Alat dan Strategi KBKK
Alat dan Strategi KBKK
Lembaran pengurusan grafik (LPG). 5. CoRT 1 (Cognitive Research Trust). 6. Peta Minda (PM). Mandala Ingatan. Contoh : 1. Apakah perasaan anda bila melihat kemalangan ini ? 2. Siapa yang sering terlibat dalam kemalangan ? 3. Siapa yang menemui kemalangan itu ? 4. Bila kemalangan kerap berlaku ? 5. Bila kemalangan itu terjadi ? 6. Di mana kemalangan selalu berlaku ? 7. Di mana luka / parah ? 8. Di mana pemandu / penumpangnya di bawa ? 9. Bagaimana urutan peristiwa kemalangan itu berlaku ? 10. Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku ? 11. Bagaimana kemalangan tersebut boleh dielakkan ? 12. Kenapa pengguna jalan raya semain cuai terutamanya menjelang cuti penggal persekolahan ? 13. Kenapa kemalangan itu terjadi ? Strategi aktiviti. Aktiviti KBKK Membanding dan membeza Dramatik dan emosi Rangka rujuk Misteri / masalah Kontrovesi / perbahasan / pertikaian Kemahiran berfikir Menaakul, menganalisis, mengenal pasti persamaan dan perbezaan, membuat kesimpulan. Menganalisis, menilai, membuat kesimpulan Memikir secara kreatif, mencapah, menganalisis, menilai , membuat kesimpulan Menyelesaikan masalah, membuat kesimpulan Menganalisis, membezakan fakta dengan andaian.
Konsep berfikir. Berfikir ialah satu proses mental yang terdiri daripada : (a) Operasi kognitif : Kemahiran berfikir yang biasa dilakukan.
Contoh : Membanding dan membezakan (b) Operasi meta - kognitif : Memikir tentang fikiran. Contoh : Semasa membanding dan membezakan, kita memikir tentang jenis kemahiran berfikir yang digunakan. Contoh soalan-soalan untuk pemikiran kritis. 1. Apakah persamaan dan perbezaan di antara ... dengan ..? 2. Bagaimanakah kita boleh mengelas-kan / mengkategorikan ? 3. Apakah idea-idea utama dalam .? 4. Bagaimanakah anda tahu ..? 5. Mengapakah anda memilih ? 6. Apakah bukti untuk menyokong kesimpulan anda ? 7. Mengapakah . berlaku ? 8. Apakah interpretasi yang boleh dibuat mengenai ..? Contoh soalan-soalan untuk pemikiran kreatif. 1. Sekiranya ..(syarat) ini diubah, apakah akan terjadi ? 2. Apakah ramalan / rumusan / kesimpulan yang boleh dibuat mengenai ...? 3. Apakah idea / pilihan / dsb yang lain / baru untuk ....? 4. Apakah perhubungan / perkaitan di antara dengan ..? 5. Apakah pola / corak yang dapat dilihat mengenai ? 6. Apakah pendapat anda tentang .? 7. Apakah generalisasi / hipotesis yang boleh dibuat berdasarkan kepada . ? Contoh soalan-soalan untuk membuat keputusan. 1. Apakah pilihan-pilihan / alternatif yang mungkin ..? 2. Apakah akibat sesuatu pilihan .? 3. Apakah kriteria-kriteria untuk membuat keputusan untuk ..? 4. Pilihan yang manakah yang terbaik berdasarkan kepada kriteria ...? Contoh soalan-soalan untuk menyelesaikan masalah. 1. Apakah sebenarnya yang menyebabkan (masalah) ...itu berlaku ? 2. Apakah cara-cara yang mungkin untuk menyelesaikan (masalah) itu ? 3. Cara penyelesaian manakah yang terbaik untuk menyelesaikan (masalah) ...itu. Mengapa ? 4. Apakah kesan-kesan bagi setiap cara penyelesaian yang telah dilaksanakan ? 5. Apakah andaian kesan yang terjadi jika mana-mana satu cara penyelesaian itu dilaksanakan ?
Soalan dan penyoalan. Contoh : Sudin pukul kucing. Shaari bermain dengan kucing.
Cuba bandingkan. Soalan dan penyoalan kurang mencabar minda. 1. Sudin pukul apa ? 2. Shaari bermain dengan siapa ? 3. Apakah haiwan itu ? Soalan dan penyoalan merangsang minda. 1. Apa berlaku bila kucing kena pukul ? (Kemahiran meramal). 2. Bandingkan watak Sudin dengan Shaari (Kemahiran membanding). 3. Kenapa Sudin memukul kucing ? (Kemahiran memberi sebab).
Lingkaran soalan. Lingkaran soalan ialah bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop skop tertentu. Perkara (P) merujuk kepada idea, isu, tajuk, tema, peristiwa atau teks. Individu (I) merujuk kepada individu yang terlibat. Luar individu (LI) merujuk kepada masyarakat, kawasan, daerah, negeri, negara dan luar negara. Contoh Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu). P - Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim. I - Pada pendapat anda, buah- buah apakah yang mempunyai potensi untuk diekspot secara besar besaran ? LI - Apakah buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran orang-orang Jepun ? Apakah peluang terhadap industri buahbuahan di Malaysia ? Gabungan Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu). Lingkaran soalan dapat digabungkan menjadi soalan-soalan yang dapat meningkatkan soalan berfikir. 1 = Perkara. 2 = Individu. 3 = Luar individu. 4 = Perkara + individu. 5 = Individu + luar individu. 6 = Perkara + luar individu. 7 = Perkara + individu + luar individu. Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I (Perkara + individu). Pada pendapat anda (I) , bagaimanakah industri buah-buahan tempatan (P) dapat dimajukan ? Contoh gabungan Lingkaran soalan I+LI (Individu dan luar individu). Pada pendapat anda (I) , mengapakah kerajaan Malaysia tidak menggalakkan rakyatnya membeli durian dari Negara Thai (LI) ?
Contoh gabungan Lingkaran soalan P+LI (Perkara + luar individu). Apakah perbezaan antara buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahan dari luar negara (LI) ? Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I+LI (Perkara + individu + luar individu). Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P) berbanding buah-buahan negara bukan tropika (LI) . Adakah anda (I) bersetuju dengan pendapat ini ? Beri alasan anda.
Penyelesaian masalah. Kategori ini melibatkan satu proses yang kompleks, terdiri daripada langkah-langkah berikut yang mungkin berulang - alik : 1. mengenalpasti / mentafsir masalah. 2. mencari cara-cara penyelesaian. 3. memilih cara penyelesaian yang terbaik. 4. melaksana cara penyelesaian yang terpilih. 5. memeriksa kesan penyelesaian.
Membuat keputusan . Kategori ini melibatkan proses yang agak rumit dan terdiri daripada langkah-langkah berikut : 1. Menjana pilihan-pilihan. Melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif untuk menghasilkan pilihan - pilihan alternatif. 2. Menentukan akibat sesuatu pilihan. Melibatkan kemahiran menentukan akibat sebagai satu pilihan. 3. Memilih pilihan terbaik berdasarkan kepada kriteria. Melibatkan kemahiran menetukan kriteria, keutamaan kriteria, menilai pilihan-pilihan dan membuat pilihan terbaik.
Peta Minda . Kegunaan : 1. Mengambil nota. 2. Simpanan nota ringkas. 3. Memanggil maklumat.
4. Mengembangkan isi. 5. Menyelesaikan masalah. Peta Minda (Mind Mapping) Peta Minda disesuaikan / mempunyai perkaitan rapat dari bentuk saraf otak manusia. Kebetulan ia juga boleh dikaitkan dengan bentuk dan kekukuhan akar tumbuhan. Peta Minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Ia boleh digunakan mengikut kesesuaian. Guru dan pelajar boleh membuat Peta Minda mengikut aktiviti yang dijalankan. Peta Minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana ia dibuat berdasarkan kefahaman, cara mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu. Antara bentuk Peta Minda adalah : 1. Pengkelasan 2. Rantai urutan 3. Kitaran 4. Kitaran (berpusat) 5. Tangga hiraki 6. Pohon fikiran (PM1) (PM2) (PM3) (PM4) (PM5) (PM6)
Panduan membuat Peta Minda (1). Bahan : 1. Pen / pensel berwarna. 2. Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas lukisan adalah dianggap baik). Persediaan : a. Kenalpasti konsep / idea utama. b. Bina dengan pantas. c. Bina dengan riang dan positif. d. Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan. e. Dalam keadaan selesa & tenang. f. Bina yang unik. Cuba rangsang kreativiti sendiri. Panduan membuat Peta Minda (2) Langkah-langkah dalam membina Peta Minda :
1. Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas. 2. Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk, simbol atau gambar yang sesuai. 3. Bentuk cabang-cabang kasar dari tajuk utama satu cabang untuk satu isi utama. 4. Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang. 5. Lakar cabang-cabang kecil yang halus sedikit dari cabang utama. Tuliskan maklumat tambahan. 6. Gunakan gambar, lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran. 7. Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari cabang tambahan. Tuliskan maklumat tambahan.
Strategi membuat Peta Minda. Strategi-strategi untuk menjadikan Peta Minda lebih bermakna dalam ingatan : 1. Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya. 2. Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang tambahan berikutnya. 3. Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah kita. 4. Gunakan anak panah / warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau cabang-cabang. 5. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan. Lembaran Pengurusan Lisan. Lembaran Pengurusan Lisan boleh digunakan sebagai panduan menjalankan kemahiran berfikir mengikut kemahiran-kemahiran yang tertentu. Contoh : Kemahiran menyelesaikan masalah. a. Apakah masalahnya ? b. Apakah masalah utama dan masalah sampingan ? c. Bagaimana cara meneyelesaikan masalah utama dan masalah sampingan ? d. Apakah cara penyelesaian yang terbaik ? e. Apakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan ?
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 1) : Mengkelas. 1. Kenal pasti ciri-ciri umum sekumpulan item. 2. Beri nama kepada kumpulan item itu. 3. Kenal pasti ciri - ciri lain. 4. Masukkan ciri - ciri yang sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil. 5. Ulangi langkah - langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam satu kumpulan. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 2) : Membanding. 1. Perhatikan item yang dibandingkan. 2. Kenal pasti satu daripada ciri-ciri itu.
