[go: up one dir, main page]

YB Puan Dr. Hafidzah binti Mustakim (lahir 1964[1]) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Kota Lama, Kelantan mewakili PH-AMANAH. Di peringkat parti beliau ialah Naib Ketua Wanita dan Ketua Wanita AMANAH Kelantan.

YB Dr.
Hafidzah Mustakim
MD
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan
bagi Kota Lama
Menyandang jawatan
2023
Didahului oleh Anuar Tan Abdullah
Naib Pengerusi Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Nasional
Dalam jawatan
2023–2026
Berkhidmat with Salmee Said dan Kamaliah Noordin
PresidenMohamad Sabu
Pengerusi AWANAiman Athirah Sabu
Ketua AWAN Kelantan
Menyandang jawatan
2024
Pengerusi AMANAH KelantanAdly Zahari
Timbalan Ketua Wanita
Pakatan Harapan Kelantan
Menyandang jawatan
2019
Pengerusi Majlis Perundingan Wanita Rahmah, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Dalam jawatan
2019–2020
Maklumat peribadi
Lahir1964
Pontian, Johor
Parti politik Parti Amanah Negara (2016-kini)
Tempat belajarUniversiti Malaya
Laman webamanahkelantan.com/dr-hafidzah/

Pendidikan

sunting

Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tanjung Ayer Hitam, Pontian dan Sekolah Rendah St Agnes, Kota Kinabalu. Kemudian, beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah, Melaka sehingga 1981 Seterusnya menamatkan pengajian menengah di Sekolah Tinggi Highett, Melbourne, Victoria pada 1982[1].

Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan meraih ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS) dari Universiti Monash, Australia pada 1988. Hafidzah memperoleh diploma dalam pentadbiran perniagaan dari Kolej Komersil Melbourne pada 1991[1].

Hafidzah juga mendalami pengajian agama Islam dan telah memperoleh Sijil Pengajian Islam dari Universiti Malaya, Nilam Puri pada 1996[1].

Kerjaya

sunting

Kerjaya Hafidzah dalam bidang perubatan bermula dengan menjalani tempoh latihan di Hospital Barat, Melbourne, Australia dari 1989 hingga 1991. Kemudian, beliau bekerja sebagai pegawai perubatan di beberapa hospital seperti Hospital Kuala Lumpur (1991-1995), Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu (1995-1996), dan Hospital Universiti Sains Malaysia (1996-1997)[2].

Beliau telah membuka klinik persendiriannya pada 1997 dengan nama Klinik Perdana Cawangan Islah. Pada Januari 2023, Hafidzah menaik taraf kliniknya dengan menyertai rangkaian klinik swasta, Klinik Ikram dan dinamakan sebagai Klinik Ikram Kota Bharu yang menawarkan perkhidmatan 24 jam.

Penglibatan politik

sunting

Selain aktif dalam bidang perubatan, Hafidzah juga ialah seorang ahli politik dari Parti Amanah Negara (Amanah). Beliau menggalas beberapa jawatan dalam Wanita Pakatan Harapan Negeri Kelantan, termasuk sebagai Timbalan Ketua. Di samping itu, beliau juga terlibat dalam Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Nasional sebagai Pengerusi Biro Kesihatan dan Ketua AWAN Negeri Kelantan[3]. Selain itu, Hafidzah berpengalaman menjadi calon Pilihanraya DUN Tanjong Mas (PRU 14) dan Parlimen Kota Bharu (PRU15) [4], PRU-15 P021 Parlimen Kota Bharu[5], dan PRN Kelantan N.09 Kota Lama[6].

Keputusan pilihan raya

sunting
Kerusi yang ditandingi Hafidzah Mustakim
Tahun Kawasan Individu Parti Undian Lawan Parti Undian Majoriti
2018 N.08 Tanjong Mas Hafidzah Mustakim PH (Amanah) 6,139 Rohani Ibrahim PAS 13,154 7,015
Madihah Ab Aziz BN (UMNO) 4,945
2022 P.021 Kota Bharu Hafidzah Mustakim PH (Amanah) 19,256 Takiyuddin Hassan PN (PAS) 41,869 22,613
Rosmadi Ismail BN (UMNO) 16,168
Che Musa Che Omar PUTRA 528
Andy Tan Boon Kian @ Awang PRM 107
Izat Bukhary Ismail Bebas 91
2023 N.09 Kota Lama Hafidzah Mustakim PH (Amanah) 9,691 Zamri Ismail PN (PAS) 9,489 202
Andy Tan Boon Kian @ Awang PRM 126
Izat Bukhary Ismail Bebas 85

Penglibatan NGO

sunting

Selain daripada penglibatan dalam politik, Hafidzah juga aktif dalam pelbagai NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan). Beliau merupakan seorang ahli Lembaga Pengurusan Pusat Perlindungan Remaja Puteri Raudhah Sakeenah Kelantan. Hafidzah juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Wanita (MAWAR) di YADIM pada tahun 2019-2020. Selain itu, beliau juga dianugerahkan sebagai Tokoh Wanita Kelantan dalam kategori Kepimpinan dan Kemasyarakatan pada tahun 2015[7]. Hafidzah juga pernah menjadi Ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia dari tahun 2011 hingga 2017, serta Naib Ketua Wanita IKRAM Malaysia dari tahun 2014 hingga 2017. Penglibatannya dalam peringkat antarabangsa juga pernah diwakili dengan menjadi delegasi Persidangan Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (CSW49) di New York, Amerika Syarikat pada tahun 2004. Selain itu, beliau juga memegang jawatan Ketua Wanita dalam Muslim Student Association, Monash University, Australia pada tahun 1988, dan Ketua Wanita dalam Australian Federation of Muslim Student (FAMSY) pada tahun 1989.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d "Dr. Hafidzah Hj Mustakim" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-02.
  2. ^ AHMAD, BORHAN (2022-11-09). "Dr. Hafidzah: Pejuang rakyat yang cintakan ilmu". Malaysia Dateline (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-07-31.
  3. ^ nurkasih2019. "AWAN NASIONAL". Wanita Amanah (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-07-31.
  4. ^ "Senarai calon PRU14: Kelantan". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). 2023-07-30. Dicapai pada 2023-07-31.
  5. ^ "2 from Amanah named as PH candidates in Kelantan2 from Amanah named as PH candidates in Kelantan".
  6. ^ "PRN: Senarai penuh calon Dun Kelantan". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2023-07-29. Dicapai pada 2023-07-31.
  7. ^ Abdullah, Nurulannisa; Alias, Noor Rahmawati; Azman, Nur Aqilah; Zawawi, Nur Alyaa Nazhirah (2023-05-07). "Tokoh Wanita Kelantan Resepi Kejayaan Dr Hafidzah Mustakim". Jurnal Kajian Lisan Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 1 (1): 1–9. ISSN 2976-3967.