Istana Westminster
Istana Westminster (bahasa Inggeris: Palace of Westminster ) atau juga dikenali sebagai Dewan Parlimen (bahasa Inggeris: Houses of Parliament ) terletak di tebing Sungai Thames di tengah-tengah kota London. Ia menempatkan kedua-dua dewan Rakyat dan Pertuanan dalam Parlimen United Kingdom.
Tapak Warisan Dunia UNESCO | |
Maklumat am | |
---|---|
Nama asli | Palace of Westminster |
Nama rasmi | Palace of Westminster |
Sebahagian dari | Palace of Westminster and Westminster Abbey including Saint Margaret's Church |
Termasuklah | St Stephen's Chapel Westminster Hall Big Ben |
Inskripsi | 1987 (sesi ke-11) |
Keluasan | 10 he (1,100,000 ka2) |
Laman sesawang | https://www.parliament.uk/about/living-heritage/building/palace/ |
Maklumat lokasi | |
Lokasi | bandar raya Westminster, United Kingdom |
Koordinat | 51°29′58″N 0°07′27″W / 51.4994°N 0.1242°W |
sunting · sunting di Wikidata |
Bahagian tertua, Dewan Westminster, bertarikh pada 1097, tetapi kebanyakkan struktur sekarang dibina pada kurun ke-19, apabila istana ini dibina semula selepas hampir keseluruhan musnah oleh satu kebakaran pada tahun 1834. Istana ini disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO[1] bersama-sama dengan Gereja Westminster dan Gereja Santo Margaret.
Binaan
suntingBinaan asas istana ini menggunakan suatu batu kapur magnesia Anston yang diperolehi dari suatu kuari sekitar Yorkshire Selatan dan Nottinghamshire.[2]
Sejarah
sunting1834: kebakaran besar dan pembinaan semula
suntingPada 16 Oktober 1834, kerja-kerja pembersihan dilakukan di pendiang bawah Dewan Pertuanan di mana kayu-kayu hitung catatan perakaunan Perbendaharaan Diraja (Exchequer) negara tersebut dari seawal 6 abad lepas sehingga 1826 dibakar lupus. Pembakaran tersebut hilang kawalan sehingga merebak melalui serombong-serombong bawah dewan tersebut. Kebakaran ini berlangsung hampir sepanjang malam memusnahkan sebahagian besar istana termasuk tempat- tempat pertemuan Dewan Pertuanan, Dewan Rakyat serta kediaman-kediaman rasmi Speaker dan Kerani Dewan Rakyat.
Kerosakan hebat dibawa dari kebakaran tersebut tidak sahaja mendorong kepada saranan suatu badan pengarkiban berasingan hasil penggubalan Akta Catatan Awam 1838,[3] malah mencetuskan suatu pertandingan raya mereka bentuk istana baru tahun 1836; pertandingan ini dimenangi Charles Barry yang menggabungkan bangunan yang terselamat dalam suatu kompleks baru menerapkan suatu seni bina unik disebutkan sebagai Gothic Revival. Seni bina ini turut ditetapkan kepada bangunan-bangunan sama fungsi dalam United Kingdom.[4]
Abad ke-20: Perang-perang Dunia
suntingIstana ini antara sasaran pengeboman dahsyat dilakukan rejim Jerman Nazi ke atas United Kingdom semasa Perang Dunia Kedua; kejadian paling besar berlaku pada malam 10–11 Mei 1941 di mana istana tersebut dibedil sebanyak 12 kali mengorbankan 3 orang kakitangan[5][6] serta menyebabkan kebakaran kepada Dewan Rakyat, bumbung Dewan Westminster[7] dan Lobi Anggota.[8]
Rujukan
sunting- ^ "Palace of Westminster and Westminster Abbey including Saint Margaret's Church". UNESCO. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 May 2015. Dicapai pada 20 April 2015.
- ^ "The Palace of Westminster" (PDF). House of Commons Information Office. May 2009. Dicapai pada 5 August 2010.
- ^ Shenton, Caroline (2012). The Day Parliament Burned Down. Oxford: Oxford University Press. m/s. 256–57. ISBN 978-0-19-964670-8.
- ^ Bradley, Simon; Pevsner, Nikolaus (2003). London 6: Westminster. New Haven, CT and London: Yale University Press. m/s. 214. ISBN 978-0-300-09595-1.
- ^ [1] Names on the Parliamentary War Memorial.
- ^ Fell and Mackenzie (1994), p. 27.
- ^ Field (2002), p. 259.
- ^ UK Parliament (29 July 2008). "Bombed House of Commons 1941". Flickr. Dicapai pada 5 August 2010.
- Bradley, Simon, and Pevsner, Nikolaus. (2003). The Buildings of England: London 6: Westminster. New Haven, Connecticut: Yale University Press.
- Cooke, Sir Robert. (1987). The Palace of Westminster. London: Burton Skira.
- Fell, Sir Bryan, and K. R. MacKenzie. The Houses of Parliament: A Guide to the Palace of Westminster. (1994). London: Her Majesty's Stationery Office.
- Jones, Christopher. (1983). The Great Palace: The Story of Parliament. London: British Broadcasting Corporation.
- Port, M. H. (1976). The Houses of Parliament. New Haven, Connecticut: Yale University Press.
- Riding, Christine, and Jacqueline Riding. (2000). "The Houses of Parliament: History Art Architecture." London: Merrell.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Istana Westminster |
- Official website
- Houses of Parliament visitor's guide
- Palace of Westminster Square 360 Image (Java)
- Houses of Parliament information and photography
- "Rebuilding the Palace". UK Parliament. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 March 2019. Dicapai pada 12 May 2019.
- Westminster Hall Virtual Experience Diarkibkan 2008-08-01 di UK Web Archive
- A Victorian Novel in Stone, Rosemary Hill, The Wall Street Journal, March 20, 2009