3. Tentukan sama ada item lain mempunyai ciri yang sama. 4. Nyatakan ciri-ciri yang sama dan berbeza. 5. Membuat kesimpulan. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 3) : Membuat urutan. 1. Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut nilai, abjad, saiz, corak atau masa. 2. Ambil satu item sebagai asas. 3. Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis susunan yang ditentukan. 4. Semak semula susunan tersebut. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 4) : Menyusun mengikut keutamaan. 1. Tentukan matlamat. 2. Ambil satu item sebagai asas. 3. Ambil item yang lain dan bandingkan dengan item asas sama ada lebih dekat dengan matlamat. 4. Jika lebih dekat dengan matlamat, letakkan di atas sebagai item asas. Jika tidak letakkan di bawah. 5. Ulangi langkah-langkah di atas bagi item yang lain satu demi satu. 6. Membuat kesimpulan. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 5) : Mentafsir maklumat. 1. Kumpulkan maklumat 2. Tentukan pola maklumat 3. Buat keputusan Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 6) : Meramal. 1. Perhatikan atau kumpulkan maklumat. 2. Tentukan corak atau pola yang terdapat dalam kumpulan maklumat. 3. Buat jangkaan yang paling sesuai. Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 7) : Menerangkan sebab. 1. Apakah kemungkinan sesuatu kejadian itu berlaku ? 2. Apakah bukti-bukti yang kemungkinan itu berlaku ? 3. Nyatakan perincian bukti yang dikenalpasti. 4. Bukti yang manakah paling nyata (jika ada). Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 8) : Mengusul periksa andaian. 1. Perhatikan sesuatu situasi. 2. Nyatakan mengapa situasi sedekian terjadi. 3. Berikan satu jawapan yang rasional sebagai andaian. 4. Semak semula sama ada andaian tersebut boleh diuji atau tidak.
KEPENTINGAN PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK) DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
ABSTRAK
FAIZAH BINTI OTHMAN SAEMAH BINTI RAHMAN Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Pada masa kini, kemahiran berfikir merupakan aspek yang penting untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar. Hal ini kerana kemahiran berfikir dapat memperkembangkan lagi potensi setiap individu khususnya pelajar untuk menghasilkan idea-idea baru. Peranan guru menjadi faktor utama dalam merealisasikan pelajar yang mampu mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pembelajaran mereka. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti bagaimana guru-guru mengaplikasikan KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan ini meliputi tiga aspek penting yang diperlukan oleh seorang guru iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap guru. Selain itu, kertas konsep ini membincangkan berkenaan perbezaan corak kemahiran berfikir dalam bidang sains, bahasa dan teknikal. Ketiga-tiga bidang ini mempunyai perbezaan corak kemahiran berfikir yang diaplikasikan dan ia adalah bersesuaian bagi setiap bidang. Memandangkan kemahiran berfikir penting dalam sistem pendidikan, maka kertas kerja ini ingin mengupas dengan lebih lanjut aspek-aspek penting tentang pengaplikasian kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Perbincangan ini juga akan mengemukakan beberapa cadangan bagi meningkatkan pengaplikasian kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
1.0
PENGENALAN
Kertas konsep ini membincangkan kepentingan penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif menjadi aspek penting di dalam sistem pendidikan negara Malaysia. Kepentingannya telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dalam Mok Soon Sang (2002) iaitu . memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...
Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini perlu dilaksanakan mengikut kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Menurut Abdul Rahim (1999) dalam Sarimah (2008), pemikiran kritis perlu diperkembangkan untuk melahirkan warganegara yang dapat memainkan peranan mereka dengan lebih bertanggungjawab kepada negara. Pendidikan tanpa mengutamakan perkembangan fikiran ibarat jasad tanpa roh. Pendidikan perlu melahirkan golongan yang berkeupayaan berfikir dan mendorong kepada penerusan tradisi intelektual dalam masyarakat.
Kertas konsep ini akan mengupas kepentingan penyebatian KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Berbagai kepentingan dapat dilihat dari aspek politik, ekonomi dan masyarakat. Perlaksanaan penyebatian KBKK dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga akan dilihat dari sudut kesediaan guru, kemahiran pedagogi dan sikap individu yang terlibat secara khusus mahupun tidak. Seterusnya bagaimana penyebatian KBKK ini dijalankan oleh guru-guru. Setiap guru mata pelajaran perlu untuk melaksanakan penyebatian KBKK ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran masing-masing.
Penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif pada masa kini merupakan suatu perkara yang penting dalam bidang pendidikan. Di Malaysia, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif telahpun diberikan penekanan sejak penggubalan semula Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988 (Sulaiman 2000) dalam Sarimah (2008). Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dengan menyebatikan unsur-unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut Rajendran (1998a) dalam Rajendran (2001), pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1981 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 1989 telah menuntut beberapa perubahan dalam pembinaan kurikulum, pendidikan perguruan, penggunaan strategi pengajaran pembelajaran dan pentadbiran sekolah. Dalam konteks ini, satu daripada inisiatif yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah program menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran pembelajaran. Program ini telah diperkenalkan secara rasmi dalam kurikulum sekolah pada tahun 1992 dan dalam kurikulum pendidikan guru pada tahun 1993.
Beyer (1985) dalam Selva Ranee (2007), menyatakan bahawa ramai pendidik beranggapan bahawa pelajar akan belajar bagaimana berfikir. Menurut Ennis dan Norris (1989), pemikir yang baik tidak semestinya pemikir yang kritis tetapi pemikir yang kritis adalah pemikir yang baik. Kemahiran berfikir ialah proses menerima maklumat atau rangsangan. Edward de Bono (1990) dalam buku beliau yang berjudul I Am Right You Are Wrong menurut Rafiei (1998) mendefinisikan berfikir sebagai satu proses yang kompleks yang berlaku dalam minda seseorang apabila seseorang itu menerokai pengalamannya secara terperinci untuk mencapai sesuatu tujuan. Tujuan yang dimaksudkan itu mungkin untuk pemahaman, memberi makna sesuatu, menilai sesuatu, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. George (1990) dalam Adnan, Mimi & Kamalularifin (2006) melihat pemikiran sebagai satu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks.
Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif adalah proses menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap guru perlulah menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif bagi melaksanakan proses penyebatian KBKK ke dalam mata pelajaran yang diajar masing-masing. Kajian-kajian yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik seperti Bloom et al. (Beyer,1988) menunjukkan orang tidak menguasai secara sendiri proses-proses pemikiran yang kompleks seperti pemikiran kritis dan membuat keputusan. Oleh kerana kemahiran berfikir tidak tumbuh secara automatik atau semula jadi, kita perlu mengembangkannya dalam pendidikan formal.
Teori Roger Sperry (1970) dalam Mok Soon Sang (2009) menghuraikan fungsi otak kiri manusia yang secara kritis dan otak kanan berfikir secara kreatif. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitik, urutan atau susunan, bahasa, fakta, matematik dan ingatan. Manakala otak kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk seperti corak, pola, ruang, lukisan, gambar, di
samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi. Untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak hendaklah dikembangkan secara seimbang dengan pelbagai aktiviti pembelajaran yang bercorak kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Beyer (1988) mendefinisikan pemikiran kritis sebagai proses menilai ketulenan, ketepatan dan nilai (worth) sesuatu pengetahuan, dakwaan (claim), kepercayaan atau perbahasan (argument). Model pemikiran kritis yang dikemukanak oleh Forgarty dan Bellanca (1990) ialah mencirikan, membanding beza, mengklasifikasi, membuat urutan, menyusun mengikut keutamaan, membuat kesimpulan, menentukan sebab dan akibat, menganalisa untuk menentukan bias, menganalisis untuk menentukan andaian, membuat analogi dan menilai. Manakala model pemikiran kritis yang digunakan oleh Kementerian Pelajaran (1994) adalah seperti mencirikan,membanding dan membeza, mengumpul dan mengelas, membuat urutan, menyusun mengikut keutamaan, menganalisis, menilai dan membuat kesimpulan.
Jelaslah bahawa pemikiran kritis melibatkan proses menilai satu-satu pengetahuan, dakwaan, kepercayaan atau perbahasan berdasarkan maklumat atau pemerhatian dan menimbangkannya secara menyeluruh bagi menyokong kesimpulan yang hendak dibuat. Berfikir secara kritis dapat meningkatkan kefahaman, kejelasan dan keupayaan menggunakan maklumat secara berkesan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.
2.2
Mengikut Perkins (Beyer, 1988) pemikiran kreatif didorong oleh keinginan untuk mencari keaslian (original). Ia menghargai mobiliti, penjelajahan, fleksibiliti dan diversiti. Pemikiran kreatif memberi perhatian bukan sahaja kepada tujuan tetapi juga kepada hasil, berfungsi di tahap tinggi kecekapan dan didorong oleh motivasi intrinsik untuk bertindak secara asli (original). Model pemikiran kreatif yang dikemukakan oleh Forganty dan Bellanca (1990) adalah seperti sumbang saran, memvisualisasi, personafikasi, mencipta, membuat hubungan, membuat inferens, mengeneralisasi, meramal, membuat hipotesis, membuat analogi dan menangani ketaksamaan dan paradok. Manakala model pemikiran
kreatif yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan (1994) pula adalah seperti menjana idea, membuat inferens dan menghubungkait.
Pemikiran kreatif sering dikaitkan dengan usaha-usaha memperkembangkan daya imaginasi, inovasi dan kreativiti untuk mendapatkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru. Orang-orang yang berfikiran kreatif dikatakan berupaya menggunakan mindanya untuk meneroka pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai.
Terdapat beberapa kepentingan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kepentingannya meliputi 3 aspek penting bagi menjamin peningkatan taraf hidup Malaysia iaitu :
Menurut Selva Ranee (2007), perkembangan sains dan teknologi yang pesat adalah penting untuk sebuah negara membangun seperti Malaysia untuk menaikkan taraf ekonomi dan menjadikannya sebagai sebuah negara industri baru. Kini, aktiviti ekonomi tradisional telah diambil alih oleh sektor perkilangan serta perkhidmatan yang kompetitif dalam pasaran eksport dan mempunyai nilai tambah yang tinggi. Perancangan masa depan mengandaikan perantaian yang meningkat terhadap pekerja-pekerja mahir Sains untuk menemui permintaan pasaran buruh yang meningkat. Untuk mencapai matlamat ini, pekerja yang mahir perlu mempunyai kemahiran berfikir kritis dan kreatif di samping menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran teknologi.
