Gila-Gila Pengantin
Gila-Gila Pengantin merupakan filem komedi romantik Malaysia 2003 arahan Aziz M. Osman dibintangi Erra Fazira dan Norman Hakim. Filem ini merupakan terbitan bersama dua pengarah terkemuka Malaysia, Yusof Haslam dan Aziz M. Osman.
Gila-Gila Pengantin | |
---|---|
Pengarah | Aziz M. Osman |
Penulis | Aziz M. Osman |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Bade Hj. Azmi |
Disunting oleh | Aziz M. Osman |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Skop Productions |
Tarikh tayangan | 30 Januari 2003 (Malaysia) |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Plot
suntingAliah seorang gadis yang ingin berkahwin, seperti yang diidamkan ramai gadis-gadis lain, tetapi mempunyai satu fobia dimana dia takut dengan acara perkahwinan itu sendiri setelah apa yang terjadi keatas dirinya semasa dia kecil. Dalam masa yang sama, ada seorang jejaka juga yang berkongsi masalah yang sama dengan Aliah. Mereka bertemu di dalam dunia cyber dan beramah mesra dengan perbualan masing-masing sehingga hari ini. Dalam masa yang sama juga, kedua-dua pasangan ini sudah mempunyai pasangan masing-masing dan apabila tiba hari perkahwinan, fobia masing-masing tersebut menghantui diri mereka.
Pelakon
sunting- Erra Fazira sebagai Aliah
- Norman Hakim sebagai Johari
- Juliana Banos sebagai Wanda
- Hairie Othman sebagai Harun
- Salih Yaacob sebagai Borhan
- Syanie sebagai Pn. Rohani Marican
- M. Rajoli sebagai Bapa Wanda
- A. Galak sebagai Bapa Harun
- Aimi Jarr sebagai Bapa Aliah
- AR Badul sebagai Tok Kadi
- Kismah Johar sebagai Ibu Harun
- Ku Faridah sebagai Ibu Wanda
- Umi Salmiah sebagai Ibu Wanda
- Osman Kering sebagai Pakcik Dollah
- Prono sebagai Pengawal Keselamatan
- Kumpulan Les Sekinchan