Haut-Rhin
Haut-Rhin, 68 (bahasa Melayu: Rhein Hulu) merupakan sebuah jabatan di Perancis.
Sejarah
suntingJabatan ini dibentuk selama Revolusi Perancis pada 4 Mac 1790 sebagai penerapan hukum pada 22 Disember 1789, di bahagian selatan wilayah Alsace (Haute-Alsace).
Sempadannya telah berubah selama beberapa tahun:
- Pada 1798, memasukkan Mulhouse, dahulu bandar bebas dan enklaf terakhir Switzerland di bahagian selatan.
- Pada 1800, menyerap seluruh jabatan Mont-Terrible.
- Pada 1814, kehilangan wilayah yang telah menjadi bahagian Mont Terrible, dikembalikan kepada Switzerland, kecuali kepangeranan kuno Montbéliard
- Pada 1816, kehilangan Montbeliard, yang dimasukkan ke jabatan Doubs
- Pada 1871, dianeksasi oleh Jerman (Perjanjian Frankfurt). Bahagian Perancis bakinya membentuk Territoire de Belfort
- Pada 1919, dikembalikan kepada Perancis (Perjanjian Versailles) namun tetap terpisah dari Territoire-de-Belfort.
Geografi
suntingJabatan Haut-Rhin merupakan sebahagian wilayah Alsace. Bersempadan dengan jabatan Bas Rhin (bahasa Melayu: Rhein Hilir), Vosges dan Territoire-de-Belfort. Jabatan ini juga bersempadan dengan Jerman di timur (melalui Rhein) dan juga bahagian-bahagian Switzerland seperti kanton Jura, Solothurn, Basel-Landschaft, dan Basel di selatan.
Haut-Rhin terdiri kepada 6 arrondissement:
Haute-Rhin terdiri atas 31 kanton.
- Lihat Kanton di Haut-Rhin.
Haut-Rhin terdiri atas 377 kotamadya.
Demografi
suntingPenduduk Haut-Rhin disebut Haut-Rhinois.