Dalam proses mencapai hasrat ini, sistem pendidikan di Malaysia kini lebih menekankan aspek kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah. Ini jelas tertera dalam Kurikulum Sekolah Bestari yang dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada perkembangan keupayaan kognitif dan kreatif pelajar selain daripada pemupukan nilai-nilai
murni. Pemikiran dijadikan asas kepada semua aktiviti putting thinking at the centre of all that happens (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1996) dalam Selva Ranee (2007). Aktiviti peningkatan ekonomi negara akan menjadi lebih efektif dengan dilingkungi oleh pekerja-pekerja yang mempunyai kemahiran berfikir kritis dan kreatif.
Menurut Sarimah (2008), dalam menuju sebuah negara maju, rakyat Malaysia juga perlu memiliki ilmu dan kemahiran untuk bersaing dengan negara maju yang lain. Sistem pendidikan bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada rakyatnya. Oleh itu, penyebatian kemahiran berfikir kritis dan kreatif dapat menerapkan unsur-unsur berfikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran agar pelajar-pelajar kita mampu menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan dan bijak terutamanya tuntutan di alam pekerjaan dalam era teknologi kini.
Pembangunan sesebuah negara amatlah bergantung kepada minda dan potensi rakyatnya. Kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada tahap ilmu dan kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Rakyat Malaysia pada masa kini memerlukan bukan sahaja pencapaian akademik yang cemerlang malah kebolehan berfikir agar dapat memenuhi keperluan negara maju iaitu sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai keyakinan ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah negara demokrasi, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing. (Mahathir 1991) dalam Sarimah (2008). Kestabilan politik negara akan menjamin untuk menjadikan sesebuah negara itu mencapai matlamat pembangunannya. Menyedari kepentingan pelajar menguasai kemahiran berfikir kritis dan kreatif ini bagi kestabilan negara menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mengalami satu perubahan dengan menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalamnya. Menurut kenyataan Alimuddin Mohd Dom, soalan-soalan peperiksaan sekarang memerlukan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif (News Straits Time , 9 Januari 2006) dalam Sarimah (2008).
Kestabilan ekonomi dan politik negara tidak akan terlaksana seandainya masyarakat yang meliputi sesebuah negara itu berada dalam keadaan yang tidak seperti dikehendaki oleh
pihak kerajaan. Kini kita hidup di dalam masyarakat yang sangat kompleks dan berkembang maju. Maklumat dan ilmu pengetahuan sering kali berubah. Tambahan pula dengan kemajuan sains dan teknologi yang semakin canggih menyebabkan penyebaran ilmu dan maklumat berlaku dengan cepat. Jadi kita seharusnya bersedia dan sentiasa terbuka untuk terus menimba ilmu pengetahuan bagi menempuh cabaran yang bakal ditempuhi. Ilmu pengetahuan yang dituntut juga perlulah sejajar dengan keperluan negara. Di sinilah peranan penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ilmu pengetahuan yang diperolehi tanpa kemahiran berfikir kritis dan kreatif akan menjadikan rakyat tidak mampu bersaing dengan negara maju yang lain. Menurut Chaffee (1977) dalam Siti Rahayah et. al. ( ).
Dalam kehidupan seharian kita sering diajukan dengan soalan-soalan yang mencabar minda dan kritis. Manakala dalam bidang pendidikan juga kita sering berhadapan dengan situasi yang memerlukan kita menyoal soalan yang relevan kemudian disokong dengan fakta yang kukuh tentang sesuatu isu yang telah dinyatakan serta memperolehi suatu rumusan berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Jelaslah di sini terdapat keperluan untuk kita mempersiapkan masyarakat secara amnya dan juga para pelajar khususnya untuk memiliki kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Menurut pakar-pakar pendidikan (Goldman, Hasselbring et. al. 1997; Montague, Wagner & Morgan 2000) dalam Siti Rahayah et. al. ( ) menegaskan keperluan untuk mempersiapkan diri dengan kemahirankemahiran seperti kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi berkesan, kemahiran membuat keputusan dan sebagainya. Manakala dalam Cornell Critical Thinking Skills (1989) dalam Siti Rahayah et. al. ( ) menekankan keperluan untuk mengintegrasikan kemahiran berfikir di dalam kurikulum di peringkat pengajian tinggi. Jadi adalah penting bagi seseorang graduan untuk memperolehi kemahiran berfikir untuk menjadi pemimpin yang efektif. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu kepentingan untuk disebatikan dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Menurut Poh Swee Hiang (1999) dalam Adnan et. al (2006), menyatakan pemikiran kritis amat penting untuk membentuk warganegara yang tahu dan mampun menggunakan pemikiran mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan manakala pemikiran kreatif dapat membentuk individu lebih inovatif mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistik yang tinggi. Apabila kedua-dua kemahiran ini dikuasai oleh pelajar melalui rangsangan dan latihan yang diberi seterusnya pelajar mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian maka pembelajaran yang optimum akan berlaku.
4.0
ISU-ISU
Hasil tinjauan literatur, kajian-kajian lepas yang telah dijalankan kebanyakannya secara terus mahupun tidak pasti membincangkan mengenai kepepentingan penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam kertas konsep ini, terdapat dua isu utama yang akan diperbincangkan. Isu pertama, adakah penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif mempunyai kepentingan untuk melayan gaya pembelajaran? Isu kedua, bagaimanakah pendekatan penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dijalankan oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
4.1 Isu pertama: Adakah penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif mempunyai kepentingan untuk melayan gaya pembelajaran?
Peranan yang dimainkan oleh guru dalam menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah begitu penting. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku tanpa unsur-unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif akan menjadi tidak efektif. Namun begitu pelajar-pelajar mempunyai gaya pembelajaran dan pelbagai kecerdasan yang berbeza. Oleh itu penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif merupakan strategi yang berkesan untuk melayan gaya pembelajaran dan pelbagai kecerdasan pelajar.
Setiap manusia mungkin mempunyai lebih daripada satu atau dua jenis gaya pembelajaran. Fungsi gaya pembelajaran ini juga mungkin berbeza mengikut masa, alam sekitar, isu pembelajaran serta juga beberapa ciri mental, fisikal dan psikologi orang yang berkenaan. Dan mungkin juga, seseorang itu lebih cenderung kepada satu atau eberapa gaya pembelajaran tertentu sahaja. Gaya pembelajaran seseorang itu mungkin juga bersifat dinamis. Ia boleh dikembangkan dan boleh berubah ( Guild, 1994) dalam K.Narayanasamy (2000).
Menurut Felder (1996) dalam Mohd Noor Badlishah (2009), gaya pembelajaran merujuk kepada kecenderungan dan kekuatan pada sesuatu gaya bagi mendapat dan memproses maklumat. Setiap individu mempunyai kekuatan serta kecenderungan yang unik untuk memahami dan memproses memproses maklulmat. Dengan lain perkataan, setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran ditakrifkan sebagai cara unik yang digunakan oleh individu untuk mengambil, memproses, memahami dan mempersepsi maklumat. Gaya pembelajaran juga sering dikaitkan dengan gaya kognitif. Ada individu yang cenderung untuk belajar maklumat yang konkrit (seperti fakta dan konsep, simbolik dan model matematik). Sebilangan besar pelajar lebih suka sekiranya maklumat dipaparkan secara visual (seperti carta alir,gambar rajah, skema) dan
ada pula yang lebih gemar sekiranya maklumat diberikan dalam bentuk verbal (seperti kuliah). Sebilangan individu lebih suka belajar secara aktif seperti berbincang dengan rakan serta belajar dengan berbuat, manakala ada sebilangan individu yang belajar secara reflektif iaitu dengan berfikir dan lebih gemar belajar secara sendirian. Ada juga individu yang belajar secara urutan dan memahami perincian dahulu kemudian mendapat gambaran keseluruhan sesuatu konsep, manakala ada pula yang belajar dengan memahami gambaran keseluruhan kemudian barulah memahami perincian sesuatu konsep.
Sekiranya gaya pembelajaran pelajar adalah sama atau selari dengan gaya pengajaran guru, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih efektif. Sebaliknya, jika gaya pembelajaran pelajar tidak selari dengan gaya pengajaran guru, kemungkinan besar pelajar akan mudah berasa bosan, tidak selesa, kurang memberi tumpuan, mempunyai tanggapan yang negatif terhadap subjek atau kemungkinan menyebabkan prestasi yang kurang memuaskan dalam sesuatu subjek. Oleh itu proses pengajaran dan pembelajaran perlulah seiring dengan keadaan realiti ini. Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan strategi yang dapat mengisi hasrat ini.
Menurut K.Narayanasamy (2000), seseorang guru yang mengajar kemahiran berfikir akan memberi tumpuan kepada beberapa elemen penting di dalamnya. Di antara elemen-elemen tersebut adalah, salah satu kemahiran berfikir yang spesifik, proses kemahiran berkenaan, metakognisi, pengurusan lisan dalam bentuk soalan dan pengurusan grafik dalam bentuk visual. Misalnya, seorang guru cuba menyebatikan kemahiran berfikir membuat banding-beza di dalam mata pelajarannya. Beliau akan memberi penekanan terhadap proses-proses utama kemahiran berfikir berkenaan dalam pengajaran dan pembelajarannya. Proses-proses utama kemahiran berfikir membuat banding dan beza yang ditekankan oleh guru tersebut seperti :
Mengenal pasti perkara/objek yang dibanding bezakan Mencari aspek-aspek persamaan di antara perkara/objek tersebut Mencari perbezaan Sebelum mencari perbezaan, menentukan komponen-komponen perbezaan Mencari perbezaan berdasarkan komponen-komponen tersebut Memberi pendapat/membuat keputusan berdasarkan perbandingan dan perbezaan.
Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dengan konteks dan isi kandungan pembelajaran memberi peluang untuk pelajar memproses informasi secara aktif dan
reflektif. Teks atau bahan isi kandungan yang digunakan oleh guru membolehkan pelajar beranjak dalam satu kontinum gaya pembelajaran.
Apabila guru menggunakan pengurusan lisan (soalan-soalan berpandukan proses tersebut) pelajar analitik dapat terlibat secara aktif. Mereka dapat mengamati proses berfikir secara abstrak dan memikir secara reflektif. Mereka dapat menganalisis, menaakul dengan lebih berkesan.
Malahan, dengan menggunakan pengurusan grafik, pelajar bukan sahaja melihat proses kemahiran berfikir tersebut secara eksplisit dan konkrit tetapi juga berfikir dan memproses secara aktif. Secara lazimnya, pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir menjadi lebih berkesan dengan menggunakan pengurusan grafik. Pengurusan grafik adalah bentuk visual proses berfikir berkenaan. Pengurusan grafik membolehkan pelajar melihat secara konkrit dan visual, proses berfikir yang terbentang secara abstrak. Kombinasi menggunakan pengurusan lisan dan grafik dalam jangka masa panjang akan membolehkan concrete perceivers menjadi abstract perceivers ((McCarthy 1987) dalam K.Narayanasamy (2000).
4.2 Isu kedua: Bagaimanakah pendekatan penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dijalankan oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
Setiap guru mata pelajaran selain memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap yang sesuai, harus bijak untuk mengatur perancangan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru mesti berusaha menukar amalan pengajaran pembelajaran di kelas mereka supaya amalan tersebut benar-benar berbeza dari amalan di kelas konvensional. Menurut Bereiter & Scardamalia, 1987 dalam N.S.Rajendran (2001), pengajaran pembelajaran kemahiran berfikir memerlukan suasana di bilik darjah yang memberangsangkan pelajar-pelajar supaya mereka turut serta dalam keseluruhan proses tersebut. Ini bermakna pelajar seharusnya terlibat secara langsung dari masa bahan ataupun kandungan sukatan pelajaran dipilih untuk sesi pelajaran dan dalam pemilihan dan pengendalian aktiviti pengajaran pembelajaran.
Pendekatan penyebatian menstruktur semula isi kandungan mata pelajaran untuk mengajar pemikiran secara langsung. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendekatan penyebatian, guru mengajar kemahiran berfikir secara eksplisit, menyebatikan
pengajaran pemikiran dalam kandungan pelajaran, membincangkan kemahiran yang digunakan oleh pelajar semasa berfikir dan berusaha untuk meningkatkan cara pemikiran pelajarnya.
Masa pelajaran diperkongsikan untuk mengajar kedua-dua komponen pelajaran, kandungan pelajaran dan kemahiran atau proses berfikir secara saling berkait. Pendekatan penyebatian mengutamakan empat amalan pengajaran yang mencirikan cara berfikir secara eksplisit iaitu :
Guru memperkenalkan kemahiran atau proses berfikir dengan menunjukkan pentingnya melakukan kemahiran atau proses berkenaan dengan bijak. Guru menggunakan rangsangan yang eksplisit untuk membimbing pelajar mengamalkan pemikiran yang bijak sambil pelajar mempelajari fakta, konsep dan kemahiran yang berkaitan dengan kandungan mata pelajaran. Guru bertanya soalan-soalan, refleksi yang dapat menjauhkan pelajar daripada kandungan pelajaran supaya pelajar sedar akan bagaimana dirinya berfikir dan mempelajari cara berfikir yang bijak. Guru mengukuhkan lagi stategi berfikir dengan cara menyediakan peluang-peluang tambahan untuk melatih pelajar menggunakan kemahiran atau proses yang sama secara berdikari.
5.0
CADANGAN
Pada masa kini, sistem pendidikan di Malaysia lebih menekankan aspek penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Gaya pengajaran guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Menurut (Lortie, 1975) dalam N.S.Rajendran (2001), guru-guru telah menerima orientasi yang sungguh berbeza daripada apa yang mereka sendiri dikehendaki lakukan di kelas-kelas sebagai pendidik. Mereka memilih untuk mencontohi gaya guru mereka sendiri. Faktor ini menjadi penghalang utama kepada usaha guru dalam membuat inovasi ke atas proses pengajaran pembelajaran mereka. Perlu diakui bahawa perubahan yang dihasratkan bukanlah suatu perkara yang mudah dilakukan oleh guru-guru. Namun demikian, guru-guru haruslah dibimbing supaya mereka melihat kepentingan inovasi ini dan membuat perubahan yang diperlukan. Dalam hubungan ini, (Duckworth 1987) dalam N.S.Rajendran (2001), mencadangkan bahawa, one of the two aspects of teaching is to have the students try to explain the sense they are making and instead of explaining things to students do try to understand their sense.
Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perkara penting yang perlu diteliti oleh guru-guru ialah merancang pengajaran pembelajaran dengan baik dan teratur. Namun perkara yang menjadi cabaran utama kepada guru-guru ialah ketidaktentuan dalam mengendalikan proses pengajaran pembelajaran.Menurut Atan Long dalam bukunya Pedagogi, Kaedah Am Mengajar (Rafiei, 1998), pengajaran dan pembelajaran merupakan proses interaksi yang berlaku antara tiga komponen penting iaitu guru, murid dan isi pelajaran dalam bilik darjah. Di dalam mengatur perancangan pengajaran pembelajaran guru perlulah mengambil kira dari setiap sudut. Cazden (1979) dalam N.S.Rajendran (2001) telah menunjukkan bahawa penggunaan kemahiran mendengar dan bertutur oleh guru dan pelajar mewujudkan suasana bilik darjah yang boleh menyokong atau menghalang perkembangan beberapa jenis kemahiran berfikir. Memberi klu (clue) dan menyoal juga adalah dua strategi utama yang boleh digunakan oleh guru untuk menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Inovasi pendidikan pada tahun 1981 dan 1989 telah berusaha mengubah pemikiran guru dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Inovasi tersebut telah mengharapkan bahawa guru akan menjalankan sebahagian besar daripada pengajaran yang berpusatkan pelajar dan akan menggunakan pelbagai strategi dan teknik untuk melibatkan pelajar dengan aktif ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1981) dalam N.S Rajendran ( 2001). Guru-guru perlu diberi sistem sokongan untuk melaksanakan inovasi di dalam bilik darjah di sekolah masing-masing. Sistem sokongan ini meliputi aspek-aspek seperti bahan rujukan, sumber untuk mengendalikan pengajaran pembelajaran, dan wacana untuk guru-guru membincangkan isu-isu berkaitan pengajaran pembelajaran kemahiran berfikir. Guru-guru juga diberi kebebasan untuk membuat keputusan masing-masing berhubung dengan pendekatan dan strategi yang bakal digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran masing-masing. Tidak dapat dinafikan bahawa guru-guru mempunyai kreativiti tersendiri dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dipengaruhi oleh faktor-faktor termasuk keperluan kurikulum yang begitu padat dan isu peperiksaan pusat.
Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam kelas penting untuk mewujudkan suasana yang memberangsangkan kepada pelajar. Guru mestilah berusaha menukar amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mereka supaya amalan tersebut benar-benar berbeza daripada amalan di kelas konvensional. Oleh itu, guru perlu memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap yang sesuai untuk melakukan perubahan tersebut. N.S Rajendran ( 2001) menyatakan terdapat perkara-perkara yang asas yang perlu dimiliki oleh guru iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks mengajar kemahiran
berfikir dalam mata pelajaran di sekolah, guru-guru perlu memiliki perkara tersebut untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
Guru juga boleh menggunakan pengajaran kemahiran membaca untuk menggalakkan pelajar supaya mereka menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Satu daripada cara ialah teknik reciprocal teaching yang diperkenalkan oleh Pallnscar dan Brown (1994) dalam N.S.Rajendran (2001).Teknik ini menggunakan satu proses koperatif di antara guru dan pelajar dalam mengemukakan soalan dan mendapatkan respons dengan tujuan menunjukkan ciri-ciri metakognitif dalam proses membaca. Ini bermakna proses metakognitif boleh digunakan sebelum, semasa dan selepas membaca.
Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. Guru-guru setiap matapelajaran boleh mengaplikasikan penggunaan alat-alat berteknologi untuk memantapkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif pelajar dalam proses pengajaran pembelajaran. Menurut Molnar (1997) dalam N.S.Rajendran (2001), teknologi-teknologi pendidikan sekiranya digunakan dan diaplikasikan dengan betul, akan membawa kesan yang bermakna dalam pembelajaran pelajar.
6.0 KESIMPULAN
Salah satu faktor dominan yang menentukan kejayaan sesebuah negara adalah dalam bidang pendidikan. Pelbagai perancangan dan piawaian dilakukan bagi meningkatkan sistem pendidikan negara sejak dahulu lagi sehingga kini. Menyedari kepentingan kemahiran berfikir ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan penyebatian kemahiran berfikir khususnya kemahiran berfikir kritis dan kreatif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap mata pelajaran. Oleh itu guru-guru juga perlulah bersama-sama mengembleng tenaga merealisasikan hasrat kerajaan untuk terus meningkatkan sistem pendidikan negara. Menurut K.Narayanasamy (2000) guru yang berinovatif dan kreatif perlulah memikirkan pelbagai cara dan aktiviti lain untuk mengatur aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut bidang mereka. Ini secara tidak langsung menunjukkan betapa pentingnya penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah.
Kerjasama antara guru dan pelajar amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memantapkan lagi adaptasi kemahiran berfikir dalam setiap mata pelajaran. Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif juga dapat mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar. Kepentingan penyebatian kemahiran kritis dan kritis juga memberikan kesedaran agar melakukan keseragaman gaya pengajaran mereka dengan gaya pembelajaran pelajar. Pelajar-pelajar juga telah dapat mengimbas kembali dan membuat refleksi tentang proses kognitif dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Pelajar telah membuat refleksi dalam menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan proses berfikir untuk memperolehi pengetahuan serta kemahiran sesuatu bidang yang dipelajari. Kesediaan guru juga diambilkira dalam melaksanakan segala apa yang telah dirancangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Rakyat yang berfikiran kritis dan kreatif akan menjamin negara agar mampu bersaing dan setanding dengan negara maju yang lain selaras dengan Wasasan 2020. RUJUKAN
Abdul Halim Abdullah & Mohini Mohamed. 2007. Penggunaan Kemahiran berfikir di kalangan pelajar dalam persekitaran perisian geometri interaktif. 1st International Malaysia Educational Technology Convention.
