Anjing antikereta kebal
Anjing antikereta kebal (bahasa Inggeris: anti-tank dogs ; Rusia: собаки-истребители танков, sobaki-istrebiteli tankov atau противотанковые собаки, protivotankovyje sobaki ; Jerman: Panzerabwehrhunde atau Hundeminen , "periuk api anjing") merupakan anjing yang diajar untuk membawa bahan letupan kepada kereta kebal, kenderaan berperisai dan sasaran ketenteraan lain. Ia dilatih dengan intensif oleh pihak tentera Soviet dan Rusia pada antara 1930 dengan 1996 dan digunakan pada 1941–1942 melawan kereta kebal Jerman pada Perang Dunia II. Sungguhpun rutin pelatihan anjing asal adalah untuk meninggalkan bom dan melarikan diri supaya bom berkenaan diledakkan oleh pemasa, rutin ini gagal dan digantikan dengan tatacara peledakan hentaman yang mengorbankan anjing berkenaan dalam proses tersebut. Pihak tentera Amerika Syarikat melatih anjing antikereta kebal pada 1943 untuk kegunaan melawan perkubuan, tetapi tidak pernah menggunakannya. Anjing yang dipasang dengan bahan letupan gagal digunakan oleh pemberontak Iraq pada 2000-an.
Lihat juga
suntingRujukan
suntingPautan luar
sunting- Museum-Style Anti-Tank Dog Exhibit Photographs (Inggeris)
- Pile, Stephen (1979). The Book of Heroic Failures: Official Handbook of the Not Terribly Good Club of Great Britain. Futura. ISBN 0708819087.
- Собаки – истребители танков(Rusia) Diarkibkan 2012-12-25 di Wayback Machine