Bintang RTM 2009
Bintang RTM 2009 merupakan kesinambungan daripada pertandingan sebelumnya dan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian. Rancangan ini disiarkan di TV2 bermula pada 5 April 2009 dan berakhir pada 5 Julai 2009. Walaupun formatnya berubah dari segi pemarkahan, tetapi pertandingan ini masih mengekalkan juri profesional atau bebas untuk menilai persembahan para peserta.
Bintang RTM 2009 | |
---|---|
Genre | Pertandingan nyanyian Rancangan televisyen realiti Televisyen interaktif |
Pengacara | Izwan Pilus Alisya DJ Muaz |
Lagu pembukaan | Bintang-Bintang Gemerlapan |
Negara asal | Malaysia |
Bilangan episod | 14 |
Penerbitan | |
Penerbit | Azman Hashim |
Lokasi | Pelbagai (Ujibakat) Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur (Suku Akhir & Separuh Akhir) Stadium Negara, Kuala Lumpur (Pertandingan Akhir) |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV2 |
Siaran asal | 05 April 2009 – 05 Julai 2009 |
Kronologi | |
Diikuti oleh | Bintang RTM 2012 |
Rancangan berkaitan | Bintang RTM |
Lokasi uji bakat telah diadakan di beberapa tempat seperti di RTM Kuching, RTM Miri, RTM Labuan, RTM Kota Kinabalu, RTM Pulau Pinang, Plaza Angsana Johor Bahru, Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu dan berakhir di Angkasapuri, Kuala Lumpur. Pada peringkat akhir pertandingan ini, Nur Ernie Shahirah binti Zakri (lebih dikenali sebagai Ernie) telah diumumkan sebagai Juara Bintang RTM 2009.
Format
suntingKesemua 30 peserta akan melalui peringkat Suku Akhir yang dibahagikan kepada 6 episod (5 peserta bagi setiap episod). Selain itu, 2 daripada setiap 5 peserta di peringkat Suku Akhir pada setiap episod akan terus melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir manakala 3 peserta yang tewas di dalam setiap episod akan merayu untuk meraih undi SMS daripada para penonton dan hanya seorang daripada mereka akan terpilih untuk bertanding di Suku Akhir (bahagian SMS). 2 peserta dari peringkat Suku Akhir (bahagian SMS) akan mengiringi 12 orang peserta yang telah layak secara automatik dari peringkat Suku Akhir dan akan bertanding di peringkat Separuh Akhir yang akan dibahagikan kepada 2 episod.
Seterusnya, 3 daripada setiap 7 peserta di peringkat Separuh Akhir pada setiap episod akan terus melayakkan diri ke Pertandingan Akhir. Selain itu, 4 peserta yang tewas di dalam setiap episod akan merayu untuk meraih undi SMS daripada para penonton dan hanya 3 orang daripada mereka yang akan terpilih untuk bertanding di Separuh Akhir (bahagian SMS). Seterusnya, 2 peserta dari peringkat Separuh Akhir akan mengiringi 6 orang peserta yang telah layak secara automatik dari peringkat Separuh Akhir dan akan bertanding di Pertandingan Akhir.
Seramai 8 orang peserta akan bertanding di Pertandingan Akhir Bintang RTM 2009 dan seorang daripada mereka akan dipilih sebagai Juara.
Penilaian
suntingPembahagian markah kepada peserta adalah melibatkan juri profesional atau bebas untuk menilai kemantapan vokal, persembahan dan penampilan peserta yang secara keseluruhannya berjumlah 100%.
Selain itu, teknologi SMS telah digunakan untuk menarik perhatian penonton. Penggunaan SMS dapat membantu untuk menarik perhatian para penonton kerana mereka terlibat secara langsung dengan pertandingan yang sedang dipertandingkan. SMS hanya akan digunakan untuk proses pengundian kemasukan semula peserta yang telah terkeluar berdasarkan pilihan juri profesional.
Semua peserta yang telah terkeluar dari peringkat Suku Akhir dan Separuh Akhir masih mempunyai peluang untuk diserapkan semula untuk bertanding buat kali kedua. Namun, SMS tidak akan menentukan kemenangan kerana juri profesional akan menilai semula para peserta yang telah diserap masuk semula melalui SMS. Pada peringkat kategori Bintang Paling Popular, pengundian secara teknologi SMS telah digunakan sepenuhnya.
