Arnab Angora
Arnab Angora (Turki: Ankara tavşanı ) ialah sejenis arnab bela jinak yang diternak untuk bulunya yang panjang dan lembut. Arnab Angora adalah antara jenis arnab jinak yang tertua di dunia, dan berasal dari Ankara (dahulunya dikenali sebagai Angora), Turki, bersama dengan kucing Angora dan kambing Angora. Arnab ini menjadi haiwan belaan kegemaran kerabat diraja Perancis pada pertengahan abad ke-18, kemudian merebak ke merata Eropah menjelang akhir abad itu. Arnab Angora mula-mula tiba di Amerika Syarikat pada awal abad ke-20. Arnab Angora diternak untuk bulunya, yang boleh ditanggalkan dengan mengetam, menyikat, atau mencarik. Arnab Angora juga terbahagi kepada pelbagai baka, tetapi hanya empat daripadanya yang diiktiraf oleh ARBA, iaitu Inggeris, Perancis, Gergasi dan Satin. Baka-baka lain termasuk Jerman, Cina, Switzerland, Finland dan lain-lain.
Bulu dan rupa
suntingArnab Angora diternak kerana bulunya yang selembut sutera. Rupa luarannya lucu sekali, seakan-akan bebola bulu. Arnab ini biasanya tenang dan jinak, tetapi perlu dijaga dengan rapi. Bulunya harus dirapikan supaya seratnya tidak menjadi kusut dan gebu. Arnab Angora juga sering mengalami keadaan bulu tersumbat yang perlu dirawat segera.[1] Arnab ini diketam sekali tiga hingga empat bulan sepanjang tahun.
Pertimbangan perubatan
suntingArnab adalah unik kerana tiada sifat yang menyebabkan alergi seperti kebanyakan haiwan lain. Seekor arnab biasanya boleh hidup sampai 5–7 tahun jika dibela dalam bangunan dan dijaga dengan sebaiknya. Akan tetapi, banyak arnab yang dibela di luar yang lebih pendek jangka hayatnya. Oleh itu, penjagaan rapi adalah satu kemestian. Arnab Angora Satin mempunyai kiraan bulu pengawal yang lebih rendah, dan bulunya mudah kusut. Tak kira baka yang mana pun, semua arnab Angora mesti sentiasa diselia supaya tidak terjadinya bulu tersumbat (salur pencernaan disumbat bulu), kerana keadaan ini boleh mengancam nyawa arnab. Tidak lupa juga, pemakanan yang betul untuk menghindari kejadian tersumbat bulu[2].
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Angora Rabbit Breeds - How to Care for Your Angora Rabbit". Dicapai pada 2009-01-29.
- ^ http://www.threelittleladiesrabbitry.com/woolblock.php