[go: up one dir, main page]

Gunung Kenya adalah sebuah gunung berapi terletak di tengah negara Kenya timur benua Afrika, ia merupakan gunung tertinggi di negara tersebut dan kedua tertinggi di benua Afrika setelah Gunung Kilimanjaro.[4] Negara Kenya sendiri dinamakan dari gunung ini.

Gunung Kenya
Titik tertinggi
Ketinggian5,199 m (17,057 ka) [1]
Tonjolan3,825 m (12,549 ka) [1]
Ranked 32nd
Pengasingan323 kilometer (201 bt)
SenaraiSeven Second Summits
Country high point
Ultra
Koordinat0°9′03″S 37°18′27″E / 0.15083°S 37.30750°E / -0.15083; 37.30750Koordinat: 0°9′03″S 37°18′27″E / 0.15083°S 37.30750°E / -0.15083; 37.30750[1]
Geografi
Gunung Kenya yang terletak di Kenya
Gunung Kenya
Gunung Kenya
Peta topoPemetaan gunung oleh Wielochowski & Savage[2][3]
Geologi
Jenis gunungStratovolkano (jenis mati)
Letusan terakhir2.6–3.1 MYA
Pendakian
Laluan paling mudahPanjat batu

Gunung ini muncul kira-kira 3 juta tahun hasil perengkahan benua yang berlaku di kawasan timur Afrika[5] dengan ketinggian awal sebanyak 7,000 meter. Pelitupan air batu selama beribu-ribu tahun berikutnya mengakis curam banyak lereng dan lembah sekeliling puncak ini.[6][7] Lereng-lereng gunung disebut terletaknya hutan pelbagai jenis yang menjadi sumber tadahan air yang penting bagi sebahagian besar negara Kenya.[8] Keluasan 715 km persegi sekitar pusat gunung telah ditetapkan sebagai suatu cagar alam malah disenaraikan sebagai suatu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1997[9] yang menerima kunjungan lebih daripada 16,000 orang pelawat setiap tahun.[10][8]

Penamaan

sunting

Gunung ini diberi nama oleh orang Kamba dalam bahasa mereka sebagai Kĩ-Nyaa atau Kĩĩma- Kĩĩnyaa yang bermaksud "Sang Burung Unta" kerana rupa bertompok salji putih gunung ini menyerupai haiwan sedemikian, nama ini dicatatkan Johann Ludwig Krapf dalam jelajahnya bersama seorang pedagang bernama Kivoi.[11] Masyarakat Kikuyu turut memberi nama bermaksud sama dalam bahasa mereka yang serumpun iaitu Kĩrĩma Kĩrĩnyaga, begitu juga dengan orang Embu dengan nama Kirenyaa.[12]

Kepercayaan

sunting

Gunung ini dianggap tinggi martabat dalam kalangan masyarakat-masyarakat Kikuyu, Ameru, Embu dan Maasai yang setempat menduduki sekitar gunung ini selama beratusan tahun.

Orang Kikuyu yang menduduki kawasan barat dan selatan gunung percaya bahawa puncak itu merupakan singgahsana tuhan mereka Ngai atau Mwene Nyaga ("Raja Burung Unta" atau "Raja Tompok Putih") setelah turun dari langit;[13] mereka turut membina rumah-rumah mereka berpintu menghadap gunung ini.[14] Orang Embu di belah tenggara pula[15] berpendapat sama turut mendirikan rumah mereka dengan pendekatan serupa.[14]

Orang Maasai yang duduk di utara kaki gunung ini[16] (diberi nama Ol Donyo Keri, "gunung belang" dari rupa lembah gunung diduduki[17]) pula percaya leluhur mereka berasal dari gunung itu. Di kawasan ini jugalah tempat khusus mereka menggembala ternakan mereka.[16]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "Africa Ultra-Prominences" Peaklist.org. Retrieved 6 February 2012.
  2. ^ "Mount Kenya Map Sample". Ewpnet.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 August 2010. Dicapai pada 16 April 2010.
  3. ^ EWP (2007). Mount Kenya Map and Guide (Peta). 1:50,000 with 1:25,000 inset. EWP Map Guides. Kartografi oleh EWP (4th ed.). ISBN 978-0-906227-96-1. http://www.ewpnet.com/Kenyamap.htm.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama rough_guide
  5. ^ Philippe Nonnotte. "Étude volcano-tectonique de la zone de divergence Nord-Tanzanienne (terminaison sud du rift kenyan) – Caractérisation pétrologique et géochimique du volcanisme récent (8 Ma – Actuel) et du manteau source – Contraintes de mise en place thèse de doctorat de l'université de Bretagne occidentale, spécialité : géosciences marines" (PDF).
  6. ^ Gregory, J. W. (1894). "Contributions to the Geology of British East Africa.-Part I. The Glacial Geology of Mount Kenya". Quarterly Journal of the Geological Society. 50 (1–4): 515–530. doi:10.1144/GSL.JGS.1894.050.01-04.36.
  7. ^ Baker, B. H. (1967). Geology of the Mount Kenya area. Nairobi: Geological Survey of Kenya.
  8. ^ a b Gichuki, Francis Ndegwa (August 1999). "Threats and Opportunities for Mountain Area Development in Kenya". Ambio. 28 (5): 430–435. Diarkibkan daripada yang asal (subscription required) pada 31 December 2005.
  9. ^ "Mount Kenya National Park/Natural Forest". United Nations. 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 December 2006. Dicapai pada 23 February 2008.
  10. ^ "World Heritage Nomination – IUCN Technical Evaluation Mount Kenya (Kenya)" (PDF).
  11. ^ Sullivan, Paul (2006). Kikuyu Districts. Dar es Salaam, Tanzania: Mkuki na Nyota Publishers.
  12. ^ "History". Diarkibkan daripada yang asal pada 26 May 2016. Dicapai pada 13 Mei 2016.
  13. ^ Kenyatta, Jomo (1961). Facing Mount Kenya. London: Secker and Warburg. ISBN 978-0-435-90219-3.
  14. ^ a b Kenya Wildlife Service (2006), Mount Kenya Official Guidebook, Kenya Wildlife Service
  15. ^ Coe, Malcolm James (1967). The Ecology of the Alpine Zone of Mount Kenya. The Hague: Dr W. Junk.
  16. ^ a b Butt, B. (March 2010). "Seasonal space-time dynamics of cattle behavior and mobility among Maasai pastoralists in semi-arid Kenya". Journal of Arid Environments. 74 (3): 403–413. Bibcode:2010JArEn..74..403B. doi:10.1016/j.jaridenv.2009.09.025. ISSN 0140-1963.
  17. ^ Somjee, Sultan (2000). "Oral Traditions and Material Culture: An East Africa Experience". Research in African Literatures. 31 (4): 97–103. doi:10.2979/RAL.2000.31.4.97. S2CID 144020233. Dicapai pada 21 February 2008.