Skim pemarkahan adalah seperti berikut:
Vokal (80%),
Persembahan dan Penampilan (20%),
Keseluruhan (100%)
Pertandingan
suntingSuku Akhir
suntingMusim ini menyaksikan 30 peserta dari seluruh Malaysia yang akan berentap dalam 6 bahagian pusingan suku akhir. Setiap bahagian mempunyai genre lagu masing-masing.
- Suku Akhir 1 - Pop (5 April 2009)
- Nur Ernie Shahirah binti Zakri (Ernie, Kuala Lumpur)
- Andai (Dia Fadila)
- Ku Pendam Sebuah Duka (Datuk Khatijah Ibrahim)
- Arnizam bin Michael (Nizam, Sabah)
- Kasih Tercipta (Faizal Tahir)
- Separuh Masa (The Lima)
- Mohamed Zurshiqal bin Zulkifli (Shiqal, Kelantan)
- Hati Emas (Kembara)
- Mati Hidup Semula (Jamal Abdillah)
- Siti Nurshazana binti Mohamad Dahlan (Syaz, Selangor)
- Mimpi Pun Sama (Siti Sarah)
- Langit Ke Tujuh
- Syaifin Syaitiera binta Abdul Ghapar (Tiera, Sarawak)
- Dan Tak Mungkin (Agnes Monica)
- Destinasi Cinta (Datuk Siti Nurhaliza)
- Nur Ernie Shahirah binti Zakri (Ernie, Kuala Lumpur)
Layak Ke Separuh Akhir: Ernie & Nizam
Undian SMS Tertinggi: Shiqal
- Suku Akhir 2 - Malar Segar (12 April 2009)
- Jo-Anna Sue Henley-Rampas @ Jo-Anne (Anna, Sabah)
- Pesan Mama (Siti Sarah)
- When You Tell Me That You Love Me (Diana Ross)
- Farah Nabilla Noor binti Anuar (Fara, Negeri Sembilan)
- Hanya Di Mercu (Ayu OIAM)
- Kamelia (Sweet Charity)
- Mohd Ikbal bin Abdul Hatam (Iqbal, Sabah)
- Hati Yang Terluka (Broery Marantika)
- Kasih Tercipta (Faizal Tahir)
- Mohamad Sayed bin Lokara (Sayed, Johor)
- Kejora (Search)
- Pelangi Petang (Sudirman Haji Arshad)
- Mohamad Zakaria bin Mohd Azmi (Zek, Terengganu)
- Di Sudut Kamar Hati (Jamal Abdillah)
- Mentera Semerah Padi (M. Nasir)
- Jo-Anna Sue Henley-Rampas @ Jo-Anne (Anna, Sabah)
Layak Ke Separuh Akhir: Anna & Ikbal
Undian SMS Tertinggi: Fara
- Suku Akhir 3 - Balada (19 April 2009)
- Amir Mukhtar bin Rasidi (Amir, Kelantan)
- Aku Penghibur (Jamal Abdillah)
- Harapan (Fazli Zainal)
- Basri bin Awang Sharin (Basri, Sabah)
- Sinaran (Sheila Majid)
- Mengenangmu
- Hasfareza binti Harun (Eza, Perlis)
- Lepaskanlah
- Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak)
- Shereen binti Anshary (Reen, Selangor)
- Somewhere Over The Rainbow
- Jelingan Manja
- Nur Azilla binti Mohd Ibrahim (Zilla, Kedah)
- Tua Mengejar Kita
- Menadah Gerimis (Ziana Zain)
- Amir Mukhtar bin Rasidi (Amir, Kelantan)
Layak Ke Separuh Akhir: Eza & Zilla
Undian SMS Tertinggi: Reen
- Suku Akhir 4 - Etnik Kreatif (26 April 2009)
- Saidatul Aina binti Jamaluddin (Aina, Kuala Lumpur)
- Dingin (Ziana Zain)
- Di Taman Teman (Dato' Siti Nurhaliza)
- Ahmad Azam bin Pit (Azam, Sarawak)
- Kerna Dia (Yassin)
- Fikirlah (Aizat)
- Bonny Lin Vun Seng (Bonny, Sabah)
- Menjelma (Kaer Azami)
- Percayalah (Dato' Siti Nurhaliza)
- Satra Abdullah (Satra, Sabah)
- Nirmala (Dato' Siti Nurhaliza)
- Mawar Terpinggir (Francesca Peter)
- Aziana binti Abdullah (Ziana, Kuala Lumpur)
- Gelisah Mimpi (Liza Hanim)
- Badarsilla (Dato' Siti Nurhaliza)
