Home & Garden > Crafts & Hobbies">
[go: up one dir, main page]

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

FAKTOR-FAKTOR YANG MENJEJASKAN INGATAN

Kemampuan manusia untuk mengingat sesuatu dan menggunakannya semula adalah terhad.

Walau bagaimanapun, lupaan yang berlaku pada manusia tidak semestinya sesuatu yang buruk.

Sekiranya kita tidak lupa, minda kita akan bertaburan dengan banyak benda-benda tidak penting

yang mungkin menyebabkan kita tidak mungkin untuk membuat pemilihan maklumat yang

berguna dan berkaitan kepada kita yang kita perlukan dalam membuat sesuatu keputusan. Oleh

itu, kita tidak ingin membuat minda kita bertaburan dengan perkara-perkara tidak penting. Lupa

perkara yang tidak penting boleh membantu kita ingat perkara yang penting. Caranya sudah tentu

ialah berupaya lupa perkara yang tidak penting dan bukan yang penting.

Seperti yang kita ketahui, lupaan adalah lebih mudah dan senang berlaku berbanding

untuk mengingat.Ini berlaku kerana untuk lupa, kita hanya perlu gagal dalam salah satu daripada

tiga peringkat ingatan iaitu peringkat rakaman, menyimpan dan mengingat kembali. Manakala

untuk mengingat, kita perlu berjaya dalam ketiga-tiga peringkat tersebut. Boleh dikatakan

peluang untuk mengingat ialah satu manakala peluang untuk lupa ialah tiga. Berikut merupakan

faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya ingatan terjejas dan lupaan berlaku.

1 Kepudaran atau Keusangan

Dengan berlalunya masa, kepudaran atau keusangan berlaku pada ingatan. Ini menyebabkan

hilangnya kesan ingatan (memory trace). Ini bermakna makin lama tempoh masa antara masa

pembelajaran dengan masa bahan itu diingat kembali, makin kabur maklumat atau bahan

pembelajaran itu sehingga pudar dan luput daripada simpanan ingatan jangka panjang. Faktor ini

merupakan penjelasan tentang ingatan yang paling lama dan paling luas digunakan.

2 Represi

Penjelasan fakor ini telah dicadangkan oleh Sigmund Frued dalam teorinya yang berkenaan

dengan minda bawah sedar. Menurut beliau, ingatan-ingatan yang tidak gembira atau tidak ingin

diterima boleh dilupakan dengan sengaja sekiranya kita berniat berbuat demikian. Ingatan-

ingatan tersebut dimasukkan ke dalam minda bawah sedar dengan sengaja supaya seseorang
individu tidak perlu lagi hidup bersama dengannya. Walau bagaimanapun sebahagian daripada

perkara dalam Teori Frued tidak diterima secara meluas, tetapi ramai ahli psikologi percaya

bahawa lupaan yang bermotivasi tersebut boleh berlaku dalam kehidupan seharian kita. Apabila

kita balik daripada percutian, kita selalu akan ingin mengingat waktu-waktu yang gembira

semasa percutian tersebut dan lupa waktu-waktu yang sedih dan tidak seronok. Orang yang

berjudi juga berkecenderungan untuk ingat waktu-waktu yang dia menang dan lupa waktu-waktu

yang dia kalah. Ini boleh jelas menunjukkan bahawa kita dengan sengaja lupa kerana kita mahu

untuk lupa.

3 Penyelewengan

Ingatan manusia boleh dipengaruhi oleh nilai-nilai dan minat-minat kita. Oleh itu, kita boleh

mengingat sesuatu dalam cara yang kita mahu mengingatinya. Faktor ini menjelaskan bahawa

kita menukar ingatan kita untuk sesuai dengan apa yang kita mahu ia jadi atau bagaimana kita

rasa ia sepatutnya jadi. Faktor ini boleh didemontrasikan seperti contoh berikut. Cuba baca

perkataan-perkataan berikut dengan kuat: katil, rehat, bangun, letih, mimpi, malam, selesa,

dengkuran dan makan. Sekarang tanya orang yang mendengar perkataan-perkataan tersebut

untuk menyenaraikannya sebanyak mungkin yang dia boleh ingat. Biasanya, sekurang-

kurangnya separuh daripada senarai perkataan-perkataan tersebut melibatkan perkataan TIDUR.

Ini kerana banyak perkataan-perkataan tersebut adalah berkaitan dengan tidur. Oleh itu,

nampaknya macam perkataan “tidur” patut berada dalam senarai tersebut.

