[go: up one dir, main page]

Dolores Jane Umbridge merupakan watak rekaan dalam siri Harry Potter karangan J.K. Rowling.

Watak Harry Potter

Dolores Umbridge, dilakonkan oleh Imelda Staunton,
Dolores Jane Umbridge
Jantina Perempuan
Warna rambut Keperangan
Rumah Slytherin
Sekolah Hogwarts
Keturunan Campuran Sihir dan Muggle
Dilakonkan oleh Imelda Staunton
Kemunculan pertama Harry Potter and the Order of the Phoenix (buku & filem)

Umbridge digambarkan sebagai orang yang pendek dan cembung sperti kodok besar. Dia sering memakai riben berwarna kehitaman di rambutnya yang mengingatkan Harry seakan-akan lalat untuk ditangkap. Dia mempunyai suara yang langsing yang diibaratkan seperti lebah. Nama Dolores terbit dari perkataan Latin iaitu dolor, atau kesakitan/kesedihan, dan namanya sendiri bermaksud 'Wanita yang Kesedihan', mungkin disebabkan oleh tindakannya sendiri. Dolores banyak digunakan sebagai nama di Sepanyol yang berkaitan dengan Virgen de los Dolores (lambing agama Katolik.) Bagi Umbridge, bunyinya seakan-akan umbrage, perkataan yang membawa maksud kemarahan atau geram. Nama keluarganya itu mungkin berasal dari perkataan umbra, bayang paling gelap, yang menggambarkan baying Umbridge.

Dalam filem Order of the Phoenix, Imelda Staunton akan memainkan watak Umbridge. [1]

Templat:Spoiler

Latar belakang dan peranan

sunting

Umbridge mula muncul dalam Harry Potter and the Order of the Phoenix. Sebagai Penolong Kanan Menteri Sihir (Cornelius Fudge), dia merupakan antara penyibuk dalam kes Harry di Bilik Perbicaraan Sepuluh sebagai salah seorang Wizengamot, jawatankuasa kehakiman ahli sihir, apabila Harry dituduh melanggar peraturan ahli sihir bawah umur. Kemudian diketahui yang Umbridge sendiri menghantar Dementor untuk menyerang Harry agar dapat mendiamkannya.

Umbridge kemudian ditempatkan di Hogwarts sebagai professor baru bagi Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam atas arahan Kementerian Sihir (yang mungkin disebabkan Dumbledore tidak mampu mencari pengganti yang sesuai). Kelasnya mendesak agar hanya teori pertahanan yang boleh dibelajar, memandangkan Fudge takut jika Dumbledore menggunakan pelajarnya sebagai tentera untuk menjatuhkan Kementerian. Kemudian, beliau menjadi orang yang pertama dan satu-satunya dilantik sebagai "Pegawai Penyoal Siasat Hogwarts", yang memberikannya kuasa lebih ke atas para guru dan pelajar serta undang-undang sekolah.

Umbridge mewujudkan Skuad Penyoal Siasat yang disertai oleh Slytherin dan memberikan ganjaran kepada pelajar yang memberikan laporan tentang sebarang penentangan kepada Umbridge. Dengan mendiamkan Harry Potter dan menutup kebenaran yang Voldemort telah kembali, Umbridge dan Fudge tanpa diketahui membantu Voldemort dan pengikutnya berkembang.

Peranan Umbridge di Hogwarts dibayangi kekejaman dan penyalah gunaan kuasa terhadap pelajar, Beliau berani menghukum sesiapa sahaja yang membantah atau melawannya walaupun hanya kata-kata. Dia pernah memaksa Harry dan Lee Jordan menulis menggunakan pena pelepah yang secara ajaibnya menghiris kulit tangan penulisnya dan menggunakan darah penulis sebagai dakwat. Beliau juga menunaikan permintaan Argus Filch untuk menjalankan hukuman kea sat pelajar dan menyuruhnya (walaupun tak pernah berlaku) untuk menyebat Fred dan George Weasley. Malah, Umbridge juga menggunakan Serum Verita serta pernah berniat dan hampir menggunakan Sumpahan Tak Terampun (Sumpahan Cruciatus) untuk memaksa Harry memberikannya maklumat.

