[go: up one dir, main page]

Manumisi (manumission atau afranchisement) difahamkan sebagai tindakan seorang pemilik hamba abdi memerdekakan orang yang diperhambakannnya sendiri. Pendekatan yang berlainan yang dibangunkan, masing-masing khusus kepada masa dan tempat masyarakat tertentu. Tindakan ini dilakukan atas banyak sebab: adakalanya kerana sebagai tanda penghargaan atas bakti khidmat yang diberikan kepada pihak pemilik setelah beberapa lama tempoh mencecah usia tua, ada juga pembebasan yang diberikan sebagai ganjaran untuk mendorong hamba abdi bekerja keras dan rajin.