul Razak Datuk Hussien | Perikatan-UMNO | Pekan | 31 Ogos 1957 | 22 September 1970 | ||||||
Tan Sri Dato' Seri Haji Hamzah Dato' Abu Samah | Perikatan-UMNO | Raub | 13 Ogos 1973 | 14 September 1974 | ||||||
Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun | USNO | Marudu | 15 September 1974 | 1974 | ||||||
Tun Haji Abdul Razak Datuk Hussien | BN-UMNO | Pekan | 1974 | 1976 | ||||||
Tun Hussein Onn | BN-UMNO | Sri Gading | 1976 | 1978 | ||||||
Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud | PBB | Samarahan | 1978 | 1979 | ||||||
Tun Hussein Onn | BN-UMNO | Sri Gading | 1979 | 16 Julai 1981 | ||||||
Tun Dr Mahathir Mohamad | BN-UMNO | Kubang Pasu | 17 Julai 1981 | 1986 | ||||||
Tun Abdullah Ahmad Badawi (BN-UMNO) | BN-UMNO | Kepala Batas | 1986 | 28 April 1987 | ||||||
Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak | BN-UMNO | Pekan | 27 Oktober 1990 | 1995 | ||||||
Tan Sri Dr. Syed Hamid bin Tan Sri Syed Jaafar Albar | BN-UMNO | Kota Tinggi | 1995 | 14 Disember 1999 | ||||||
Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak | BN-UMNO | Pekan | 15 Disember 1999 | 18 Mac 2008 | ||||||
Tun Abdullah Ahmad Badawi | BN-UMNO | Kepala Batas | 19 Mac 2008 | 9 April 2009 | ||||||
Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi | BN-UMNO | Bagan Datuk | 10 April 2009 | 15 Mei 2013 | ||||||
Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein | BN-UMNO | Sembrong | 16 Mei 2013 | 9 Mei 2018 | Dato' Sri Mohd Johari Baharum | BN-UMNO | Kubang Pasu | 16 Mei 2013 | 9 Mei 2018 | |
Mohamad Sabu | PH-Amanah | Kota Raja | 10 Mei 2018 | 24 Februari 2020 | Liew Chin Tong | PH-DAP | Senator | 10 Mei 2018 | 24 Februari 2020 | |
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob | BN-UMNO | Bera | 10 Mac 2020 | 16 Ogos 2021 | Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz | PPBM | Tanah Merah | 10 Mac 2020 | 16 Ogos 2021 | |
Dato' Seri Hishamuddin bin Tun Hussein | BN-UMNO | Sembrong | 30 Ogos 2021 | 10 Oktober 2022 | Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz | PPBM | Tanah Merah | 30 Ogos 2021 | 10 Oktober 2022 | |
Datuk Seri Mohamad Hassan | BN - UMNO | Rembau | 3 Disember 2022 | 12 Disember 2023 | Tuan Haji Adly Zahari | BN - UMNO | Alor Gajah | 3 Disember 2022 | 12 Disember 2023 | |
Dato Seri Mohamed Khaled Nordin | BN - UMNO | Kota Tinggi | 12 Disember 2023 | kini | Tuan Haji Adly Zahari | BN - UMNO | Alor Gajah | 12 Disember 2023 | kini |