“Distortion” boleh diaplikasikan secara menarik dalam situasi penyiasatan kesahan dan

kebolehpercayaan maklumat yang diberi oleh saksi dalam mahkamah. Contohnya dengan

menanya soalan pembawaan, penanya tersebut boleh menyebabkan saksi untuk “ingat” sesuatu

peristiwa yang sebenarnya tidak berlaku. Contohnya soalan seperti “Apakah warna jaket

mangsa?” boleh menyebabkan saksi untuk ingat jaket yang tidak wujud sebenarnya.

1 Gangguan

Banyak lupaan berlaku adalah kerana gangguan melalui pembelajaran yang lain. Ia tidak
membayangkan kapasiti simpanan ingatan yang terhad di mana maklumat baru yang diterima

akan menolak maklumat lama keluar daripada minda. Ia tidak berkaitan dengan Jumlah yang

telah kita pelajari tetapi Apa yang kita belajar yang menentukan berlakunya lupaan melalui

gangguan.

2 Ingatan Tidak Disimpan

Ingatan tidak disimpan boleh berlaku atas beberapa sebab, iaitu:

a) Perkara yang kita ingin ingat tidak memberi masa yang cukup kepada kita untuk

menyerapnya

b) Masa diberi dengan cukup kepada kita untuk menyerapnya tetapi kita tidak notisnya

atau pedulinya

c) Masa diberi dengan cukup tetapi tidak meletakkan perhatian yang cukup untuk

memastikannya dipindah ke ingatan jangka panjang.

3 Tekanan

Ahli pakar ingatan, Arthur Bornstein telah mengkategorikan tekanan yang tinggi sebagai

musuh pertama kepada ingatan yang baik. Menurut beliau, respons-respons tradisional atau biasa

yang dilakukan oleh orang ramai untuk menghadapi stres seperti minum minuman alkohol dan

merokok boleh membawa kesan buruk kepada ingatan dan menyusahkan lagi kita untuk

mencapai matlamat. Oleh itu, beliau mengajar kliennya untuk menghilangkan stres melalui

meditasi, sesi yoga dan senaman supaya tidak merosakkan ingatan manusia.

KAEDAH-KAEDAH MEMPERBAIKI INGATAN

Ingatan seperti kuasa-kuasa intelek yang lain boleh diperbaiki dan dipertingkatkan

keberkesanannya. Menurut Doubleday (1979), peluang kita untuk menjadi orang tua yang pelupa

adalah rendah jika kita sentiasa membiarkan minda kita menerima cabaran dan menjaganya

dengan baik melalui nutrisi yang baik dan rehat yang cukup. Bruno Furst pula membuat satu

analogi dengan menggunakan keadaan penghasilan otot-otot iaitu “Sekiranya kita sedar bahawa
ingatan boleh diperbaiki seperti otot-otot, kita juga mesti terima hakikat bahawa keberkesanan

ingatan akan menurun seperti otot-otot jika tidak digunakan dengan sesuai. Secara ringkasnya,

prinsip utama bagi ingatan adalah mudah, iaitu: “Gunakannya sentiasa, jika tidak ia akan

menjadi karat.” Berikut-berikut merupakan beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk

memperbaiki ingatan kita.

1 Teknik “Chunking”

2 Teknik Gabungan Huruf Pertama

3 Teknik Penggunaan Daya Imaginasi

4 Teknik Membuat Peta Minda

5 Teknik PQRST (Preview, Question, Read, Self Recitation dan Test)

6 Tidur Selepas Pembelajaran Baru Berlaku

KESIMPULAN

Kesimpulannya, ingatan adalah sangat penting kepada manusia. Tanpa ingatan, kehidupan kita

akan terdiri daripada pengalaman-pengalaman yang sebentar atau sedetik sahaja yang

mempunyai perhubungan yang sikit di antara satu sama lain. Tanpa ingatan, kita tidak dapat

berkomunikasi dengan orang lain-kita akan tidak mampu ingat idea-idea yang kita ingin

meluahkan. Tanpa keraguan, ingatan adalah pusat kepada kita untuk menjadi seorang manusia.

Memandangkan kepentingan ingatan kepada manusia, kita perlu mengetahui faktor-

faktor yang menjejaskan ingatan dan kaedah-kaedah untuk memperbaikinya. Ini supaya daya

ingatan kita adalah kuat dan boleh dimanfaatkan ketika diperlukan. Dengan itu, proses

pembelajaran yang berlaku pada kita juga akan lebih berjaya dan berkekalan

Anda mungkin juga menyukai