- Saidatul Aina binti Jamaluddin (Aina, Kuala Lumpur)
Layak Ke Separuh Akhir: Aina & Ziana
Undian SMS Tertinggi: Azam
- Suku Akhir 5 - Dangdut (3 Mei 2009)
- Nur Fatin Nabila binti Noor Sazley (Fatin, Johor)
- Goyang Inul (Inul Daratista)
- Ku Seru (Misha Omar)
- Rozainita Aida binti Mohamed Bakri (Aida, Selangor)
- Ku Ke Udara Lagi (Francesca Peter)
- Penasaran
- Nur Hasnaifatin Azreen binti Mohd Naim (Has, Terengganu)
- Menaruh Harapan (Zaiton Sameon)
- Semakin Rindu Semakin Asyik (Amelina)
- Nur Masidayu binti Mohd Ibrahim (Idayu, Kedah)
- Bulan Cinta (Amelina)
- Bisikian Cinta (Anita Sarawak)
- Norshahrizal bin Hashim (Shah, Kuala Lumpur)
- Erti Kasih (Rem)
- Mengapa Dikenang Mengapa Difikir (Herman Tino)
- Nur Fatin Nabila binti Noor Sazley (Fatin, Johor)
Layak Ke Separuh Akhir: Aida & Fatin
Undian SMS Tertinggi: Shah
- Suku Akhir 6 - Rock (10 Mei 2009)
- Mohamad Adlizan bin Baharuddin (Adli, Kedah)
- Maaf Aku Terlalu Mencintai (Kerispatih)
- Romantis (Spring)
- Azwan bin Abdul Aziz (Azwan, Kuala Lumpur)
- Masih (Flop Poppy)
- In Love With A Girl (Gavin DeGraw)
- Irsa binti Sahabuddin (Irsa, Kuala Lumpur)
- Salam Untuk Kekasih (Nadia)
- Mercy (Duffy)
- Fahrur Raqib bin Abdul Majid (Raqib, Johor)
- I Wanna Hold Your Hand (Beatles)
- Mimpi Yang Tak Sudah (Ibnor Riza)
- Siti Asiah Supangat (Siti, Labuan)
- Sampai Syurga (Faizal Tahir)
- Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)
- Mohamad Adlizan bin Baharuddin (Adli, Kedah)
Layak Ke Separuh Akhir: Irsa & Azwan
Undian SMS Tertinggi: Adli
- Suku Akhir SMS (17 Mei 2009)
- Mohamed Zurshiqal bin Zulkifli (Shiqal)
- Farah Nabilla Noor binti Anuar (Fara)
- Shereen binti Anshary (Reen)
- Ahmad Azam bin Pit (Azam)
- Norshahrizal bin Hashim (Shah)
- Mohamad Adlizan bin Baharuddin (Adli)
Layak Ke Separuh Akhir: Adli & Reen
Separuh Akhir
sunting14 peserta yang layak ke peringkat separuh akhir akan hanya menyanyikan satu lagu ciptaan tempatan dalam bahasa melayu.
- Separuh Akhir 1 (24 Mei 2009)
- Nur Ernie Shahirah binti Zakri (Ernie)
- Mohd Ikbal bin Abdul Hatam (Iqbal)
- Hasfareza binti Harun (Eza)
- Aziana binti Abdullah (Ziana)
- Nur Fatin Nabila binti Noor Sazley (Fatin)
- Azwan bin Abdul Aziz (Azwan)
- Irsa binti Sahabuddin (Irsa)
Layak Ke Peringkat Akhir: Ernie, Fatin & Iqbal
Undian SMS Tertinggi: Ziana, Azwan & Irsa
- Separuh Akhir 2 (31 Mei 2009)
- Arnizam bin Michael (Nizam)
- Jo-Anna Sue Henley-Rampas @ Jo-Anne (Anna)
- Nur Azilla binti Mohd Ibrahim (Zilla)
- Saidatul Aina binti Jamaluddin (Aina)
- Rozainita Aida binti Mohamed Bakri (Aida)
- Shereen binti Anshary (Reen)
- Mohamad Adlizan bin Baharuddin (Adli)
Layak Ke Peringkat Akhir: Aina, Anna & Adli
Undian SMS Tertinggi: Reen, Nizam & Zilla
- Separuh Akhir SMS (7 Jun 2009)
- Aziana binti Abdullah (Ziana)
- Azwan bin Abdul Aziz (Azwan)
- Irsa binti Sahabuddin (Irsa)
- Arnizam bin Michael (Nizam)
- Nur Azilla binti Mohd Ibrahim (Zilla)
- Shereen binti Anshary (Reen)
Layak Ke Peringkat Akhir: Nizam & Zilla