Selepas Dumbledore meninggalkan Hogwarts, Umbridge dilantik sebagai Pengetua. Walau bagaimanapun, pejabat Pengetua tidak terbuka untuknya, dan jawatannya sebagai Pengetua telah mendapat rungutan dan rusuhan dari pelajar serta kebanyakan warga sekolah sendiri.

Umbridge menunjukkan sikap prejudis atas hidupan bukan manusia dan separa manusia dan pernah mendrafkan undang-undang anti-serigala jadian yang menyebabkan orang seperi Remus Lupin sukar mendapatkan kerja dalam dunia ahli sihir. Prejudisnya terbukti juga apabila Hermione mengumpannya ke Rimba Larangan dan melintasi laluan sentora. Apabila Umbridge menghina kaum mereka, sentora bertindak ganas dan menyerangnya. Disebabkan itu, Umbridge dimasukkan ke hospital keesokan harinya atas belas kasihan Profesor Dumbledore sendiri.

Akhirnya, Dumbledore dinaikkan semula sebagai Pengetua Hogwarts dan Umbridge dikeluarkan dari sekolah, Selepas sembuh, beliau terhendap-hendap ketika keluar tetapi malangnya ditemui Peeves yang menyebabkan dia dikejar dengan menggunakan tongkat jalan dan stoking penuh dengan kapur ketika staf dan pelajar hanya melihat sahaja.

 
Umbridge menghalau Sybill Trelawney dari Hogwarts sementara ditenangkan oleh Profesor McGonagall dalam filem Harry Potter and the Order of the Phoenix

Tidak diketahui rumah apa ketika Umbridge bersekolah tetapi sikapnya yang amat menyebelahi Slytherin dan pernah memakai pakaian hijau ketika perlawanan Quidditch menunjukkan seolah-olah dia adalah bekas ahli Slytherin. Ciri-cirinya langsung tidak menyerupai seorang ahli Gryffindor, malah menentang Gryffindor pula, dan personalitinya tidak sesuai dengan Hufflepuff (setia dan rajin) mahupun Ravenclaw (bijaksana), yang dapat dilihat kesukarannya ketika membuang jampi Fred dan George Weasley.

Dalam buku keenam, Umbridge kembali bekerja di Kementerian bawah Menteri Rufus Scrimgeour, tetapi tidak diketahui jawatannya kini. Dia turut dilihat ketika pengebumian Dumbledore. Disebabkan peristiwa di rimba, beliau kini takutkan sentora.

Umbridge dikatakan akan kembali pada buku ketujuh menurut JK Rowling sendiri.

Dalam buku ketujuh, Dalores Umbridge sering menyeksa penyihir kelahiran Muggle dengan menghantar mereka ke Azkaban. Akhirnya, Umbridge ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara di Azkaban seumur hidup kerana mengkhianati Kementerian dan menyeksa penyihir kelahiran Muggle.

Maklum balas

sunting

Walaupun Umbridge bertindak setia kepada Cornelius Fudge dan Kementerian Sihir ketika menjalankan tindak-tanduknya, dia tetap menjadi salah satu watak dalam Harry Potter yang paling dibenci; J. K. Rowling sendiri menyatakan banyak kali yang Umbridge sangat "dahsyat".

Pengarang novel Stephen King, menulis sebagai pengulas buku pada 11 Julai 2003, Entertainment Weekly,menyatakan kejayaan apa-apa novel adalah bergantung kepada watak kejam, dengan Umbridge sebagai "watak yang dipercayai paling kejam sejak Hannibal Lecter...". [2]

Lihat juga

sunting


Penyandang Terdahulu Pengetua Hogwarts Penyandang Kemudian
Albus Dumbledore Albus Dumbledore
Penyandang Terdahulu Guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam Penyandang Kemudian
Barty Crouch Jr.
sebagai
Alastor Moody
Severus Snape