[go: up one dir, main page]

Iskandariah (Arab: الإسكندرية al-ʾIskandariyya;[3] Arab Mesir: اسكندرية Eskendereyya; bahasa Qibti: ⲣⲁⲕⲟϯ Rakodī;[4] Yunani: Αλεξάνδρεια Alexándria)[4][5] merupakan bandar raya kedua terbesar di negara Mesir selepas Kaherah dan Giza, bandar raya ketujuh terbesar di Afrika dan bandar raya terbesar serata rantau pesisiran Laut Tengah.

Iskandariah
الإسكندرية (bahasa Arab)
ⲁⲗⲉⲝⲁⲛⲇⲣⲓⲁ, ⲣⲁⲕⲟϯ (bahasa Qibti)
  • ⲁⲗⲉⲝⲁⲛⲇⲣⲓⲁ:Alexandria
    ⲣⲁⲕⲟϯ:Rakodī
Αλεξάνδρεια (bahasa Yunani)
  • Αλεξάνδρεια:Alexandria
    Ρακώτις:Rhakotis
Ἀλεξάνδρεια
Alexandria
Pemandangan kota menghadap Terusan Suez
Pemandangan kota menghadap Terusan Suez
Bendera Iskandariah
Mohor rasmi Iskandariah
Nama panggilan: Mutiara Mediterranean
Iskandariah yang terletak di Mesir
Iskandariah
Iskandariah
Lokasi dalam Mesir
Iskandariah yang terletak di Afrika
Iskandariah
Iskandariah
Iskandariah (Afrika)
Koordinat: 31°12′N 29°55′E / 31.200°N 29.917°E / 31.200; 29.917Koordinat: 31°12′N 29°55′E / 31.200°N 29.917°E / 31.200; 29.917
NegaraMesir
KegabenoranIskandariah
Ditubuhkan334 SM
Pentadbiran
 • GovernorElsherif[1]
Keluasan
 • Jumlah2,679 km2 (1,034 batu persegi)
Aras
5 m (16 ft)
Penduduk
 (October 2018[2])
 • Jumlah5,200,000
 • Kepadatan1,900/km2 (5,000/batu persegi)
Zon waktuUTC+2 (EST)
Postal code
21500
Kod kawasan(+20) 3
Laman sesawangAlexandria.gov.eg
San Stefano, Iskandariah

Bandar ini dinamakan sempena pengasasnya raja Makedon Alexander Agung, dan menjadi ibu kota Mesir Hellenistik, dan berkembang menjadi antara kota yang terbesar di Barat. Namun, selepas penubuhan kota Kaherah oleh kerajaan Islam Zaman Pertengahan, bandar ini telah merosot sehingga keadaannya menjadi sekadar perkampungan nelayan semasa zaman pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Kini, Iskandariah merupakan pelabuhan utama Mesir, dan pusat kawasan industri dan penghasilan tekstil, makanan diproses, kertas, plastik dan stirofom serta penapisan petroleum dan asfalt.

Sejarah

sunting

Kota ini mula didirikan sebagai petempatan Alexandreia (Yunani: Ἀλεξάνδρεια) pada April 331 SM dalam perjalanan Alexander Agung melalui pesisiran Mesir mencari kawasan yang sesuai menggantikan jajahan Naukratis sebagai pusat pemerintahannya; baginda memilih kawasan ini sebagai tempat sesuai membina suatu tambak menghubungkan kepada pulau Pharos yang mampu menghasilkan dua pelabuhan semula jadi besar[6] selain menghubungkan Yunani dengan tanah Nil yang subur dan didambakan. Alexander berangkat beberapa bulan selepas batu asas kota didirikan dan Kleomenes dilantik sebagai wakilnya di sana; Kleomenes mengarahkan Dinokrates membina kota tersebut. Mayat Alexander dimakamkan di kota ini pada 323 SM atas arahan panglimanya Ptolemiaos.[7]

Kota ini ditawan oleh tentera pimpinan Amr bin al-As berikutan pertempuran melawan empayar Bizantium pada 641 M. Gabenor pengganti beliau, Utbah bin Abu Sufyan mendirikan istana pemerintah di sana dari 664 hingga 665.[8][9]

Geografi

sunting

Kota ini didirikan dan terletak di atas sebuah delta berdekatan muara sungai Nil menghadap bahagian selatan laut Tengah.[10]

Suhu dan iklim

sunting

Iskandariah beriklim gurun panas (pengelasan iklim Köppen: BWh),[11] menghampiri iklim panas separa kering (BSh); kedudukan ia di pantai utara didedahkan kepada angin utara Mediterranean mengurangkan suhu bahang yang datang dari gurun-gurun jauh di pedalaman Mesir.[12] Ia merupakan kawasan paling banyak menerima hujan di Mesir selain Rafah.[13]