Adnan bin Ahmad, Mimi Mohaffyza Mohamad& Kamalularifin Suhari. 2006. Aplikasi corak pembelajaran kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan pelajar dalam subjek pengajian kejuruteraan awam sekolah menengah teknik negeri Johor. Latihan Ilmiah. Universiti Teknologi Malaysia.
Beyer, B.K. 1988. Developing a thinking skills program. Boston: Allyn & Bacon
Forgarty, R & Bellanca, J. 1990. Teach Them Thinking. Australia: Hawker Brownlow Education
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1994. Pukal Latihan Sains Rendah: Modul 3 Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum
K.Narayaanasamy. 2000. Melayan pelbagai gaya pembelajaran: pengajaran kemahiran berfikir sebagai satu alternatif berkesan. Jurnal Pendidikan TIGAENF. 2(3): 64-70
Mok Soon Sang. 2002. Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 1. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya.
Mok Soon Sang. 2002. Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 2 Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya.
Mok Soon Sang. 2002. Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya.
Mohd Noor Badlilshah Abdul Kadir. ( ). Gaya pembelajaran: satu kajian deskriptif terhadap pelajar kolej matrikulasi Perak.
Mok Soon Sang. 2009. Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan alam Belajar. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Selangor.
Mok Soon Sang. 2010. Psikologi Pendidikan Untuk Pengnajaran dan Pembelajaranan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Selangor.
N.S.Rajendran. 2001. Amalan berdaya fikir pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah. Kertas Kerja. Konvensyen Pendidikan ke-10.
N.S.Rajendran. 2001. Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi: kesediaan guru mengendalikan proses pengajaran pembelajaran. Kertas kerja. Seminar/ pameran projek KBKK.
Poh Swee Hiang. 2002. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Kuala Lumpur. Percetakan Sentosa
Rafiei Mustapha. 1998. Kajian tentang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah.
Sarimah Kamrin. (2008). Tahap penguasaan kemahiran berfikir kritis pelajar sains tingkatan empat di daerah Kulai merentas etnik.
Selva Ranee Subramaniam. 2007. Penyebatian kemahiran berfikir dalam pengajaran kimia secara kontekstual. Jurnal pendidikan.27(1) : 85-98.
Siti Rahayah Ariffin, Rosadah Abd Majid, Zolkepeli Haron, Rodiah Idris, Anisa Alias, Shahir Samsuri, Basri Hassan, Nor Azaheen Abdul Hamid. ( ). Kemahiran pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah pelajar-pelajar sains di Malaysia.
Zainudin Hassan, Hamdan Said, Jamilah Omar & Haslita Hassan.2006. Pengaplikasian kemahiran berfikir dalam pengajaran kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah daerah Kota Bahru, Kelantan.Universiti Teknologi Malaysia.
2. Mengapa Lapan Kecerdasan dan Kemahiran Berfikir Perlu Diperkembangkan? 1. Setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan yang perlu diperkembangkan 2. Kemahiran berfikir adalah penting kerana ia merupakan kemahiran seumur hidup. 3. Untuk menguasai sesuatu yang diajar, pelajar anda haruslah mahir berfikir secara kritis dan kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 3. Bagaimanakah Lapan Kecerdasan Diperkembangkan? 1. Menurut Howard Gardner, seorang mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan berikut: Bahasa Logik-matematik Ruang (spatial) Muzik Kinestetik Interpersonal Intrapersonal Naturalistik 1. Ciri-ciri setiap kecerdasan itu diberi dalam Jadual 1. 2. Guru harus mengenal pasti pelajar yang pintar cerdas atau berbakat dan membantu mereka memperkembangkan lagi dalam kecerdasan itu dengan aktiviti pengayaan. 3. Lapan kecerdasan tersebut tidak diajar sebagai atu topik yang berasingan tetapi dikembangkan secara penyerapan semasa p&p.
Menulis karangan, sajak, puisi, pnatun dan memberi ucapan Menaakul, kiraan, membuat analisis Mencorak, melukis, mengukir Mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, memain alat muzik
Penulis, penyajak, penceramah Saintis, jurutera, akauntan Pelukis, pengukur Pencipta lagu, penyanyi, pemain alat muzik, peminat
muzik Kinestetik Gerakan, tarian, lakonan, sukan, memain permainan Perhubungan manusia Atlit, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon Diplomat, ahli politik, peniaga Pengarang, penyajak, ahli falsafah Pemburu, petani, ahli sains semulajadi
Interpersonal
Intrapersonal
Naturalistik
4. Ini bermakna, selain daripada penguasaan isi kandungan atau kemahiran dalam mata pelajaran itu, guru harus juga mengembangkan kelapanlapan kecerdasan tersebut di kalangan pelajar. 5. Misalnya, dalam mata pelajaran bahasa guru harus:
Memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan bahasa seperti penulisan karangan, sajak atau puisi, memberi ucapan, dan perbahasan. Kecerdasan interpersonal boleh juga dikembangkan apabila pelajar anda membuat pendirian atau pegangan atau memberi pendapatnya. Mengembangkan kecerdasan lain dengan kaedah atau aktiviti berikut: Pembelajaran koperatif: mengembangkan kecerdasan interpersonal Lakonan, permainan, simulasi, dan main peranan: mengembangkan kecerdasan kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan mungkin ruang Melukis, melakar, membuat gambar rajah atau peta konsep: mengembangkan kecerdasan ruang Menyanyi lagu, menulis lirik atau seni kata lagu: mengembangkan kecerdasan muzik.
1. Dalam mata pelajaran Sains, anda harus: 1. Memberi tumpuan kepada perkembangan kecerdasan logik matematik seperti kemahiran: Menaakul secara logik Membuat kiraan Membuat analisis seperti membanding, membeza, mengkelas, menilai, menyusun atur, atau mentafsir Membuat sistesis seperti membuat inferens, kesimpulan, hipotesis, rumusan Membuat keputusan Menyelesaikan masalah 2. Mengembangkan kecerdasan yang lain seperti bahasa, ruang, kinestetik, muzik, interpersonal dan intrapersonal dengan aktiviti yang sesuai seperti tersebut di atas 3. Apakah Kemahiran Berfikir? 1. Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek. 2. Terdapat beberapa istilah berikut yang biasa digunakan untuk mengkelaskan kemahiran berfikir: 1. Kemahiran berfikir aras rendah dan aras tinggi: 1. Kemahiran berfikir aras rendah tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat. 2. Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Contoh: kemahiran menjelaskan, membuat analisis, menilai, menjanakan idea, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan merancang. 3. Perkataan kemahrian berfikir yang biasa digunakan bermaksud kemahiran berfikir aras tinggi. 2. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK): 1. KBKK adalah kemahiran membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat dan kemahiran ini memerlukan kemahiran membuat analisis data atau maklumat itu seperti membanding, membeza,
menyusun atur, mengkelas, dan mengenal pasti sebab dan akibat. 2. KBKK adalah kemahiran menjanakan idea yang banyak, pelbagai dan baru. 3. Kemahiran mereka cipta dan membuat inovasi boleh dikelaskan di bawah kemahiran berfikir secara kreatif. 3. Pemikiran Vertical dan Lateral: 1. Pemikiran vertical bermakna pemikiran secara logik dan kritis. Contoh: Ali cedera di lututnya. Basikalnya kemek. Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku? 2. Pemikiran lateral bermakna mengeluarkan idea yang baru tanpa berfikir secara logik; pemikiran ini merupakan pemikiran secara kreatif. Contoh: Bagaimanakah kita boleh ukur tinggi sesuatu pokok? 4. Pemikiran bertumpu dan bercapah: 1. Dalam pemikiran bertumpu, tumpuan pemikiran diberi dalam menganalisis sesuatu data atau maklumat. Contoh: Ali deman. Dia tidur di bilik darjah. Mengapa Ali tidak faham apa yang cikgu mengajar? 2. Dalam pemikiran bercapah, kita hendak mengeluarkan idea-idea yang banyak, pelbagai dan baru. Contoh: Apakah kegunaan kotak buangan? 3. Kemahiran berfikir berikut yang tidak dikelaskan melalui manamana istilah tersebut di atas harus dikuasai oleh pelajar anda: 1. Membuat kaitan: Pelajar anda harus boleh mengaitkan dengan cepat dan luas mengenai sesuatu. Contoh: Apakah boleh dikaitkan dengan BUKU? 2. Membanding dan membeza:
Pelajar anda harus boleh membanding dan membezakan dua atau lebih benda, cerita, atau cara dengan mengenal pasti ciri-ciri persamaan dan perbezaan serta membuat huraian atau kesimpulan. Contoh: Banding dan bezakan dua cerita: "Sang Kancil dan Buaya" dengan "Anjing dengan Bayang-bayang". 3. Mengkelaskan: 1. Pelajar anda harus boleh mengkelaskan pelbagai benda, cerita dan cara di dalam kelas-kelas yang sesuai. 2. Kemahiran ini melibatkan kemahiran membanding dan membezakanciri-cirinya serta mengkelaskannya di dalam kelas-kelas yang sesuai. Contoh: Kumpulkan yang berikut ke dalam kelas-kels yang sesuai: buku, anjing, pokok bunga raya, harimau, Ahmah. 4. Menilai: Pelajar anda harus boleh menilai sesuatu benda, tindakan, watak, cerita, atau cara untuk menentukan sama ada baik, menarik, kelebihannya, akan berjaya, atau kreatif. Contoh: Ali terlupa bawa pensel ke sekolah. Ahmad meminjamkan penselnya kepada Ali. Nilaikan perbuatan Ali dan Ahmad. 5. Menyusun atur: Pelajar anda harus boleh menyusun atur perkataan, ayat, idea, tugas, tindakan, atau cara mengikut sesuatu urutan, ploa, hierarki atau keutamaan yang dikehendaki. Contoh: Susunkan tugas berikut mengikut keutamaan: 1. Siram pokok bunga. 2. Baiki tayar basikal yang bocor. 3. Buat latihan matematik. 1. Mengenal pasti pernyataan benar dan palsu:
Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataanbenar dan palsu dengan menggunakan pengetahuannya atau dengan menaakul secara logik. Contoh: Yang manakah pernyataan benar? 1. Matahari terbit di Barat. 2. Lembu makan rumput. 1. Mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat: 1. Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat 2. Pernyataan berasaskan fakta senang dibuktikan sama ada benar atau salah 3. Pernyataan berasaskan pendapat adalah pandangan seseorang dan pernyataan itu susah dibuktikan sama ada benar atau salah. Contoh: 1. Sekolah Ali mendapat 75% kelulusan dalam Peperiksaan PMR pada tahun ini. (Pernyataan berasaskan fakta; faktanya ialah 75% kelulusan dalam Peperiksaan PMR pada tahun ini) 2. Pelajar akan belajar dengan lebih berkesan sekiranya mereka belajar dengan muzik. (Pernyataan berasaskan pendapat; pendapat ialah sekiranya mereka belajar dengan muzik.) 2. Mengenal pasti pernyataan berat sebelah: Pelajar harus boleh mengenal pasti pernyataan yang berat sebelah. Contoh: Kenal pasti sama ada pernyataan berikut adalah berat sebelah: 1. Lebih daripada 90% pengguna termasuk Awie menggunakan sabun X berbanding dengan sabun Y. 2. Makanan kesihatan X mengandungi lebih banyak Vitamin A tetapi harganya lebih tinggi berbanding dengan makanan kesihatan Y. 1. Mengenal pasti sebab dan menyatakan pelbagai sebab:
1. Pelajar harus boleh mengenal pasti sebab bagi sesuatu tindakan atau kejadian. Contoh: Kenal pasti sebab daripada dua pernyataan berikut: Ali terlanggar kereta. Kakinya patah. 2. Pelajar harus juga boleh menyatakan pelbagai sebab mengapa sesuatu tindakan atau kejadian berlaku. Contoh: Aminah menangis. Mengapa? 2. Mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat: 1. Pelajar harus boleh mengenal pasti akibat sesuatu tindakan atau kejadian. Contoh: Kenal pasti akibat daripada dua pernyataan berikut: Ali tidak membuat kerja rumah yang diberi oleh gurunya. Bapa Ali menasihatinya. 2. Pelajar anda harus juga boleh meramal pelbagai akibat bagi sesuatu tindakan atau kejadian. Contoh: Ahmad membandu keretanya dengan laju. Apakah yang mungkin akan terjadi? 3. Membuat inferens atau kesimpulan awal: Pelajar anda harus boleh membuat generalisasi atau hipotesis dengan mendapatkan satu pola dan membuat satu pernyataan umum atau hipotesis. Contoh: Aminah boleh menjahit baju. Siti juga boleh menjahit baju. Apakah generalisasi atau pernyataan umum yang boleh dibuat? 4. Mentafsir: Pelajar harus boleh mentafsir perkataan, ayat, gambar, atau graf. Contoh: Mentafsirkan ayat berikut: 1. Orang itu panjang tangan. 2. Air tenang jangan disangka tiada buaya. 1. Mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci: 1. Pelajar harus boleh mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci untuk pemahaman yang lebih jelas.
2. Idea utama dalam sesuatu perenggan menggambarkan isi kandungan di dalam perenggan itu. 3. Idea sokongan menerangkan idea utama. 4. Butir-butir terperinci menghuraikan dengan lebih mendalam tentang idea utama atau idea sokongan. Contoh: Kenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci di dalam maklumat berikut: Ali suka bermain bole sepak. Dia bermain dengan kawan-kawannya. Mereka bermain di padang kampung mereka. Padang itu kecil. 2. Merujus atau meringkas: 1. Pelajar harus boleh merumus atau meringkaskan sesuatu maklumat. 2. Kemahiran merumus melibatkan kemahiran mengenal pasti dan menyusun idea utama dan idea sokongan yang penting dan kemudian menyatakannya secara ringkas. Contoh: Ringkaskan perenggan yang diberi di atas. 3. Membuat keputusan: Pelajar anda harus boleh membuat keputusan mengikut langkah-langkah berikut: 1. Janakan pelbagai pilihan. 2. Ramalkan akibat untuk sesuatu pilihan. 3. Tentukan kriteria seperti keselamatan, kos, masa, minat, atau kriteria lain tuk membuat pilihan. 4. Pilih pilihan terbaik berasaskan kriteria. Contoh: Anda ingin membeli kasuk sukan. Apakah yang harus diambilkira untuk memilih jenis kasut sukan? 1. Menyelesaikan masalah: 1. Pelajar harus boleh menyelesaikan dua jenis masalah iaitu yang memerlukan idea baru dan memerlukan analisis.
2. Pelajar boleh menyelesaikan masalah yang memerlukan idea baru dengan mengikut langkah berikut: 1. 2. 3. 4. Janakan cara atau idea untuk menyelesaikan masalah itu. Pilih cara yang difikirkan baik. Laksanakan cara yang telah dipilih itu. Nilai sama ada cara itu berkesan.
Contoh: Persatuan Pengakap bercadang membersihkah satu kawasan pantai yang tercemar tetapi menghadapi masalah kewangan. Bagaimanakah persatuan itu boleh mendapat wang? 1. Pelajar boleh menyelesaikan masalah yang memerlukan analisis dengan mengikut langkah berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Tentukan faktor yang mungkin menyebabkan masalah itu berlaku. Janakan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah itu. Pilih cara yang terbaik Laksanakan cara yang telah dipilih itu. Nilai sama ada cara itu berkesan.
Contoh: Kebanyakan pelajar di sekolah X lemah dalam mata pelajaran Matematik. Bagaimanakah masalah itu boleh diselesaikan? 4. Bagaimanakah Kemahiran Berfikir Boleh Dikembangkan? 1. Guru harus mengembangkan kemahiran berfikir tersebut di atas dengan pendekatan penyerapan. 2. Dalam pendekatan penyerapan, kemahiran berfikir yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran dikembangkan. 3. Pelajar perlu juga tahu akan jenis kemahiran berfikir yang digunakan serta langkah-langkah dalam proses berfikir. 4. Dalam perkembangan kemahian berfikir, guru harus juga menegaskan proses berfikir iaitu langkah-langkah dalam kemahiran berfikir itu. 5. Contoh: Dalam topik "Benda-benda Hidup", mata pelajaran Sains sekolah rendah, guru boleh mengembankan kemahiran
membanding dan membeza sera mengkelaskan benda hidup selain daripada mengenal pasti pelbagai benda hidup. 6. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah berhubung dengan kemahiran membuat ayat yang mudah, anda boleh mengembangkan kemahiran menyusun atur dengan memberi perkataan dan meminta pelajar menyusunnya untuk mendapatkan ayat yang bermakna. Contoh: Susun perkataan berikut supaya menjadi ayat yang bermakna: Badminton dengan bermain Ali kawan-kawannya 7. Apabila pelajar telah tahu tentang setiap kemahiran berfikir tersebut di atas, anda harus memperkukuhkan penguasaannya dengan menggunakan pelbagai aktiviti. 8. Lihat contoh di bawah ini: Ali dan Ahmad nampak seorang tua sedang berdiri di tepi jalan. Orang tua itu hendak melintas jalan tetapi tidak berbuat demikian kerana rasa takut dan kereta terlalu banyak. Ahmad sendiri melintas jalan. Ali membantu orang tua itu melintas jalan. 1. Guru boleh mengembankan kemahiran berfikir aras rendahdgn soalan berikut: a. Siapa yang nampak orang tua di tepi jalan? b. Apakah yang hendak dibuat oleh orang tua itu? c. Siapakah dibantu oleh Ali untuk melintas jalan? 2. Guru boleh memperkembangkan kemahian berfikir aras tinggi dengan soalan atau aktiviti berikut: a. b. c. d. e. f. Mengapakah orang tua itu tidak melintas jalan? Apakah akan terjadi sekiranya Ali tidak membantu orang tua itu? Apakah pendapat anda tentang tindakan Ali dan Ahmad? Bandingkan watak Ali dengan watak Ahmad? Bagaimanakah orang tua itu boleh melintas jalan sekiranya tiada Ali? Tuliskan sepucuk surat kepada Majlis Bandaraya untuk memberi cadangan bagi orang awam melintas jalan yang sesak. g. Perbahasan: dua kumpulan akan bahaskan yang berikut: "Kereta persendirian harus tidak dibenarkan dibandar".
h. Projek: Buat satu kajain tentang jalan raya yang sangat sesak dn menyusahkan orang awam melintas jalan raya berhampiran rumahanda. i. Melukis jejantas untuk orang tua melintas jalan. 2. Aktiviti yang boleh digunakan tuk mengembangkan kemahiran berfikir termasuk: a. b. c. d. e. f. g. h. soal jawab sumbang saran permainan pertandingan kuiz teka teki perbahasan projek:
mereka bentuk mereka cipta mengkaji menyelidik membuat eksperimen menghasilkan sesuatu produk menyelesaikan sesuatu masalah 1. Aktiviti untuk mengembangkan kemahiran berfikir yang tersebut di atas boleh dilakukan secara kelas, kumpulan atau perseorangan. 5. Rumusan 1. Dalam p&p untuk pembelajaran masteri, guru harus megembangkan lapan kecerdasan dan kbkk di kalangan pelajar. 2. Lapan kecerdasan yang dikemukakan oleh H. Gardner ialah bahasa, logik-matematik, ruang, muzik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan naturalistik. 3. Anda harus tahu pelbagai istilah yang digunakan untuk mengkelaskan kemahiran berfikir seperti: a. Kemahiran berfikir aras rendah dan tinggi b. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif c. Pemikiran vertical dan lateral
a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. m. n. o. p. q.
membuat kaitan membanding dan membeza mengkelaskan menilai menyusun atur mengenal pasti pernyataan benar atau salah mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta dan pendapat. mengenal pasti pernyataan berat sebelah mengenal pasti sebab dan menyatakan pelbagai sebab mengenal pasti akibat dan meramal pelbagai akibat membuat inferens atau kesimpulanan awal membuat generalisasi atau hipotesis mentafsir mengenal pasti idea utama, idea sokongan dan butir-butir terperinci merumus atau meringkas membuat keputusan menyelesaikan masalah 5. Guru harus menggunakan pelbagai aktiviti untuk mengembangkan lapan kecerdasan dan kemahiran berfikir yang tersebut di atas. 6. Dalam perkembangan kemahiran berfikir, guru harus memberi penegasan terhadap proses berfikir.
1. KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 1. Tahukah anda apa itu KSSR? TRANSFORMASI kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah akan diperkenalkan dan dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini pada tahun hadapan bermula dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah. Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan muridmurid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan. 2. Mengapa Transformasi? Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 1 2. KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 3. APA PERBEZAAN KBSR DENGAN KSSR KBSR KSSR Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga Reka bentuk kurikulum berasaskan enam bidang: tunjang: Komunikasi Komunikasi Manusia dan alam sekeliling Kerohanian, sikap dan nilai Perkembangan diri individu Kemanusiaan Perkembangan fizikal dan estetika Sains dan teknologi Keterampilan diri Bahan kurikulum: Bahan kurikulum: Sukatan Pelajaran Dokumen Standard Kurikulum Reka bentuk kurikulum: Reka bentuk kurikulum: Linear Modular Organisasi kurikulum: Organisasi kuriikulum: Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) Modul Teras Asas, Modul Teras Tema Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) dan Modul Elektif Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras dan Elektif Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan Kreatif serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (lCT) secara eksplisit Fokus: Fokus: 3M (Membaca, menulis, mengira) 4M (Membaca, menulis,
mengira dan menaakul) Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 2 3. KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 4. Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Khas KURIKULUM Pendidikan Khas yang melibatkan tiga cabang utama iaitu Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran turut digubal ber- dasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Terdapat pengubahsuaian dan penambahan kepada beberapa mata pelajaran bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih teratur dan menepati keperluan murid-murid berkeperluan khas ini. B a gi P end i di ka n Kh as Ma s al ah Penglihatan, mata pelajaran yang ditambah ialah Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan manakala dua mata pelajaran yang diubahsuai adalah Pendidikan Jasmani Suaian dan Dunia Seni Visual Suaian. Masalah Pendengaran pula dilengkapkan dengan penambahan mata pelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi selain mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam yang diubahsuai. Sementara bagi Masalah Pembelajaran, kesemua mata pelajarannya dibuahsuai termasuklah: Pengurusan Kehidupan (Komponen Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku, Kemahiran Manipulatif) Asas 3M (Membaca, Menulis, mengira) melibatkan komponen bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan matematik Pendidikan Seni Kreatif (Komponen Seni Visual, Seni Muzik) Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani. Pengubahsuaian dan penamhhan ini dilakukan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran muril-murid kurang upaya supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus perubahan perdidikan dan transformasi yang dilakukan oleh kerajaan. Penambahan mata pelajaran baru diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai kemahiran asas yang amat diperlukan oleh murid-murid berkeperluan khas ini. Pengubahsuaiannya pula dilihat mampu memberi skop baru kepada mereka seterusnya dapat meningkatkan kapayaan serta pemahaman dalam proses pembelajaran. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 3 4. KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 5. Kurikulum terbaik sekolah rendah. Kurikulum standard Sekolah Rendah(KSSR) menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan yang ditetapkan. Standard kandungan meru pakan pernyataan lebih terperinci mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala standard pembelajaran pula ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan pembelajaran disediakan dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained) yang dinamakan sebagai modul. Setiap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai murid. Bagi tahap satu, kandung kurikulum diorganisasikan dal modul teras asas, modul teras to dan modul elektif. Jadual 1: Organisasi KSSR Tahap 1 Modul Teras Asas Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris Bahasa Gina Bahasa Tamil Matematik Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 4 5. KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Modul. Teras Tema Dunia Kesenian (Dunia Seni Visual, Dunia Muzik) Dunia Sains dan Teknologi Modul Elektif Bahasa Arab Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK) Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK) Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Manakala bagi tahap dua, kurikulum diorganisasikan dalam bentuk mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif. Mata pelajaran ini dilaksanakan secara modular bermula pada 2014 untuk murid- murid tahun empat. Jadual 2: Organisasi KSSR Tahap 2 Mata Pelajaran Teras Modul Komunikasi Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Modul Sains dan Teknologi Matematik Sains Reka Bentuk dan Teknologi / ICT Modul Fizikal dan Estetika - Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pendidikan Muzik - Pendidikan Seni Visual Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 5 6. KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Modul Kemanusiaan Sejarah Mata Pelajaran Elektif Modul Komunikasi Elektif Bahasa Arab Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan Bahasa Iban Bahasa Semai Bahasa Kadazandusun 6. Pentaksiran KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. A k t i v i t i p e m u l i h a n, p e n gu k u h a n d a n p e n gg a ya a n d i l a k s a n a k a n m e n gi k u t k e p e r l u a n m u r i d b a gi m e m a st i k a n m u ri d m e n c a p a i s a n d a r d ya n g d i t e t a p k a n . 7. Tiga Kemahiran baru merentas subjek. Bertepatan dengan dasa kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta penghayatan nilai murni, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikannya sentiasa holistik dan sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Secara umumnya, pada tahun 1983 satu kurikulum sekolah rendah telah diperkenalkan dan dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). 10 tahun kemudian, kurikulum sekolah rendah telah ditukar kepada K u r i k u l u m Bersepadu Sekolah Rendah s e bel um K em ent e ri an Pelajaran menjalankan semakan KBSR pada tahun 2003. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 6 7. KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Mulai 2011, kurikulum sekolah rendah akan mengg u n a k a n K u r i k u l u m Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam
KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICI) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain, adalah langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasardasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan. Realitinya, kebanyakan negara maju terlebih dahulu telah menjadikan kreatif dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka kerana menyedari is adalah kunci untuk berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains. Sungguhpun sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen-elemen tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), namun masih terdapat banyak ruang untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat global. Justeru, elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transfor- masi KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Langkah kementerian yang berusaha menerapkan daya pemikiran kreatif dan inovasi bermula dari bangku sekolah rendah bermula Januari 2011 adalah tepat kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil. Keupayaan negara menghasilkan modal ins an berkualiti sememangnya tidak boleh disangkal lagi dengan kelahiran siswazah yang sentiasa meningkat dari masa ke masa. Namur, peluang pekerjaan yang terhad mengikut kemahiran yang dimiliki menyebabkan berlakunva pembaziran dari pelbagai aspek terutamanya kepada aspek pembangunan negara. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 7 8. KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Menyedari hal tersebut, elemen keusahawanan telah diperkenalkan dalam KSSR bagi memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawan yang sememangnya mempunyai potensi yang besar untuk diterokai dan secara tidak langsung dapat mengurangkan. bilangan siswazah menganggur sebaik sahaja bergraduat di masa hadapan. Menjadi keperluan sejak di bangku sekolah rendah lagi dipupuk semangat berni- aga di kalangan murid bagi menggalakkan mereka menceburi bidang ini. Jika sebelum ini, terdapat sesetengah murid yang menunjukkan minat untuk menceburi bidang keusahawanan kerana datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang perniagaan. S udah sam pai m asa untuk negara mengubah perspektif tersebut, dan melahir- kan generasi yang bukan sahaja berkeupayaan dalam bidang sains dan teknologi tetapi juga berpotensi untuk menjadi usahawan dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara di masa hadapan. Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi adalah cabaran yang perlu dihadapi generasi pada masa, kini. Sehubungan itu, setiap modal insan barns dipersiapkan dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam, persaingan global. Seperti elemen nilai tambah yang lain, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam perlak- sanaan KSSR pada tahun hadapan. Murid akan didedahkan dengan kemal4an tersebut
dalam proses P&P supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran murid untuk mendapatkan maklumat dengan berkesan. Memantapkan kemahiran murid berasakan elemen ini juga dilihat mampu membuka ruang kepada mereka untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalam mendapatkan pelbagai maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya berada di dalam bilik darjah sahaja. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 8 9. KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 8. Guru dipersiapkan untuk menghadapi KSSR TRANSFORMASI kurikulum persekolahan merupakan usaha yang dilakukan bagi memastikan kurikulum tersebut holistik, sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan mampu menangani cabaran semasa dan masa depan. Sebagai usaha bagi memastikan transformasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di perkukuh serta ditambah baik dan penggunaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai agen perubahan mampu mencapai objektif, para jurulatih utama terlebih dahulu diberikan kursus orientasi. Sebagai melengkapkan para guru berhadapan dengan cabaran melaksanakan KSSR, satu lagi kursus orientasi turut dianjurkan pada peringkat negeri oleh jurulatih utama masingmasing mengikut mata pelajaran. Standard kurikulum merupakan pernyataan yang merangkumi penge- tahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai murid sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) sepanjang berada di bangku sekolah rendah. Mengambil contoh sukatan bagi standard kurikulum bahasa Malaysia yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa pengantar rasmi. Standard kurikulum bahasa Malaysia ini merangkumi empat aspek untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu; 1. Standard kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. 2. Standard pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti p e m b e l a j a r a n d a n pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 9
1. KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 1. Tahukah anda apa itu KSSR? TRANSFORMASI kurikulum pra sekolah dan sekolah rendah akan diperkenalkan dan dilaksanakan secara berperingkat dalam sistem persekolahan di negara ini pada tahun hadapan bermula dengan murid tahun satu di semua sekolah rendah. Melalui trasformasi kurikulum, Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru telah dan sedang dilatih untuk KSSR. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan muridmurid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pendekatan teknik P&P akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia
melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan. 2. Mengapa Transformasi? Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 1 2. KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 3. APA PERBEZAAN KBSR DENGAN KSSR KBSR KSSR Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga Reka bentuk kurikulum berasaskan enam bidang: tunjang: Komunikasi Komunikasi Manusia dan alam sekeliling Kerohanian, sikap dan nilai Perkembangan diri individu Kemanusiaan Perkembangan fizikal dan estetika Sains dan teknologi Keterampilan diri Bahan kurikulum: Bahan kurikulum: Sukatan Pelajaran Dokumen Standard Kurikulum Reka bentuk kurikulum: Reka bentuk kurikulum: Linear Modular Organisasi kurikulum: Organisasi kuriikulum: Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3) Modul Teras Asas, Modul Teras Tema Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) dan Modul Elektif Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras dan Elektif Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan Kreatif serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (lCT) secara eksplisit Fokus: Fokus: 3M (Membaca, menulis, mengira) 4M (Membaca, menulis, mengira dan menaakul) Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 2 3. KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 4. Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Khas KURIKULUM Pendidikan Khas yang melibatkan tiga cabang utama iaitu Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran turut digubal ber- dasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Terdapat pengubahsuaian dan penambahan kepada beberapa mata pelajaran bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih teratur dan menepati keperluan murid-murid berkeperluan khas ini. B a gi P end i di ka n Kh as Ma s al ah Penglihatan, mata pelajaran yang ditambah ialah Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan manakala dua mata pelajaran yang diubahsuai adalah Pendidikan Jasmani Suaian dan Dunia Seni Visual Suaian. Masalah Pendengaran pula dilengkapkan dengan penambahan mata pelajaran Bahasa Isyarat Komunikasi selain mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam yang diubahsuai. Sementara bagi Masalah Pembelajaran, kesemua mata pelajarannya dibuahsuai termasuklah: Pengurusan Kehidupan (Komponen Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku, Kemahiran Manipulatif) Asas 3M (Membaca, Menulis, mengira) melibatkan komponen bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan matematik Pendidikan Seni Kreatif (Komponen Seni Visual, Seni Muzik) Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral Pendidikan Jasmani. Pengubahsuaian dan penamhhan ini dilakukan bagi
meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran muril-murid kurang upaya supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus perubahan perdidikan dan transformasi yang dilakukan oleh kerajaan. Penambahan mata pelajaran baru diwujudkan bertujuan untuk memberi pendedahan awal mengenai kemahiran asas yang amat diperlukan oleh murid-murid berkeperluan khas ini. Pengubahsuaiannya pula dilihat mampu memberi skop baru kepada mereka seterusnya dapat meningkatkan kapayaan serta pemahaman dalam proses pembelajaran. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 3 4. KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 5. Kurikulum terbaik sekolah rendah. Kurikulum standard Sekolah Rendah(KSSR) menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna. KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tempoh persekolahan yang ditetapkan. Standard kandungan meru pakan pernyataan lebih terperinci mengenai perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam satu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala standard pembelajaran pula ialah satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. KSSR diorganisasikan dalam bentuk modular di mana kandungan pembelajaran disediakan dalam bentuk unit kendiri-lengkap (self-contained) yang dinamakan sebagai modul. Setiap unit adalah tersendiri dan mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai murid. Bagi tahap satu, kandung kurikulum diorganisasikan dal modul teras asas, modul teras to dan modul elektif. Jadual 1: Organisasi KSSR Tahap 1 Modul Teras Asas Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Gina Bahasa Tamil Matematik Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 4 5. KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Modul. Teras Tema Dunia Kesenian (Dunia Seni Visual, Dunia Muzik) Dunia Sains dan Teknologi Modul Elektif Bahasa Arab Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK) Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan (BTSK) Bahasa Iban Bahasa Kadazandusun Manakala bagi tahap dua, kurikulum diorganisasikan dalam bentuk mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif. Mata pelajaran ini dilaksanakan secara modular bermula pada 2014 untuk murid- murid tahun empat. Jadual 2: Organisasi KSSR Tahap 2 Mata Pelajaran Teras Modul Komunikasi Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil Modul Sains dan Teknologi Matematik Sains Reka Bentuk dan Teknologi / ICT Modul Fizikal dan Estetika - Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Pendidikan Muzik - Pendidikan Seni Visual Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai Pendidikan Islam / Pendidikan Moral Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 5 6. KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Modul Kemanusiaan Sejarah Mata Pelajaran Elektif Modul Komunikasi Elektif Bahasa Arab Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan Bahasa Tamil Sekolah
Kebangsaan Bahasa Iban Bahasa Semai Bahasa Kadazandusun 6. Pentaksiran KSSR memberi penegasan kepada perlaksanaan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah bagi menjadikan P&P lebih menyeronokkan dan tidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Pelbagai kaedah pentaksiran digunakan untuk membolehkan penilaian yang lebih autentik dan holistik. Pentaksiran berasaskan sekolah bersifat formatif dan dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. A k t i v i t i p e m u l i h a n, p e n gu k u h a n d a n p e n gg a ya a n d i l a k s a n a k a n m e n gi k u t k e p e r l u a n m u r i d b a gi m e m a st i k a n m u ri d m e n c a p a i s a n d a r d ya n g d i t e t a p k a n . 7. Tiga Kemahiran baru merentas subjek. Bertepatan dengan dasa kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta penghayatan nilai murni, kurikulum kebangsaan telah dikaji semula bagi memastikannya sentiasa holistik dan sentiasa relevan agar generasi ini akan sentiasa dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Secara umumnya, pada tahun 1983 satu kurikulum sekolah rendah telah diperkenalkan dan dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). 10 tahun kemudian, kurikulum sekolah rendah telah ditukar kepada K u r i k u l u m Bersepadu Sekolah Rendah s e bel um K em ent e ri an Pelajaran menjalankan semakan KBSR pada tahun 2003. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 6 7. KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Mulai 2011, kurikulum sekolah rendah akan mengg u n a k a n K u r i k u l u m Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, tiga elemen nilai tambah telah diperkenalkan dalam KSSR iaitu elemen kreatif dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICI) yang bertujuan memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia. Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain, adalah langkah pertama kementenan membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasardasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi Baru pada masa hadapan. Realitinya, kebanyakan negara maju terlebih dahulu telah menjadikan kreatif dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka kerana menyedari is adalah kunci untuk berjaya dalam pelbagai bidang terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains. Sungguhpun sistem pendidikan negara telah mengaplikasikan elemen-elemen tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), namun masih terdapat banyak ruang untuk diperhalusi agar modal insan yang dihasilkan mampu berdaya saing biarpun di peringkat global. Justeru, elemen kreativiti dan inovasi telah disuntik bagi membentuk transfor- masi KSSR yang bertujuan melahirkan modal insan yang berkeupayaan berdaya tahan untuk menghadapi cabaran yang mendatang. Langkah kementerian yang berusaha menerapkan daya pemikiran kreatif dan inovasi bermula dari bangku sekolah rendah bermula Januari 2011 adalah tepat kerana bukan semua murid dilahirkan dengan bakat tersebut namun bukanlah mustahil untuk membentuk kemahiran tersebut sejak dari kecil. Keupayaan negara
menghasilkan modal ins an berkualiti sememangnya tidak boleh disangkal lagi dengan kelahiran siswazah yang sentiasa meningkat dari masa ke masa. Namur, peluang pekerjaan yang terhad mengikut kemahiran yang dimiliki menyebabkan berlakunva pembaziran dari pelbagai aspek terutamanya kepada aspek pembangunan negara. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 7 8. KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 Menyedari hal tersebut, elemen keusahawanan telah diperkenalkan dalam KSSR bagi memberi pendedahan awal mengenai bidang keusahawan yang sememangnya mempunyai potensi yang besar untuk diterokai dan secara tidak langsung dapat mengurangkan. bilangan siswazah menganggur sebaik sahaja bergraduat di masa hadapan. Menjadi keperluan sejak di bangku sekolah rendah lagi dipupuk semangat berni- aga di kalangan murid bagi menggalakkan mereka menceburi bidang ini. Jika sebelum ini, terdapat sesetengah murid yang menunjukkan minat untuk menceburi bidang keusahawanan kerana datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang perniagaan. S udah sam pai m asa untuk negara mengubah perspektif tersebut, dan melahir- kan generasi yang bukan sahaja berkeupayaan dalam bidang sains dan teknologi tetapi juga berpotensi untuk menjadi usahawan dan seterusnya menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara di masa hadapan. Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi adalah cabaran yang perlu dihadapi generasi pada masa, kini. Sehubungan itu, setiap modal insan barns dipersiapkan dengan cabaran tersebut agar tidak ketinggalan dalam, persaingan global. Seperti elemen nilai tambah yang lain, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi akan diberi pengukuhan dan perlaksanaan secara eksplisit dalam perlak- sanaan KSSR pada tahun hadapan. Murid akan didedahkan dengan kemal4an tersebut dalam proses P&P supaya dapat meningkatkan tahap kemahiran murid untuk mendapatkan maklumat dengan berkesan. Memantapkan kemahiran murid berasakan elemen ini juga dilihat mampu membuka ruang kepada mereka untuk menerokai dunia tanpa sempadan dalam mendapatkan pelbagai maklumat bagi tujuan pembelajaran dengan hanya berada di dalam bilik darjah sahaja. Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 8 9. KSSR KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011 8. Guru dipersiapkan untuk menghadapi KSSR TRANSFORMASI kurikulum persekolahan merupakan usaha yang dilakukan bagi memastikan kurikulum tersebut holistik, sentiasa relevan untuk melahirkan modal insan yang seimbang dan mampu menangani cabaran semasa dan masa depan. Sebagai usaha bagi memastikan transformasi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) di perkukuh serta ditambah baik dan penggunaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai agen perubahan mampu mencapai objektif, para jurulatih utama terlebih dahulu diberikan kursus orientasi. Sebagai melengkapkan para guru berhadapan dengan cabaran melaksanakan KSSR, satu lagi kursus orientasi turut dianjurkan pada peringkat negeri oleh jurulatih utama masingmasing mengikut mata pelajaran. Standard kurikulum merupakan pernyataan yang merangkumi penge- tahuan, kemahiran dan nilai murni yang mesti dipelajari dan dikuasai murid sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) sepanjang berada di bangku sekolah rendah. Mengambil contoh sukatan bagi standard kurikulum bahasa
Malaysia yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa pengantar rasmi. Standard kurikulum bahasa Malaysia ini merangkumi empat aspek untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu; 1. Standard kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. 2. Standard pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti p e m b e l a j a r a n d a n pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan Bahan Edaran Pengurusan Akademik PPD Hulu Selangor Muka Surat 9