Home & Garden > Crafts & Hobbies">
[go: up one dir, main page]

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

wau

Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di
negeri-negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi
kalangan rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima
belas, wau telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di
antara semangat angin dan langit.

Jenis Wau

Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau


burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau
merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang
kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat
digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.
Rekacorak bermotifkan awan larat pada
kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau
yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan
dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan
tradisi pembuatan wau yang menarik, selain
dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil
kraftangan dan hiasan dinding.
Wau bulan
Galeri Wau

Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut
buluh untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas
pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh
tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan
menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar
dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua
menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung
atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang
telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi
dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul
akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi
dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau
mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti
alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah
bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang
wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup
maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya
sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah
cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.

Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu
tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat
tempatan dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah
dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang
dimainkan dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan
layang-layang masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan
perayaan atau pertandingan wau di malaysia.

Permainan guli

Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya
dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah
pemain tidak melebihi lima orang.

Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain
guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat
daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

Gelanggang

Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garispusat 1m. Ditengah-tengah bulatan
tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10sm. lebar dan sedalam 7sm. dengan
menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ketanah. Lubang tersebut dinamakan lubang
induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m. daripada garisan besar tersebut.
Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.

Cara Bermain

Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke
dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir
adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-
guli kedua hampir dan seterusnya.

Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam
kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan
pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya
sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.

Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli
miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya
sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini
memudahkan mereka mengawal permainan.
Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran
dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum
boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran
untuk pemain lain diberikan.

Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan
sehingga semua pemain selesai giliran.

Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata
terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan
semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain
menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.

Anda mungkin juga menyukai