Data iklim untuk Iskandariah
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 33.3
(91.9)
32.9
(91.2)
40.0
(104.0)
41.0
(105.8)
45.0
(113.0)
43.8
(110.8)
43.0
(109.4)
38.6
(101.5)
41.4
(106.5)
38.2
(100.8)
35.7
(96.3)
31.0
(87.8)
45.0
(113.0)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 18.4
(65.1)
19.3
(66.7)
20.9
(69.6)
24.0
(75.2)
26.5
(79.7)
28.6
(83.5)
29.7
(85.5)
30.4
(86.7)
29.6
(85.3)
27.6
(81.7)
24.1
(75.4)
20.1
(68.2)
24.9
(76.8)
Purata suhu harian, °C (°F) 13.4
(56.1)
13.9
(57.0)
15.7
(60.3)
18.5
(65.3)
21.2
(70.2)
24.3
(75.7)
25.9
(78.6)
26.3
(79.3)
25.1
(77.2)
22.0
(71.6)
18.7
(65.7)
14.9
(58.8)
20.0
(68.0)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 9.1
(48.4)
9.3
(48.7)
10.8
(51.4)
13.4
(56.1)
16.6
(61.9)
20.3
(68.5)
22.8
(73.0)
23.1
(73.6)
21.3
(70.3)
17.8
(64.0)
14.3
(57.7)
10.6
(51.1)
15.8
(60.4)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 0.0
(32.0)
0.0
(32.0)
2.3
(36.1)
3.6
(38.5)
7.0
(44.6)
11.6
(52.9)
17.0
(62.6)
17.7
(63.9)
14
(57)
10.7
(51.3)
1.0
(33.8)
1.2
(34.2)
0.0
(32.0)
Purata curahan hujan, mm (inci) 52.8
(2.08)
29.2
(1.15)
14.3
(0.56)
3.6
(0.14)
1.3
(0.05)
0.0
(0.0)
0.0
(0.0)
0.1
(0.00)
0.8
(0.03)
9.4
(0.37)
31.7
(1.25)
52.7
(2.07)
195.9
(7.7)
Purata bilangan hari hujan (≥ 0.01 mm) 11.0 8.9 6.0 1.9 1.0 0.0 0.0 0.0 0.2 2.9 5.4 9.5 46.8
Purata kelembapan relatif (%) 69 67 67 65 66 68 71 71 67 68 68 68 67.92
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 192.2 217.5 248.0 273.0 316.2 354.0 362.7 344.1 297.0 282.1 225.0 195.3 3,307.1
Sumber 1: Pertubuhan Meteorologi Sedunia (UN),[14] Hong Kong Observatory for sunshine and mean temperatures,[15] Climate Charts for humidity[16]
Sumber 2: Voodoo Skies[17] and Bing Weather[18] untuk suhu capai rekod
Purata suhu lautan Iskandariah[19]
Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dis
18 °C (64 °F) 17 °C (63 °F) 17 °C (63 °F) 18 °C (64 °F) 20 °C (68 °F) 23 °C (73 °F) 25 °C (77 °F) 26 °C (79 °F) 26 °C (79 °F) 25 °C (77 °F) 22 °C (72 °F) 20 °C (68 °F)

Infrastruktur

sunting

Pelabuhan Iskandariah merupakan pelabuhan utama Mesir menguruskan sebanyak barangan yang keluar masuk ke negara itu serta antara pelabuhan tertua di dunia.

Bandar-bandar kembar

sunting

Kota ini dikembarkan dengan kota-kota berikut:

Rujukan

sunting
  1. ^ "Alexandria Governor". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 February 2018.
  2. ^ "الجهاز المركزي للتعبئة العامة والإحصاء". www.capmas.gov.eg. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 October 2018. Dicapai pada 27 October 2018.
  3. ^ "Travel in Egypt: Alexandria". Arab Academy (dalam bahasa Inggeris). 10 Ogos 2016. Dicapai pada 19 May 2020.; Fideler, David (1 January 1993). Alexandria 2 (dalam bahasa Inggeris). Red Wheel/Weiser. ISBN 978-0-933999-97-8.
  4. ^ a b Michael Haag (2004). Alexandria: City of Memory. Yale University Press. ISBN 978-0-300-10415-8.
  5. ^ Fowden, Garth (26 February 2019). "Alexandria between Antiquity and Islam". Apollo-University of Cambridge Repository, Apollo-University of Cambridge Repository. doi:10.17863/CAM.37202. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  6. ^ Justin Pollard; Howard Reid (30 October 2007). The Rise and Fall of Alexandria: Birthplace of the Modern World. Viking. m/s. 2-7. ISBN 978-0-14-311251-8.
  7. ^ O'Connor, Lauren (2009) "The Remains of Alexander the Great: The God, The King, The Symbol," Constructing the Past: Vol. 10: Iss. 1, Article 8
  8. ^ Kennedy, Hugh (1998). "Egypt as a Province in the Islamic Caliphate, 641–868". Dalam Petry, Carl F. (penyunting). Cambridge History of Egypt, Volume One: Islamic Egypt, 640–1517. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 62–85 [69]. ISBN 0-521-47137-0.
  9. ^ Bruning, Jelle (2018). The Rise of a Capital: Al-Fusṭāṭ and Its Hinterland, 18-132/639-750. Leiden and Boston: Brill. m/s. 50–52. ISBN 978-90-04-36635-0.
  10. ^ Anika, R. "It is in the Nile delta area". maps of the world. Dicapai pada January 15, 2021.
  11. ^ "Koeppen-Geiger.vu-wien.ac.at". Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2011. Dicapai pada 30 November 2009.
  12. ^ "Alexandria". Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2010. Dicapai pada 1 December 2009.
  13. ^ "Egypt Climate Index". Climate Charts. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2012. Dicapai pada 20 Jun 2013.
  14. ^ "Weather Information for Alexandria". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 February 2018. Dicapai pada 21 August 2017.
  15. ^ "Climatological Information for Alexandria, Egypt" (1961–1990)". Hong Kong Observatory. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 February 2011. Dicapai pada 31 August 2010.
  16. ^ "Alexandria, Egypt: Climate, Global Warming, and Daylight Charts and Data". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Januari 2011. Dicapai pada 20 Jun 2013.
  17. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Voodoo Skies
  18. ^ Alexandria, Egypt Monthly Averages Diarkibkan 20 Mei 2013 di Wayback Machine – Bing Weather[You must have an IP from the United States of America to see the page]
  19. ^ "Alexandria Climate and Weather Averages, Egypt". Weather2Travel. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 January 2014. Dicapai pada 20 January 2014.
  20. ^ "Baltimore Sister Cities". baltimoresistercities.org. Baltimore Sister Cities, Inc. Dicapai pada 21 Oktober 2020.
  21. ^ "Partner (twin) towns of Bratislava". bratislava-city.sk. Dicapai pada 21 Oktober 2020.
  22. ^ "Catania Amica Del Mondo, Ecco Tutti I Gemellaggi Della Città Etnea". cataniaup.it (dalam bahasa Itali). Catania Up. 15 Julai 2019. Dicapai pada 21 Oktober 2020.
  23. ^ "Cleveland's Sister Cities". city.cleveland.oh.us. City of Cleveland. Dicapai pada 21 Oktober 2020.
  24. ^ "Orașe înfrățite". primaria-constanta.ro (dalam bahasa Romania). Constanța. Dicapai pada 21 Oktober 2020.
  25. ^ "Sister Cities". durban.gov.za. eThekwini Municipality. Dicapai pada 21 Oktober 2020.
  26. ^ "Sister Cities & Affiliated Cities". incheon.go.kr. Incheon Metropolitan City. Dicapai pada 21 Oktober 2020.
  27. ^ "Побратимени градове". kazanlak.bg (dalam bahasa Bulgaria). Kazanlak. Dicapai pada 21 Oktober 2020.
  28. ^ "Twinned Cities". limassolmunicipal.com.cy. Limassol. Dicapai pada 21 Oktober 2020.
  29. ^ "Міста-побратими". omr.gov.ua (dalam bahasa Ukraine). Odessa. Dicapai pada 21 Oktober 2020.
  30. ^ "Governor of Alexandria Meets Mayor of Paphos to Reinforce Cooperation Agreement Between the Two Sides and to Discuss Repercussions of Corona Virus Via Video Conference". alexandria.gov.eg. Alexandria. 13 Mei 2020. Dicapai pada 21 Oktober 2020.
  31. ^ "International links". mccpl.mu. City Council of Port Louis. Dicapai pada 21 Oktober 2020.
  32. ^ "Международные и межрегиональные связи". gov.spb.ru (dalam bahasa Rusia). Federal city of Saint Petersburg. Dicapai pada 21 Oktober 2020.
  33. ^ "市级友好城市". sh.gov.cn (dalam bahasa Cina). Shanghai. Dicapai pada 21 Oktober 2020.
  34. ^ "Twin Towns". thessaloniki.gr. Thessaloniki. Dicapai pada 21 Oktober 2020.

Pautan luar

sunting